Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts

14 April 2009

Pulut kuning


CMG memilih ceramic sampai pening
Tapi tidaklah beli yang bukan-bukan
Kawan minta dibuatkan pulut kuning
Untuk satu majlis yang dia anjurkan

Seorang kawan meminta umie buatkan pulut kuning untuk suatu majlis yang dianjurkan. Katanya pulut kuning itu sebagai 'hiasan' di meja utama. Ikutkan umie nak buat yang besar tetapi kawan umie kata mereka sudah ada makanan lain yang akan dihidangkan. Maka umie buatlah untuk sekilo beras pulut sahaja.

Malangnya kawan umie kata dia sendiri tidak dapat merasa pulut kuning dan ayam yang umie buatkan kerana telah habis dimakan... Sedih juga umie dengarkan... tapi apakan daya, pada hari tersebut umie telah berangkat ke Kuching. Pulut itu umie buat selepas solat subuh sebelum umie berangkat ke KLIA.

Nampaknya kena tunggu beberapa bulan lagilah untuk merasa pulut kuning - sehingga 'mood' umie untuk memasak pulih kembali... hehehehehehehe :p

* resepi pulut kuning ini telah umie letakkan dalam n3 sebelum ini. Cuma nak beritahu sedikit, hiasan pada pulut itu umie gunakan 'mashed potato' dan di pipingkan ke atas pulut ;)

2 September 2008

Pulut berkuah durian


Msjbox plan berbuka di hari Sabtu
Rancang adakan di restoran Nailis
Segera berbuka bila masuk waktu
Sunat mulakan dengan yang manis



Pulut bersama kuah durian merupakan kegemaran Adik... Orang lain di rumah ini tidak berapa gemarkannya...

Rasanya tak perlulah umie letakkan resipinya di sini ya sebab senang sangat nak membuatnya...






30 December 2007

Pulut santan dan kelapa


Kucing umie terhendap-hendap
Mengintai pula si kucing jiran
Pulut santan dan kelapa memang sedap
Tambahan dimakan di musim hujan


Pulut ni memang senang nak buat...

Bahan

3 cawan pulut
3 cawan santan
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
kelapa parut


*Sampingan
ikan kering

Cara

1. Cuci pulut dan rendam.
2. Masak pulut dengan santan bersama daun pandan dan garam (macam masak nasi)
3. Setelah masak bolehlah dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam atau bersama ikan kering.

25 December 2007

Pulut kuning @ Nasi kunyit


Pulut kuning kesukaan hb tersayangku
Beras pulut ada 5kg tak buat, lama2 naik kutu

Tiba-tiba je cam dapat seru

Apa lagi, mana boleh tunggu-tunggu :p


Pulut pun kurendam selalu

Sambil2 termenung apa lagi yang boleh dijamu
Takkan pulut kuning semata je camtu

Apa lagi, kenalah rajinkan diri selak buku

Ada resepi yang suka tapi bahan utama tak ada
Akhirnya jumpa resepi rendang tanpa kelapa
Majalah Perempuan thn sembilan belas sembilan puluh dua
Hati gembira memang tak terkata :D



Resepi pulut kuning ni umie buat macam yang ada dalam MR >>>> http://www.myresipi.com/top/detail/771

Bahan

  • 4 cawan beras pulut
  • 1 tin santan (400ml) - jgn campur air
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • garan secukup rasa

Cara

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak