Nasi dagang ni merupakan kegemaran my hb. Jarang sungguh umie masak nasi dagang dengan cara mengukus. Masak dengan cara tanak ni pun tak kurang rasanya dan memudahkan kerja.
Bahan
1 cawan pulut
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil halba
garam secukup rasa
Cara
1. Campur beras dan pulut dalam periuk nasi dan cuci bersih
2. Masukkan 2 cawan santan dan 2 cawan air (boleh lebih atau kurangkan sikit mengikut jenis beras)
3. bubuh sedikit garam
4. Masak macam masak nasi lemak
5. Bila air nasi kering, masukkan semua bahan (halba,bawang putih/merah dan halia yang telah di mayang halus)
6. Kacau rata dan tunggu sampai nasi betul2 masak
6 November 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment