Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

21 March 2008

Mee udang


Di Tambak Johor memang sesak
Mak daro tersekat di perjalanan
Mee udang amat senang dimasak

Juadah mudah untuk hidangan


Dalam keadaan yang agak sibuk, masakan yang nak dihidangkanpun kalau boleh yang senang dan cepat disediakan. Rasanya mee udang ni senang dan cepat untuk dimasak... Makan panas-panas memang best!

Bahan

1 bungkus mee kuning
250 gm udang basah - sederhana besar
10 batang crab meat (jika suka)
7 tangkai cili kering (kurang atau lebih ikut suka pedas)*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu teh sos cili
1 sudu makan sos tomato
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menumis
100 gm sawi putih (atau sayuran yang disukai)
100 gm taugeh
daun bawang/daun /cili merah-hijau/bawang goreng (untuk hiasan)



Cara

1. Blend semua bahan bertanda *
2. Bersihkan udang dan ketepikan kepalanya - blend dengan secukup air dan tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan belnded*.
4. Setelah naik bau baru masukan air tapisan kepala udang yang telah diketepikan tadi.
5. Masukkan sos cili/tomato, garam/perasa.
6. Masukkan udang, crab meat dan sayur - setelah mendidih padamkan apinya.
7. Mee dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu.
8. Ambil sedikit mee/taugeh dan tuangkan kuah yang telah mendidih bila selesai semuanya hidangkan bersama bahan hiasan yang ada/disukai.

13 March 2008

Mee sop keropok


UncleJ belikan anaknya pen sebatang
Jauhnya beli di perhentian Machap
Mee sop keropok hidangan petang
Enak dimakan bersama sambal kicap


Resepinya mudah saja, sama seperti mee sop yang umie pernah letak dalam n3 sebelum ini cuma diletakkan keropok dan suun goreng sebagai bahan hidangan.


6 February 2008

yee mee simple



Musin cuti jalan raya penuh sesak
shai dan mika tak kira asal balik sudah
Masakan yang mudah cepat dimasak
Yee-mee simple dijadikan juadah


Bahan

1 bungkus yee me
200 gm bebola ayam
200 gm fish ball/cake
5 ulas bawang putih (dicincang)
100 gm kobis (boleh guna sayur sawi)
2 sudu besar tepung jagung (campurkan sedikit air)

1 inci halia (dihiris)
3 cawan air (boleh lebih kalau nak banyak kuah)

5 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
1 cube stock ayam
1 susu sos tiram
garam/lada sula secukup rasa
minyak untuk menggoreng yee mee (secukupnya)

** bahan seperti ayam/udang dll boleh juga digunakan jika ada dan suka


Cara

1. Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis sedikit bawang putih dan halia hingga agak garing dan ayam ball dan fish ball/cake. Masukkan air + stock ayam + sos tiram bersama bahan perasa dan lada sula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

4. Campurkan kobis, biar seketika dan akhir sekali masukkan telur. Tutup api dan kacau.

5. Tuang kuah ke atas yee mee dan hidangkan semasa panas.





2 February 2008

Mee siam kuah


Cerdik sungguh anak si sang kancil
Beruang yang duduk diarahkan berdiri
Mee siam kuah kegemaran sejak kecil
Sedihnya bila nak makan kena buat sendiri
Ikutkan umie buat je tanpa ada resepi yang tepat tapi kerana di MR ada so sapa-sapa nak try boleh ambil resipi dari sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/3280
Bahan mee siam
500gm mee hoon (direndam bersama air sejuk)
sedikit daun kucai
bahan² untuk menggoreng mee:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
25 tangkai lada kering (direndam)
3 sudu besar udang kering (direndam)
sedikit garam dan gula
Cara
1) kisar kesemua bahan tadi...
2) panaskan kuali dan masukkan minyak anggaran setengah cawa
3) bila dah panas masukkan bahan² yg telah dikisar tadi.
4) bila dah naik minyak, masukkan mee hoon dan digaul rata kemudian dimasukkan daun kecai, garam dan gula secukup rasa.
Bahan Kuah
20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar
2 sudu udang kering (direndam) = dikisar
1 1/2 biji bawang besar = dikisar
2 biji bawang putih = dikisar
segenggam asam jawa
2 senduk gula dan garam secikip rasa
1 1/2 liter air
6 sudu kacang tanah = dikisar
1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)
Cara

1. tumiskan kesemua bahan² yang dikisar tadi
2. bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...
3. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam² manis
hiasan
daun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)

4 January 2008

Mi goreng mamak


Zaliana memang suka masak nasi lemak
Sambal tumisnya pula sedap dirasa
Semalam mi siam hari ni mi goreng mamak
Bukti Malaysia negara pelbagai bangsa
Bahan

1 bungkus mee kuning
1 biji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
4 biji telur
2 sudu cili kering - blend
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
Taugeh - ikut suka
Cili Merah, aun bawang/sup dan bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa
Kiub ayam - jika suka
Minyak untuk menumis
Cara

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, kemudian masukkan cili kering.
2. Goreng hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato, kicap ,garam dan kiub ayam.
4. Masukkan mee dan gaul sebati.
5. Kemudian masukkan telur dana kacau rata hingga agak-agak kering.
6. Akhir sekali masukkan taugeh dan goreng 1-2 minit hingga sekata.
7. Taburkan cili merah, daun bawang/sup dan bawang goreng di atasnya.

3 January 2008

Mi siam goreng


Checkie atau ein orang yang sama
Sweet Lily pula baru habis pantang
Mi siam atau bee hoon bendanya sama
Boleh buat sarapan atau makan petang
Bahan

1 bungkus mee hoon - ikut suka brand apa dan rendam sampai lembut
2 sudu besar cili kering blend
1 sudu makan taucu
3 sudu besar bawang merah + bawang putih blend
1/2 cawan udang kering yang telah ditumbuk
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam/perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
250gm udang (jika suka)
3 batang sayur sawi (jika suka)

Cara

1. Panaskan minyak dan umis bawang merah + bawang putih blend.
2. Setelah naik bau masukkan cili kering blend. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk.
4. Masukkan taucu, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan sedikit air supaya mee hoon yang telah direndam tadi lembut ketika digoreng.
6. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan sayur sawi.
7. Perasakan dengan garam.
8. Gaul dengan rata hingga mi siam lembut.

26 November 2007

egg mee with meat ball soup


Cuaca mendung dan hujan camni memang membuatkan penyakit M umie bertambah-tambah... Musim hujan camni, makan sop memang best... kena lak panas-panas...


Bahan:


Bebola daging (ikut suka banyak)

1 biji bawang besar -blend

3 ulas bawang putih -

blend1 cm halia - blend
1/2 sudu besar rempah sop

rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)

lada hitam tumbuk secukupnya

garam/perasa ikut suka

minyak untuk menumisair secukupnya

daun bawang/sop/bawang goreng utk hiasan

mee telor (macam rupa maggi mee) secukupnya


Cara


1. Panaskan minyak dalam periuk asing dan tumiskan semua bahan blend berserta rempah menumis (bunga lawang etc) hingga naik bau
2. Masukkan rempah sop dan air secukupnya

3. Masukkan lada hitam secukupnya, garam/perasa
4. Kemudian masukkan bebola daging dan masak hingga mendidih.

5. Panaskan secukup air dalam periuk dan rebuskan mee telor secukupnya dan toskan airnya

6. Ambil secukup mee yang diperlukan dan letakkan sop diatasnya dan hias dengan daun bawang/sop/bawang goreng

14 November 2007

Mee sop simple


Mee sop ni pun simple juga ;) Kalau dah takde modal nak masak apa untuk tetamu, umie buat mee sop camni je lah :D
Bahan
Kuah sop
15 ulas bawang merah -blend
5 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
1 bungkus rempah sop
2 biji kentang (dibelah 4 / ikut suka)
rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)
lada hitam tumbuk secukupnya
garam/perasa ikut suka
minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan isi
isi ayam ikut suka (goreng dan carik2kan)
1 bungkus mee kuning
50sen taugeh
daun sop
bawang goreng
Cara
1. Panaskan minyak masukkan bahan penumis (bunga lawang etc) dan tumis bahan yang diblend hingga naik bau.
2. Masukkan rempah sop dan kacau rata.
3. Masukkan kentang dan air secukupnya.
4. Berikan perasa/garam/lada sula ikut suka
*** Bila kuah telah masak, celur mee dan taugeh. Kemudian letakkan dalam mangkon, curahkan kuah dan letakkan isi ayam ikut suka... hiaskan dengan daun sop dan bawang goreng

13 November 2007

Mee Kari



Mee kari ni juadah yang mudah untuk disediakan... masa musim open house baru-baru ni, rasanya hidangan yang tak ketinggalan ialah mee kari :D
Bahan

1 biji bawang besar - dikisar halus
5 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 peket serbuk kari daging
2 sudu besar cili giling (ikut suka pedas)
1 bungkus mee kuning-dicelur
Tauge (50 sen)-dicelur
Sawi-dicelur
Bawang goreng
Asam keping
Garam/perasa
Minyak untuk menumis
50gm kerisik
400ml santan pekat
air secukupnya
Bahan isi
1 bungkus tauhu kering empat segi -dipotong 4
500g isi kerang
500g bebola ayam - dipotong 2
500g bebola ikan - dibelah 2
5 biji telur direbus (jika suka)
Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Masukkan santan kelapa. Kemudian, masukkan kerang, tauhu, bebola ikan/ ayam, asam keping dan tambah air jika perlu.
4. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.
5. Jangan lupa untuk masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.

9 November 2007

Kuey teow goreng


Ini makanan kesukaan anak-anak umie juga... Kiranya umie masak apa yang mereka suka makan je... kalau tak nanti umie sendiri masak, sendiri makan :D pastu boleh naikkan berat badan :p

Bahan

1 kilo kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan lada giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
20 ketul chicken ball (ikut suka banyak)
2 keping tahu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
Sayur sawi (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air

Cara

1.Cuci dan toskan kuey teow
2.Potong chicken ball, tauhu dan sayuran ikut suka.
3.Blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
4.Panaskan minyak dan masukkan chicken ball + tauhu kemudian tumis bawang+bawang putih+cili giling dan tumis hingga garing
5.Masukkan sos tiram,kicap manis,kicap pekat dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
6.Masukkan garam+perasa dan kacau rata
7.Pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
8.Masukkan taugeh dan sayur sawi
9.Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

1 November 2007

Mee goreng


Mee goreng ni favorite anak bungsu umie... Masalahnya dia ni tak pandai nak makan sayur kalau dah bercampur dalam mee. Kadang2 umie tak letak sayur langsung... kira mee goreng boleng je ler :D Mee goreng ni umie letak gak sayur sebab kebetulan sepupu umie kata nak datang.


Teringat pada suatu ketika umie pernah jual mee kuning :-S pernah sekali buat sampai lebih 10 kilo tepung - menangis mixer umie bekerja :(

Kalau nak tau cara untuk buat mee sendiri pergilah kat sini > http://www.myresipi.com/top/detail/918


Bahan

1 kilo mee kuning
1 susu besar cili giling (ikut suka pedas)

2 sudu besar bahan yang telah diblend (bawang+bawang putih)
1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat

2 biji telor
perasa secukupnya minyak untuk menggoreng sayuran ikut suka
isi (ayam/udang/fish ball etc) ikut suka air jika perlu

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis cili giling bersama bahan yanag telah diblend

2. Masukkan sos tiram+sos tomato+kicap pekat

3. Masukkan air jika perlu

4. Masukkan isi yang disukai - gaul rata

5. Masukkan perasa secukupnya

6. Pecahkan telor dan kacau rata
7. Masukkan mee + sayur yang disukai (sawi/taugeh)

8. Gaul sehingga sebati.

30 October 2007

Kuey teow tom yam



Sahur pagi tadi, my kids nak makan tom yam dengan kuey teow. Mudah je ler... kuey teow dah ada yang siap, tinggal beli dan bersihkan je. Before I used to make my own kuey teow (http://myresipi.com/top/detail/917) but not now hehehehehe (dapat masak hari2 pun dah kira bertuah)


So senang je... I panaskan tom yam yang masih ada (memang masak banyak sebab my kids suka) dan curah kat atas kuey teow... jadilah kuey teow tom yam :D memang membuka selera waktu sahur sebab rasanya yang masam2 tu...