3 November 2007

Kicap cili api



Kicap cili api ni kena sentiasa ada je dalam stock sebab akan sentiasa diperlukan sebab kicap cili api ni boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Bila buat mee sop/soto sure nak guna kicap cili api ni. Bila buat tempe/tahu goreng pun boleh cicah dengan sambal kicap ni je... even umie suka makan goreng pisang dengan sambal kicap (teringat masa kecik2 kalau beli makanan kat kantin sekolah sure beli goreng pisang cicah kicap) ermmmmm terliurlah pulak...

Bahan

1 genggam cili api
3 biji bawang putih
air asam limau secukupnya
gula+ garam secukupnya
1/2 cawan kicap manis

Cara

1. Tumbuk cili api bersama bawang putih hiingga hancur
2. Masukkan ke dalam mangkok dan perahkan air asam limau ikut suka masam+ gula+garam+kicap
4. Kacau sebati

4 comments:

Mat Gebu said...

Tak ke kak e..dah dok M'sia nie senang sikit..terlour je esok2 boleh pi beli atau buat sendiri, tak delah makan hati mcm dok UK dulu...asyik tgk benda2 terliur dari M'sia jee!!

umi_e said...

mat... kat sini memang senang... nak apa je semua boleh beli tak payah nak buat2@masak2 cam b4... TAPI tu yang sakitnya sebab jadi malas masak n memang jarang nak masak :(

noreen said...

umie gi ler bege perkataan mangkuk tu sbb yg keluar mangkun ahak nie mesti kes anak2 dare kat umah tu yg tulun typekan

umi_e said...

thanks noreen

hehehehehe anak kak e tulis kadang2 ikut suka dia nak sebut :D