6 November 2007

Gulai ayam nasi dagang


Memandangkan anak-anak umie kurang suka makan ikan, maka umie buat gulai ayam sahaja. Gulai ayam ni sesuai juga dengan nasi dagang tanak tu :)

Bahan

1 ekor ayam
4 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
minyak untuk menumis
1-2 keping asam gelugor
1biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar rempah gulai nasi dagang (beli kat Kelantan)
lada hijau/merah
garam/gula secukup rasa

Cara

1. Bersihkan ayam (potong ikut suka)
2. Blend bawang/putih/halia
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend. Kemudian masukkan rempah dan kacau
4. Masukkan ayam dan kacau rata
5. Masukkan santan cair dahulu. Setalah ayam agak empuk baru masukkan santan pekat
6. Masukkan asam gelugor dan garam/gula secukup rasa
7. Masukkan lada dan tutup api

No comments: