8 November 2007
Kueh cara
Kueh cara ni kueh yang simple... Kalau umie buat keuh cara pedas/berlauk umi akan tukar warnanya dari hijau kepada kuning sebab kalau kueh cara berlauk guna warna hijau nampak kurang menarik dan kurang menyelerakan... namun begitu caranya tetap sama cuma warna dan fillings je berbeza.
Bahan
1 cawan tepung gandum
11/2 cawan santan/fresh milk
1 biji telor
garam secukup rasa
pewarna hijau/pandan paste
gula secukupnya
margerin/butter (utk melenser)
Cara
1. Campurkan kesemua bahan kecuali margerin/butter kat dalam blender dan blend hingga sebati. ( Tambah air jika terllau pekat dan tambah tepung kalau tercair...
2. Panaskan acuan untuk kueh cara, lenserkan sedikit margerin/butter dan letakkan 2/3 bancuhan ke dalam acuan.
3. Ambil satu sudu kecik gula pasir dan letak di tengah2nya. Tutup sebentar dan tunggu sampai tepung/adunannya masak.
4. Angkat dan tangkupkan kueh cara yang telah siap tadi.
p/s: Lihat kepekatannya dengan cara >>> Semasa blender berpusing, buka penutup blender dan lihat jika pusaran dalam blender terlalu besar maknanya terlalu cair - tembah sedikit tepung dan jika pusaran dalam blender terlalu kecil maknanya ia terlebih pekat maka tambah kan air hingga pusaran sederhana besarnya.
Kisah hari ini :)
kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
G sukaaa sangat yang pedas berlauk tu. Filling letak bnyk2. Hihihihi
a'a g... tapi yang belauk tu biasanya guna acuan yang bentuk bunga cam bentuk kueh baulu tu :) guna yang ni pun boleh cuma warna kena tukarlah kan... anak umie pun suka sangat kueh cara berlauk tu :)
Post a Comment