8 November 2007

kuah kacang


Kuah kacang biasanya dimakan dengan satay atau nasi impit. Ada orang bubuh dalam nasi impit + kuah lodeh. Ikut sukalah nak makan macam mana kan :)


Bahan

1 kg Kacang Tanah (Yang telah digoreng dan diblender ikut suka kasarnya)
Air Asam Jawa (Secukup rasa) Gula (Secukup rasa)
Garam (Secukup rasa)
Minyak Masak (untuk menumis)
Cili Kering (Ikut suka pedas)
1 sudu besar udang kering
1 biji bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih


Cara

1. Kacang yang telah di blend di rebus bersama air (air paras kacang) sehingga naik minyak dengan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
2. Cili kering dipotong dan direndam kemudian diblend bersama bawang/putih/halia dan udang kering
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend tadi hingga naik bau dan garing
4. Setelah kacang tadi naik minyak (tiada lagi buih) masukkan bahan tumisan tadi ke dalamnya. Letak air asam, garam dan gula secukup rasa.

2 comments:

Mat Gebu said...

kak e..mat kalau buat pun, teknik sama mcm kak e, rebus kacang tumbuk tu sampai kembang dan berminyak skit....

rynna said...

nmp cam sedap je..kita sll buat kuah kacang..favret giler..tapi tak penah rebus..lps grg, blend n masuk trs dlm cili td..lps ni kita nk try cara ni la..thanks..