11 November 2007

Kek cocopandan CMG



Kek pandan kalau digabung dengan kelapa memang kena. Ibaratnya macam cincin dengan permata ;) Bukan saja rasanya sepadan tapi warnanya juga kena iaitu hijau dan putih :) Hijau lambang alam yang permai dan putih lambah suci bersih... jadinya alam yang permai lagi suci dan bersih dahtu dihiasi pula dengan warna-warna kehidupan yang ceria.... errrmmmmm indahnya hidup ini.... hehehehehehe


Resipinya diambil terus dari dapur cik mat gebu untuk rujukan :D

Bahan A:-

1 cawan susu segar*
1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam)
125 g mentega
1/2 cawan gula halus (gula kastor)
2 kuning telur (gunakan telur gred A)
1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak
1 camca teh pandan paste

Bahan B:-
2 putih telur
1/2 camca teh cream of tartar
1/4 cawan gula halus

Cara membuatnya:-

  1. Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengn cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.
  3. Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14cm x 21cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam.

No comments: