Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

26 May 2009

Pizza Kentang

Alex bukan orang sembarangan
Banyak idea semuanya bernas
Pizza kentang jadikan hidangan
Sedap dimakan semasa panas

Hari ini nak letak entri tentang pizza lagi sebab ianya merupakan makanan kegemaran anak-anak umie. Pizza ini tiada sukatan yang tepat dan ia direka mengikut suka dan rasa selera :D hehehehehehe

Pizza ini dimodified mengikut resepi potato base pizza baru ni tapi kali ini serbuk kentang lebih banyak digunakan. Selain itu, pizza ini juga tidak perlu ditunggu untuk dohnya kembang. Selesai sahaja diadun terus saja diletak ke atas piring dan diberikan toppings kesukaan. Kemudian terus dibakar. Cepat!

Gambar di atas mungkin dapat membayangkan bagaimana rupa dan rasa pizza ini :P Lebih lembut dengan rasa kentangnya lebih berbanding pizza biasa yang seolah-olah roti rasanya ;) Pizza ini sesuai sekiranya perlu menyediakan makanan dengan segera :)

* Sorry... tak dapat nak berikan resipinya sebab tidak digunakan resipi yang tepat. Istilahnya ini resipi campak2... Mula tu dah terfikir nak timbang bahan yang digunakan tetapi bateri penimbang pulak dah lemah... Kenalah cari bateri kitchen scale umie tu dulu... (sampai hari ini asyik tak beli je sebab lupa nak bawa contoh baterinya)

9 May 2009

Potatao base pizza


Ika berjogging dihari petang
Jadikan badan sihat sentiasa
pizza dasarnya dari kentang
Terasa sedapnya dari biasa


Pizza ni dibuat ikut salah satu resepi dalam buku oleh Wendy Lee. Ada macam-macam jenis pizza dengan cara step-by-step yang ditunjukkan. Memangdangkan anak-anak suka makanan yang ringkas seperti ini, maka dibuatlah untuk hidangan bersama :)

Rasa base pizza ni memang lain dari yang biasa dibuat. Anak-anak suka sangat :D Malah yang tak berapa suka pizza pun jadi suka dan makan lebih banyak dari biasa :p Sesiapa yang suka makan pizza bolehlah mencubanya :)

* umie guna instant potato powder (untuk buat mashed potato tu je)


Sesiapa yang berminat bolehlah save picture di atas ni dan kemudian print untuk dapatkan resipinya ya... umie yang berpenyakit M ni rasa tak bermaya nak salin semula :S

13 November 2008

Simple Tortilla


Dir dan Fara saling berpandangan
Sambil minum air basahkan tekak
Simple tortilla dijadikan hidangan
Makanan segera kegemaran kakak


Tortilla yang mudah ini merupakan kegemaran anak-anak umie, terutamanya si kakak. Apa yang mudah ialah kepingan tortilla boleh didapati di supermarket dengan harga yang amat berpatutan (berbaloilah beli berbanding buat sendiri -> sah memang umie malas nak buat sendiri hehehehehe)


Untuk isinya pula, boleh diletakkan apa saja inti yang disukai. Untuk tortilla yang mudah ini, umie letakkan inti daging cincang bersos tomato di dalamnya. Kemudian lipat dan masukkan sekejap di dalam grill agar panas dan garing. Dahpun siap untuk dimakan... Simple kan ;)

Bahan

Kepingan tortilla (4 keping - atau lebih ikut bilangan orang nak makan)
250gm daging cincang
5 ulas bawang merah - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tin choped tomatoes
1 sudu besar cili boh/giling
perasa secukupnya
1sudu besar minyak untuk menumis
mayonis - jika suka

Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan bila sudah panas, masukkan bawang cincang diikuti dengan bawang puting cincang.
2. Masukkan cili boh dan choped tomatoes - kacau rata
3. Masukkan daging cincang dan perasa secukupnya - kacau rata hingga daging masak
4. Padamkan api dan sejukkan sebentar
5. Bentangkan 1 keping tortilla dan letakkan inti yang telah dimasak di tengah-tengahnya.
6. Lipat tortilla dan masukkan ke dalam grill untuk 1-2 minit.


14 July 2008

Pie Pizza


Bb suka makan yang enak
Jika boleh semua nak rasa
Pizza idea dari anak-anak
Rasa umpama pizza biasa



Pie pizza ni anak-anak yang kasikan namanya... Adunan dan bahan seperti buat pizza (dah ada resepi pizza di sini) Cuma anak-anak buatkan seperti buat pie dan barulah dibakar. Rasanya macam pizza biasa dan ada ala-ala roti berinti hehehehehe

* Sebenarnya anak-anak dah tak ada kerja, tu yang dok mereka cipta doh yang dah ada :)

4 April 2008

Tiramisu


Izam tak sabar untuk dipanggil Pak su
Hadiah bakal anak saudara dah disedia
Anak-anak umie suka sangat tiramisu
Senang je nak buat tapi masanya tiada

Tiramusu hidangan yang mudah untuk disediakan. Sebenarnya selalu buat sebab selain senang juga merupakan kesukaan anak-anak umie. Masa seorang teman blogger ke rumah bulan lepas, umie buat juga tiramisu ni sebagai dessert ;)

Resepinya umie pernah letak di MR http://www.myresipi.com/top/detail/957



Bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara

  1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi dua atau tiga lapisan. (ikut suka dan ukuran bekasnya juga)
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.


10 February 2008

spaghetti bolognese with meat balls


SitiFadzillah kawan di forum dan juga jiran
Siti cukup pantang kalau nampak orang meludah
Spaghetti bolognese memamng makanan kegemaran
Persediaannya cepat dan bahannya pun mudah



Bahan

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu/ayam cincang (kak e guna Ramli nya je)
1 biji bawang besar – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin chopped tomatoes
1 kiub stok daging lembu/ayam
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
garam secukup rasa
2 sudu besar butter
2 tin air (tin tomato puri)
* bebola ayam (jika suka)


Cara

  1. Rebus spaghetti seperti arahan dibungkusan.
  2. Panaskan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Kacau sampai kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daging cincang. Kacau daging biar semua hancur dan goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan air (gunakan tin tomato puri/chopped tomatoes untuk sukatan)dan kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu.
  5. Masukkan tomato puri dan chopped tomatoes.
  6. Masukkan herba, kiub daging lembu/ayam dan garam.
  7. Masukkan bebola ayam (jika guna)
  8. Biar mendidih kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
* kalau nak pedas, semasa makan bolehlah ditabur dengan serbuk lada hitam (kasar)

8 February 2008

Beef Steak



Zura dan kak e tak pernah bersua muka
Sedang merancang satu pertemuan
Western food anak-anak umie memang suka
Jadinya beef steak dan salad buat jamuan


Memang anak-anak umie suka sangat western food ni. Umie pun suka gak menyediakannya sebab biasanya western food ni senang je nak menyediakannya.

Bahan

Daging lembu yang sesuai untuk buat steak (ikut suka)
sedikit sos tiram
lada sula
dried herbs
garam

Cara

1. Bersihkan daging dang ketuk-ketukkannya - supaya mudah empuk masa digrill
2. Gaul semua bahan dan perap
3. Letak dalam grill hingga masak
4. Hidnagkan bersamad sos lada hitam dan salad


4 February 2008

Waffle with strawberry topping


Wiween bersia-siar di waktu petang
Pulang ke rumahnya sebelum senja
Entah bilalah musin rajin nak datang
Sarapan pun yang simple-simple saja


Bahan

2 biji Telur
1 cawan susu segar
2 tbsp butter (cairkan)
1 cawan tepung
1 sudu teh Baking powder
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen waffle
1 tin strawberry - untuk topping

Cara
  1. Panaskan acuanwaffle maker.
  2. Pukul telur sehingga agak kembang dan campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak
  4. Sapukan waffle dengan butter dan hidangankan bersama strawberry dalam tin

20 January 2008

Burger telor


Kerja banyak tapi masanya terhad
Sambil bekerja menonton kugiran
Burger telur sarapan pagi Ahad
Mudah disediakan menjadi kegemaran


Bahan

5 biji roti burger (ikut jumlah keluarga atau suka banyaknya mana)
5 biji telor - ikut banyaknya roti
5 keping cheese - ikut banyak roti/telor
sos cili
sos tomato
mayonis
salad - jika suka
butter untuk sapuan

Cara

1. Goreng telor - ceplok
2. Belah dua roti burger - jangan putus
3. Sapu roti dengan burger dan letakkan telor
4. Lapiskan dengan cheese dan salad
5. Letakkan sos cili/sos tomato/mayonis ikut suka

13 January 2008

Seafood Mini Pizza

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Kaswari dan UncleJ lawan tangan sama kuat
AKO, Combi dan izam cuma perhatikan
Mini pizza ni anak-anak umie tolong buat
Sendiri buat dan sendiri juga yang habiskan


Resepi pizza ni ada macam-macam... Resepi pizza kali ni amek dari dapur jun yang comel tu :)

3 1/2 cawan tepung gandum (525gm)
2 camca teh yis
1 camca teh garam
1 1/2 cawan air suam (375ml)
3 camca besar minyak zaitun
1 camca besar madu

1. satukan tepung, garam, minyak, madu n yis dalam mixer. kacau sebati.
2. masukkan air suam sedikit2 hingga jadi doh kenyal. uli 3 min. keluarkan, tumbuk2 n uli lagi 5 min.
3. masuk dalam mangkuk n tutup ngan tuala lembab n rehatkan selama 1 jam.
4. tumbuk2 lagi n bulat2kan. bahagi 2. ambil 1 doh, canai n masuk dalam dulang pizza.
5. bakar 5 min. sapu sos tomato/pizza n tabur topping n cheese.
6. bakar lagi selama 8-10min.

9 January 2008

Chicken Chop


rrozie17 orangnya cantik pandai bergaya
Jumpa nita berpandang-pandangan
Semalam bingung nak masak apa buat keluarga
Anak-anak cadang chicken chop untuk hidangan


Resepi 1

Bahan

Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.
2. Perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat).
9. Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari
4. Potong dadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
5. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
6. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan.
7. Letak garam dan gula secukup rasa.

Resepi ni umie ambil dari blog AUNTYN - http://kampungkitchen.blogspot.com


Resepi 2

Bahan

3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]

Bahan Perap

1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram 1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam 1 s/b minyak

Cara

1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.

SOS REMPAH

Bahan

2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato garam

Cara

1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

SOS LADA HITAM

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
sikit garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

SOS CENDAWAN

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis

Cara

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

************ resepi ini pulak umi cedok dari dapaur chef popular kita >>> sis hanieliza<<< http://hanieliza.fotopages.com


Mashed potato
pula boleh lihat di sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/663

Bahan

2 biji ubi kentang
1 sudu besar butter
3~4 sudu besar susu segar
sedikit garam
sedikit parsley-dicincang(optional)


Cara

1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia.
2. Rebus sehingga empuk.
3. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
4. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api.
5. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
6. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata.

@@@ umie letak kedua2 resepi dari AUNTYN dan juga hanieliza kerana salah satu resepi mereka digunakan - campur/ambil mana yang rasa senang@@@

%%%%%%%%% kalau sesiapa tidak ada masa utk buat semua dari awal kerana kesuntukan masa bekerja/dipejabat, bolehlah dapatkan bahan yang "INSTANT" tapi "KENA PREPARE" juga ler... kat Yummie tepung mashed potato ada, brown sauce ada, black pepper sauce ada... apa nak, cari and sediakan duit je... tak ada kat situ, gi cari kat kedai lain lak hehehehehe :P %%%%%%%%%

7 January 2008

Pizza cawan


Kepandaian Yani memasak tak tertandingi
Dalam MR resepinya banyak semuapun ada
Lupa mana letak mangkok kertas yang mat bagi
Jadi gunalah mangkok kertas yang umie ada

Bahan

Tepung gandum 500gm
Yis kering 1 bungkus
1 sudu besar minyak
1 sudu besar gula
secubit garam
450ml air
1 biji telor
mangkok kertas size besar

Toping

mozarella cheese (apa jenis pun blh)
sos tomato/sos cili
topping ikut kesukaan (tuna, cendawan, ayam, sausage, bawang dll)


Cara

1. Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas)

** masukkan dlm BM je kalau ada
2. Ambil sedikit doh dan leperkan doh di atas tangan dan masukkan ke dalam mangkok kertas.
3. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
4. Sapukan campuran sos tomato dan sos cili ke atas doh.
5. Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C sehingga masak


23 November 2007

CT's quick pizza




Pizza ni memang cepat nak sediakan... ni pun anak umie yang buat sendiri >>> dia excited nak umie letak kat sini ;)


Bahan


6 keping roti

6 batang sosej (potong kecil-kecil/ikut suka - satu untuk setiap keping)

1 biji bawang besar cicang halus (in cubes)

cheese (ikut suka banyak - disagat halus)

mayonese secukupnya (topping)

sos tomato/cili (toping)


Cara


1. Sapu roti dengan sedikit mayonese

2. Campur sosej dan bawang (dah dipotong/cincang) dan tabur atas roti

3. Taburkan cheese di atasnya dan letakkan sos tomato/cili serta mayonese

4. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama 5 mins

12 November 2007

Lasagne


Lasagne salah satu western food yang my kids suka sangat... Awal-awal pagi tadi bangun untuk bakar lasagne ni sebab anak nak bawa gi sekolah dan juga untuk makan di rumah...

Bahan

  • 6-8 kepingan lasagne (atau banyak ikut banyak/besar mana dibuat)
  • 1kg ayam/daging cincang
  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
  • 5 biji bawang putih - dicincang
  • 1 tin tomato
  • 3 sudu besar tomato puree
  • minyak untuk menumis
  • * boleh juga guna sos bolognese gantikan tomato tin+puree


  • Sos Putih
  • 1 sudu besar butter/margerin
  • 500ml susu segar
  • 2 sudu besar tepung gandum- or secukup nyer untuk memekatkan
  • cheese ikut suka jenis apa (ikut nak guna banyak mana cheese, lagi banyak lagi sedap)
  • secubit lada sula
  • secubit serbuk buah pala (boleh parut dari buah pala yang biji)

Cara

Inti
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih dengan api sederhana. sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging/ayam cincang
  3. Masukkan tomato dalam tin dan tomato puree
  4. Masukkan perasa dan biar sampai agak kering
Sos putih
  1. panaskan butter dan letak tepung dan kacau dengan rata.
  2. Masukkan susu dan kacau hingga tidak bergentil, lebih mudah gunakan whisk pemukul telor.
  3. Masukkan cheese dan kacau rata. Kemudian masukkan lada sula dan serbuk pala
  4. Adunan jangan terlalu cair atau terlalu pekat * jika pekat tambah susu, jika cair tambah dengan cheese.
Cara buat

1. lenserkan bekas tahan panas.
2. Letak sedikit inti daging/ayam di dasarnya dan letakkan pula sos putih.
3. Tutup dengan kepingan lasagne di atas bahan tadi.
4. Ulang proses 2 dan 3 ikut suka tebal mana yang dikehendaki.
5. Lapisan akhir hendaklah daging+sos putih dan ditabur dengan cheese.
6. Bakar dengan api sederhana lebih kurang 45mins

29 October 2007

Buttery battered sausages


Hari ini kami mula sambung untuk berpuasa lagi... My kids pun puasa sama... suasananya meriah macam bulan puasa sebab bangun sahur dan juga siapkan juadah berbuka puasa. Hari ini kakak (anak sulung umie) nak masak sosej. Kakak buat dari awal sampailah selesai... cuma bila sampai bab menggoreng memang kakak surrender! So itu kerja umie ler ;)

Resipinya mudah je... umie pun tak tengok camna dia bancuh tepung untuk celup sosej tu. Cuma menurut dia, dia tak pakai sukutan cuma gunakan bahan-bahan berikut :


*Tepung gandum

*Butter

*Susu cair (fresh milk) secukupnya
*Garam (jika mau dan rasa butter kurang masin)

Semua bahan dibancuh sehingga agak2 dapat salut sosej tu...
pastu goreng dalam mimyak yang panas...


beginilah rupa kepekatan bancuhan tepung yang kakak buat tu


sosej dapat disalut dengan tepung, kalau cair nanti tak mau lekat pulak


Bila minyak dah betul-betul panas barulah masukkan sosej yang dah disalut tepung tu.



Secara umumnya sosej ni memang kesukaan kanak2 tapi disebabkan ianya makanan yang diproses maka haruslah dikurangkan pengambilannya... Anak-anak umie makan sosej ni dengan kentang goreng... masa panas-panas memang menyelerakan...