Showing posts with label Pencicah. Show all posts
Showing posts with label Pencicah. Show all posts

25 November 2007

Sambal belacan buah zaiton


Biasanya kita buat sambal belacan buah mangga atau buah kuinin atau buah tempatan yang sesuai. Hari ni hb umie nak makan sambal belacan dengan buah zaiton. Buah zaiton memang kesukaan hb dan umie juga but not the kids. :D

Kalau dah tak ada sayur, buah zaiton yang dalam botol (dah dijeruk ) tu pun jadi sebagai juadah sampingan kami.


Bahan

3 batang cili hijau
2 batang cili merah
1 cm belacan - dibakar
2 sudu besar buah zaiton
1 kasturi
garam/gula

Cara

1. Blend/tumbuk kedua jenis cili bersama belacan.
2. Tambah garam/gula secukupnya
3. Perah air limau kasturi
4. Masukkan buah zaiton dan gaulkan

15 November 2007

Sambal belacan cili api


Here is the sambal belacan that matched with the dishes my hb cooked. Sambal belacan cili api... ermmmm really berapi!

Bahan

1 genggan cili api (banyak ikut suka)
1 inci belancan (dibakar)
garam/gula secukupnya
air limau secukupnya (ikut suka jenis limau)

Cara

1. Blend cili api dengan belacan
2. Masukkan garam/gula secukupnya
3. Perah air limau secukupnya

13 November 2007

Sambal belacan



Sambal belacan ni dihidangkan bersama ulam untuk nasi goreng kampong memanglah ngam... kiranya menu dah lengkap ler atas meja ;)


Bahan


Cili merah ikan suka banyak

1 inci belacan (kurang/tambah ikut banyaknya cili) di bakar

air asam limau secukupnya (ikut suka guna limau apa)

garam/gula secukupnya


Cara


1. Tumbuk/blend cili merah tadi. Jika sudah hampir lumat baru masukkan belacan, perasa, garam/gula secukupnya.

2. Kemudian perahkan dengan air asam limau

3 November 2007

Kicap cili api



Kicap cili api ni kena sentiasa ada je dalam stock sebab akan sentiasa diperlukan sebab kicap cili api ni boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Bila buat mee sop/soto sure nak guna kicap cili api ni. Bila buat tempe/tahu goreng pun boleh cicah dengan sambal kicap ni je... even umie suka makan goreng pisang dengan sambal kicap (teringat masa kecik2 kalau beli makanan kat kantin sekolah sure beli goreng pisang cicah kicap) ermmmmm terliurlah pulak...

Bahan

1 genggam cili api
3 biji bawang putih
air asam limau secukupnya
gula+ garam secukupnya
1/2 cawan kicap manis

Cara

1. Tumbuk cili api bersama bawang putih hiingga hancur
2. Masukkan ke dalam mangkok dan perahkan air asam limau ikut suka masam+ gula+garam+kicap
4. Kacau sebati