Showing posts with label Japanese Food. Show all posts
Showing posts with label Japanese Food. Show all posts

7 July 2009

Takoyaki (3)


Pelita kak azah bersusun tiga
Membeli pelita di waktu pagi
Takoyaki ini resepi yang ketiga
Makanan kesukaan dicuba lagi

Takoyaki merupakan kegemaran si kakak, sudah dua resipi dicuba dan ini merupakan resipi yang ketiga. Resipi ini paling kakak suka sekali.

Resipi untuk takoyaki kali ini umie belum sempat untuk menaipkan di sini. Bila-bila sempat umie letak ya... Sebenarnya resipi yang ketiga ini lebih kurang dengan yang pertama dan kedua cuma ada sedikit tokok-tambah di dalamnya ;)

Kalau nak tengok resipi yang sebelumnya iaitu yang pertama dan yang kedua kami cuba, bolehlah click di sini dan di sini ya :)

27 May 2009

Takoyaki (2)

CT dan en. Mat sedang makan
Kucing liar terhendap-hendap
Takoyaki ini senang disediakan
Berkhasiat dan rasa pun sedap

Hari ini nak tayang takoyaki pulak. Kali ini guna resepi yang berbeza dan rasanya juga agak lebih memuaskan berbanding resipi yang pertama.

Anak-anak umie suka sangat makan takoyaki ni dan apa yang umie suka, ia senang disediakan dan si kakak pun sekrang ini boleh buat sendiri.

Kakak boleh buat tahoyaki dua-tiga hari berturut-turut hanya untuk bawa ke sekolah bagi kawan-kawannya rasa akan makanan kesukaannya ini.

Bahan

200 gm tepung tempura
1biji telur
340ml air sejuk
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
1 sudu besar kicap manis
serbuk udang kering (sangai dan haluskan-blend)
daun bawang
sotong (rebus dan potong kecil) atau sosej/isi ketam dan apa saja yang disukai (untuk isi)
Bonito flake
Mayonis
2 batang lidi sate (untuk tebalikkan tepung)

Cara-cara

1. Bancuhkan semua bahan kecuali daun bawang, isi , bonito flakes & mayonis. (masukkan tepung sedikit demi sedikit (ayak) sedikit2 ke dalam bancuhan sehingga tidak bergentel supaya bila masak ia akan terus lembut.

2.Panaskan acuan dan lenserkan butter/minyak

3.Bila panas,masukkan adunan tepung separuh acuan Kemudian masukkan isi, taburkan serbuk udang kering.

4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung dan kalau melimpah pun tak apa dan taburkan sedikit daun bawang.

5. Gunakan 2 batang lidi dan terbalikkan adunan

6.Letakkan sedikit butter ke atas takoyaki,sambil terus memusingkannya dengan lidi sate hingga masak sekata dan bulat

7.Letak dalam pinggan dan tuangkan mayonis serta tabur bonito flake dan daun bawang ke atasnya.

* cara untuk membuatnya boleh dilihat di sini



16 April 2009

Spicy Tuna Sushi


CT sediakan sarapan pagi
Goreng mee kicap berlada
Umie tayangkan sushi lagi
Makanan kesukaan anakda
Kebetulan dah upload gambar sushi yang menjadi kegemaran anak-anak umie jadi bolehlah dijadikan n3 hari ini ;)
Sushi ini macam biasa saja cuma fillings diberikan tuna yang dicampur dengan sedikit serbuk cili dan mayo ;)
Bagi yang suka makanan yang simple, sushi memang amat sesuai kerana mudah disediakan dan juga sesuai untuk mereka yang nak menjaga badan (sebab tu jarang jumpa orang Jepun yang gemuk kan....)
* Resepi untuk sushi lihat pada n3 sebelum ini :)

9 April 2009

Tuna shusi with wasabe

Kaknor ke pasar membeli lokan
Lokan dihidangkan bersama nasi
Dah lama tak letak n3 masakan
Hari ini nak buat tayangan suhsi
Memang dah lama umie tak meletakkan n3 berkaitan dengan masakan. Sebenarnya sekarang ini memang umie jarang memasak. Ada sebab-sebab tertentu mengapa jadi begitu... Shusi merupakan makanan kegemaran anak-anak dan shusi ni agak pedas sebab si kakak letak banyak wasabe di dalamnya. Sesiapa yang tidak biasa sudah pasti akan berasap telinga memakannya hehehehehe (shuhi ni juga kakak bawa ke sekolah untuk kawan-kawannya)
Resipi shusi boleh dilihat pada n3 sebelumnya, bahan dan kaedahnya sama cuma inti saja yang berbeza dan bolehlah diletakkan apa-apa saja inti mengikut suka dan selera yang disukai :)

21 November 2008

Takoyaki


Mat Gebu itu nama samaran
Nama betul dia kenalah tanya
Satu lagi makanan kegemaran
Takoyaki sedap lemak rasanya


Ini satu lagi makanan Jepun kegemaran anak-anak. Sesiapa yang suka dan minat dengan makanan Jepun bolehlah cuba buat sendiri ya:)

Resepinya umie dah letak di MR juga ya :)
Di sini umie letak jugalah resipinya ya...

Bahan

200 gm tepung tempura
50 gm potato starch
2 biji telur
350 ml susu segar
250ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
garam (jika perlu ditambah)
2 batang lidi sate
Kobis- potong halus
carrot - potong halus
sotong (rebus dan potong kecil)
Bonito flake
Mayonis

Bahan Sos

1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan air
1/2 sudu teh wasabe (boleh kurangkan jika tak suka pedas)


Cara-cara

  1. Bancuhkan semua bahan kecuali sayuran, sotong, bonito flakes & mayonis.
  2. Panaskan acuan dan lenserkan butter
  3. Takoyaki1
    Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan
  4. Takoyaki2
    Kemudian masukkan sotong
  5. Takoyaki3
    Taburkan daun kobis dan carrot
  6. Takoyaki
    Penuhkan acuan dengan adunan tepung dan kalau melimpah pun tak apa.
  7. Takoyaki4
    Gunakan 2 batang lidi dan terbalikkan adunan
  8. Letakkan sedikit butter ke atas takoyaki,sambil terus memusingkannya dengan lidi sate hingga masak sekata dan bulat
    Takoyaki5
  9. Takoyaki6
  10. Letak dalam pinggan dan tuangkan sos,mayonis serta tabur bonito flake ke atasnya.
    Takoyaki7
  11. * Sos nya -> 1/4 cawan kicam manis + 1/4 cawam air dan 1/2 sudu teh wasabe (gaul rata)

14 October 2008

ebi sushi


Sham bercuti pergi ke Maran
Ia kembalikan kisah semalam
Ebi sushi menjadi kegemaran
Buat hidangan makan malam

Anak-anak umie suka sangat makan sushi... ebi sushi ni simple je dan memang mudah nak buat... Cuma satu hal, nak kena dapatkan udang yang betul-betul segar...

Biasanya di sini susah benar nak dapat udang yang segar sebab itulah berapa kali buat ebi sushi rasanya tak menjadi.

Hujung minggu semalam umie ke Kota Kinabalu lagi, ambil kesempatan pergi ke pasar besar KK pada pagi Ahad. Semasa umie di pasar, rasanya macam 'gila' sebab tengokkan ikan-ikan yang segar dan pelbagai rupa! Geram betul...

Seperti biasa, bila ke KK, sudah pasti akan membeli buah tangan, kali ini umie beli ikan-ikan, udang dan ketam (masih hidup lagi) untuk dibawa pulang (Selain ikan kering, ikan bilis, udang kering etc dan juga gelang-gelang lah kan...) memang seronoklah...

Sampai saja di rumah, umie terus rebus ketam yang memang fresh tu, malangnya sampai di rumah ketam yang masih hidup sudah mati - (menyenangkan kerja membersihkannya sebab kalau masih hidup, takut dan tak sampai hati pulak nak masak... hehehehehehe)

Udang yang dibeli juga segar-segar lagi, jadi ambillah kesempatan untuk membuat ebi sushi ni...


Bahan:

udang harimau (atau apa2 udang yang adalah...)
nasi sushi (lihat rsepi sushi utk cara memasaknya)
wasabe paste

Cara:

1. Buang kepala udang dan cucuk dengan lidi (supaya lurus)
2. Rebus dalam air mendidih (jangan terlebih masak)
3. Stelah udang masak, buangkan kulit (tinggalkan ekor) dan belah di bahagian bawah udang (jangan sampai terputus dua tau...)
4. Ambil sedikit nasi sushi dan kepal-kepalkan dan kemudia sapukan sedikit wasabe paste pada bahagian udang yang dibelah tadi dana letakkan ke atas kepalan nasi...
5. Hidang bersama wasabe sauce (kicap+wasabe)

* ebi sushi ni si Kakak yang buat... umie tolong preparekan bahan-bahannya saja...

28 July 2008

Carlifornian Roll


Erina memang peminat sushi
Jika boleh nak makan hari-hari
Carlifornian roll ini sejenis sushi
Ada masa bolehlah buat sendiri

Anak-anak umie memang suka sushi tapi mereka 'macam tak boleh masuk' sushi yang dijual di luar. Pelik juga kan... Jadinya kalau teringin nak makan sushi kenalah buat sendiri. Malah anak-anak umie dah boleh buat sendiri dari memasak nasi sampailah menggulung.

Anak-anak umie suka juga carlifornian roll sebab katanya macam makan 'nasi yang digulung' hehehehehe (dah melayu tu melayu jugalah.... mana puas makan yang kecil-kecil cam sushi tu) sebab tu suka carlifornian roll yang sekali makan pun boleh setengah kenyang :D

Sesiapa yang nak cuba, bolehlah lihat resepi sushi yang ada di sini cuma cara menggulungnya saja berbeza. Carlifornian roll ini lebih mudah sebab digulung dalam bentuk 'cone' sahaja... Selamat mencuba kepada peminat sushi...