4 November 2007

Samosa




Samosa ni kesukaan keluarga umie. Kalau buat inti karipap sure akan buat samosa malah ada kalanya karipap langsung tak buat sebab malas nak canai dan kelim tepinya tu :S

Resepi samosa ni dari biduri dan boleh dilihat di sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/77

Bahan

Kulit popia saiz besar secukupny

Minyak untuk menggoreng


Inti

1 cawan daging kisar

500g ubi kentang-potong dadu

1 labu bawang besar-potong dadu

2 ulas bawang putih-cincang

1 sudu besar rempah kari

garam secukupnya

gula secukupnya

1 tangkai daun kari (optional)

sedikit minyak untuk menumis


Cara

Sediakan Inti:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi

2. Masukkan rempah kari biar sehingga garing

3. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.

4. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air

5. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.

6. Ambil kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)

7. Ambil satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis

8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.



No comments: