19 November 2007

Soft butter buns



Agak lama juga tak buat roti... Last buat roti sebelum bulan puasa baru ni... bulan raya pun dah habis... so kira-kira lebih kurang dua bulan jugalah tak buat roti... tiba-tiba tergeraklah pulak nak mencuba resipi yang Sweet Lily selalu gunakan bila dia buat roti.

Ye lah... kalau dengar orang kata best... sure kita pun nak try buat juga kan... (tapi kalau yang tak simple tu umie lambat sikitlah...)
Ini resipi yang umie pinjam dari dapur SL :) Thanks ya...

p/s: SL pun kata dia ambil dari dapur D hehehehehehe Alhamdulillah kita saling share dan memanjangkan ilmu yang ada tu...


Bahan

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air
Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul
sedikit mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara

1. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2. Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3. Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4. Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6. Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

No comments: