7 November 2007

Sushi


My kids suka sushi... sushi ni 100% anak umie yang buat. Dari masak nasi, bancuh dan siapkan semua bahan2 dia yang buat. Membentuk sushi pun dia buat juga tapi sushi ni dia guna sushi maker (beli kat Lakeland)

Sushi ni anak umie dah sesuaikan fillingsnya ikut kesukaan dan selera mereka. Sosnya pun anak umi buat sendiri guna wasabi+kicap.

p/s: Mula2 umi buatkan... bila umi dah ajar, kenalah belajar buat sendiri... kan senang bila dah tau buat camni ;)

Bahan

3 1/3 cawan beras jepun (khas utk sushi)

4 cawan air

4 sudu besar cuka beras

3 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

nori

sosej

crab stick

timun

daun salad


Cara sediakan nasi

1.Basuh beras dan masak dengan sukatan air yg diberikan.

2.Campurkan cuka, garam dan gula di dalam mangkok - kacau hingga gula larut.

3.Nasi yang telah masak hendaklah disejukkan dulu. (boleh gunakan kipas - cara tradisional Jepun)

4.Setelah nasi sejuk gaulkan dengan campuran cuka sehingga rata keseluruhan dengan menggunakan senduk kayu.


Cara membuat sushi

1. Ambil sekeping nori dan letakkan di atas buluh penggulung (bamboo mat/makisu)

2. Ambil sedikit nasi (shari) dan letakkan atas nori. Leperkan dan letakkan inti kesukaan di atasnya.

3. Gulung dengan ketat dan padat.

4. Potong ikut ketebalan yang dikehendaki dan hendaklah sama ;)

2 comments:

eugeniadarwis said...

Sedap ke sushi ni? Tak pernah makan lagi. Nantilah tunjuk2 kat Carrefour tu.

I.T.S.M.E nuRul said...

em....kat maner nak dapat barang2 buat sushi tu kak....i mmg penggemar sushi....tak pandai masak tapi minat masak,n bg org makan..hehehe