12 November 2007

Karipap pusing



Karipap merupakan kegemaran anak2 umie juga. Membuat karipap pusing bukanlah mudah... banyak betul resepi yang dicuba, tak menjadi... akhirnya ikut resipi daripada lynn (MR) http://myresipi.com/top/detail/167 barulah jadi tapi masih tak secantik orang lain punya... tak cantik mungkin kerana tak cukup latihan ;) ermmmmm nak kena jual karipap baru jadi kot.... hehehehehehehehehe
Resepi dari lynn (MR) seperti berikut:
Bahan

*Doh berminyak* :

150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
*Doh biasa*:

700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara

Step 1 :
margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Kalau tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 :
700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 :
Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 :
Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. (http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm)
Step 5 :
Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
Step 6 :
Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti

1 comment:

e d said...

Kak E, tunjuklah step by step pic.