6 November 2007

Kek chiffon pandan


Kek Chiffon pandan ni dari resipi shamatul86 (MR) http://www.myresipi.com/top/detail/1135

Kek ini dihias dengan butter icing resipi umie dan juga boleh dilihat di MR http://www.myresipi.com/top/detail/758

Bahan

  • Bahan A:
  • 6 biji kuning telur
  • 2/3 cawan minyak Mazola
  • 2/3 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan gula pasir
  • pewarna hijau (pandan)-banyak mane ikut suke
  • 2 cawan tepung diayak bersama 2 sudu teh baking powder

Bahan B:
  • 6 biji putih telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 penutup cream of tar tar

Cara

  1. Bahan (A): 1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)2.Masukkan pewarna hijau, minyak & santan. Kacau. 3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder). 4.Ketepikan
  2. Bahan (B): 1.Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun. 2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  3. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar.


Bahan Butter icing

Bahan

  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka

Cara


  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

No comments: