Daging masak kuzi memang best. Umie pernah buat kuzi kambing (lamb) dari resepi kawan umie tapi panjang sungguh listnya :D Umie buat sekali tu je...
Resepi dibawah ni pula telah diubah-suai ikut selera dan kesesuaian ;)
Bahan | |
1 bungkus rempah kuzi (ada dijual kat kedai) 1kg daging (dipotong ikut suka besar) 125 ml susu cair 125 ml sos tomato Sedikit garam dan gula pasir minyak untuk menumis rempah menumis (cengkeh, kayut manis etc) 1 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 inci halia* 15 biji lada hitam* 1 biji bawang merah* 5 ulas bawang putih* 1 cm lengkuas* *BLEND bahan bertanda* | |
Cara: | |
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan2 penumis (cengkeh etc). 2. Masukkan bahan-bahan diBLEND halus dan kedua2 jenis serbuk jintan hingga ia terbit minyak. 2. Kemudian masukkan rempah kuzi dan kacau rata 3. Masukkan daging dan tutup rapat dengan api perlahan - air daging akan keluar 4. Bila daging sudah hampir empuk masukkan susu cair, sos tomato, garam dan gula 5. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala. |
No comments:
Post a Comment