

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ WE ARE LIVING UNDER ONE ROOF TOGETHER AND HAPPILY FOREVER!♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Anak saudara umie, Abrar atau Ifran menyambut ulang tahunnya yang ke-6. Dia inginkan kek yang besar dan lain daripada kek biasa. Memandangkan dia seorang budak lelaki yang aktif dan peminat lumba kereta dan seangkatan dengannya, maka umie buatkan kek ini untuknya.
Kebetulan pula hari lahirnya jatuh pada musim hari raya, walaupun tidak mengundang sesiapa untuk meraikan tetapi pada masa dia menyambutnya, suasana begitu meriah kerana kebetulan saudara-mara datang berkunjung.
Happy Birthday Abrar @ Irfan semoga membesar sebagai anak yang soleh...




Letak 2 patung pengantin seperti yang diminta oleh parents pengantin


Kek ini umie yang buatkan sebagai hadiah 


* umie buat kek cokelat sahaja dan dihias dengan BC :)

cara untuk meletakkan rose yang telag dibuat ke atas kekHanya kami sahaja yang kekal sehingga selesai sebab beberapa yang lain terpaksa pulang awal kerana ada urusan ( muka kami berminyak-minyak macam icing kat atas kek tu hehehehehehe )




Pandangan dari atas
Hari ini merupakan hari lahir Nur Sofiana @ Adik yang ke-12. Sempena ulang tahun Adik, dia mahu umie buatkan cake cokelat dan dihiaskan dengan gambar zgifara. Rancangan awal untuk keluar berjalan terpaksa ditangguhkan kerana harus membuatkan kek birthday untuk Adik.
Selain daripada Adik, hari ini juga merupakan hari lahir adik angkat umie, Siti Suhana @ Cempaka_adrini. Semoga dirimu terus dilimpahi rahmat oleh Nya :)Adik suka sangat dengan girafa, apa saja yang ada girafa dia akan simpan. Kek birthday adik kali ini, dia nak gambar girafa... senanglah kalau camtu!!! Umie ada tukang lukis @Kakak hehehehehehe Gambar girafa di atas kek Adik, Kakak yang lukiskan. Lepas itu umie tinggal meletakkan icing dan hiasan pada lakaran yang telah Kakak lukiskan. Thanks Kakak!
*Menurut Adik, birthday cake Adik habis kerana kawan-kawan Adik sukakannya :) Alhamdulillah...
Itu gambar adik ipar umie, Pok Su dan isterinya semasa memotong kek. Lepas juga hajat umie untuk membuatkan kek perkahwinan bertingkat buatnya. Mulanya ingat nak buatkan warna pink tapi kerana pada hari itu pengantin berbaju biru, maka umie tukarkan warnanya menjadi biru.
Kek diletakkan di atas cake stand saja kerana umie belum berkeyakinan untuk menggunakan 'pilar' seperti kebanyakan kek perkahwinan bertingkat. Sebenarnya umie dah ada pilar untuk kek bertingkat tu cuma lebih selesa dan yakin menggunakan cake stand. cake stand tu memang umie beli khas untuk majlis Pok Su...
Walaupun hiasannya simple kerana umie tak pandai nak mendekorasi seperti pakar-pakar kek yang lain, namun umie tetap berpuas hati dengan hasilnya kerana peralatan yang terhad semasa berada di kampung. malah umie tak bawa pun turn table yang biasa umie gunakan... masa nak menyapu icing atas kek, umie 'turn' secara manual saja dengan seorang anak saudara dan juga bibik untuk memusingkannya hehehehehhe
* Thanks lagi pada sis Norz dan cik mat gebu kerana membantu umie dengan memberikan pandangan sehingga misi umie berjaya :)
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥Under One Roof ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ 2008 All Rights Reserved
Blogger Templates