18 November 2007

Nasi goreng kunyit



Biasalah... kalau dah berpenyakit M, buat nasi goreng paling cepat... tambah kalau ada nasi yang left over tu... Anak umie yang suka nasi goreng cuma yang no2 tu je... yang lagi 2 orang tak berapa suka... Anak sulong umie kata... kalau nak dia cepat kurus masaklah nasi goreng hari-hari hehehehehehe

Resepi nasi goreng kunyit ni boleh dilihat kat dalam MR ttp://www.myresipi.com/top/detail/782

Bahan

  • 3 mangkok nasi
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2-3 biji cili hijau (ikut suka)
  • 1/2 cawan sayur campuran
  • Segengam udang hidup (ikut suka banyak) dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis maggi (jika suka)
  • 1 sudu sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telor ayam
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air

Cara

  1. Tumbukkan bawang+bawang putih+cili hijau+udang kering
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
  3. Masukkan serbuk kunyit+sos tiram dan gaul rata serta tuangkan 1/4 cawan air tadi
  4. Masuukan perasa ikan bilis (jika suka) + udang hidup+ sayur campur+garam dan gaul rata
  5. Setelah udang hidup masak, pecahkan telor dan kacau sebati
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata

No comments: