10 November 2007
Nasi impit
Kalau musim raya camni, bila ada rendang, sure ada nasi impit... Kira rendang and nasi impit just cam isi dengan kuku ler :D
Bahan
1 cawan beras
2 cawan air (air ikut jenis beras juga, kalau yang jenis lebih air maka kenalah lebihkan airnya)
garam secukupnya
daun pandan (ikut suka)
Cara
1. Cuci beras dan masak bersama dengan air (ikut jenis beras) dan sedikit garam serta daun pandan - jangan lupa supaya sering kacau nasi kerana jika tidak air nasi akan melimpah dari periuk
2. Setelah nasi kering, pindahkan ke dalam bekas yang sesuai.
3. Balut tangan dengan kain/oven glove dan balut dengan plastik.
4. Tumbuk/tekan2 kan nasi tadi hingga padat di dalam bekas tadi.
5. Tutup/ biarkan nasi impit sejuk sebelum dipotong
Kisah hari ini :)
nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment