Jemput-jemput merupakan salah satu resipi mudah untuk sarapan. Anak-anak umie suka jemput-jemput pisang berbanding dengan jemput-jemput ikan bilis :-S
p/s: Jemput2 pisang ni terus lembut walaupun sudah sejuk ;)
p/s: Jemput2 pisang ni terus lembut walaupun sudah sejuk ;)
Bahan
- 12 biji pisang serderhana besar dilenyek
- 2 cawan tepung (tambah jika rasa terlalu lembik)
- 1/2 cawan gula (ikut suka manis)
- 1 biji telor
- sedikit esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil bicarbonate soda
- minyak untuk menggoreng
Cara
- Campur semua baha-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati
- Panaskan minyak. Ambil sejemput bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas - boleh gunakan sudu basah jika tak mau jemput dengan tangan ;)
- Goreng sampai perang - jangan lupa lapikkan kitchen towel apabila angkat dari kuali kerana jemput-jemput pisang biasanya menyerap minyak
No comments:
Post a Comment