
5 April 2010
I love cuppies!

15 December 2009
Faux Cake ~ Latest Order : Best Of Luck ~

Maiyah senyum jarang ketawa
Kerusi roda dipusing perlahan
Faux cake tempahan istimewa
Designed by Kakak jadi pilihan

She also ordered 5 cuppies with any design too! Here are the cuppies. Anyone interested can email umie or leave massage here because Kakak is still constructing a blog on her Arts & Craft. The blog is there but she still needs to organise it properly. When the blog is ready to be published, surely umie will inform ;)
The cake above cost only RM50 and the cuppies cost RM 7.50 a piece! What a bargain for those 'look like real' stuffs :P ( I am promoting for kakak hehehehe)
31 August 2009
Kek Olok * Merdeka! Merdeka! Merdeka! *
Salam Merdeka buat warga Malaysia

Hari ini Ulang Tahun Malaysia yang ke-52! Malaysia dah bertambah berpengalaman dan matang dalam semua aspek. Semoga Negara kita akan terus aman sentosa dan rakyatnya dalam keadaan sejahtera sentiasa...
Kek BlackForest dengan hiasan Cherry (tempahan buah tangan untuk majlis tepung tawar)
Kek yang ditayang di sini merupakan kek olok yang telahpun berada di tangan tuannya. Untuk Birthday Boy, Ian yang ke-2, umie buatkan kek yang simple sahaja sebab budak-budak besar tu bukannya tahu apa-apa sangat. Cuma masa kek itu diserahkan, si Ian cuba untuk mencuitnya :D dan minta dari mummynya. Kesian juga kan... mengharap je budak kecik tu nak makan kek :)
* Kalau ada sesiapa yang berminat untuk tempahan apa-apa majlis - silalah hubungi umie ya ;)
Kek BlackForest dihias dengan strawberry (tempahan di majlis perkahwinan)16 August 2009
Kek untuk anak saudara

Tidak tahu ke mana menghilang
Kek dibuat untuk anak suadara
Di majlis kahwin penuh gemilang
Anak saudara umie tu pemain bola sepak negeri Selangor, pada majlis perkahwinannya sudah pasti banyak tetamu khas yang akan hadir... Pada mulanya umie rasa segan nak buatkan kek untuknya sebab takutlah kek umie tidak menjadi. Namun disebabkan sepupu umie dah berikan kepercayaan, maka umie buatkan juga...
Selain kek kahwin, umie juga diminta untuk dibuatkan cuppies untuk meja tetamu khas. Malah 'kek olok' juga diminta sebagai salah satu 'pemberian merenjis air mawar' bagi tetamu. Untuk 'kek olok' yang diminta, umie buatkan 'black-forest with strawberry' ;) Banyak yang mahukan 'kek olok' tersebut yang jumlahnya sudah pasti terhad ;)
Apa-apapun yang penting ialah keberkatan majlis yang diadakan. Semoga pasangan pengantin akan terus kekal berbahagia hingga ke akhir hayat...
3 August 2009
Fake it!


** Cuppies dan cake yang ditayangkan ini telahpun menjadi milik orang...
17 July 2009
Faux Cuppies/Cakes For sale
Strawbeery Swirl with coloured sugar and Choc Spoge Cake with vanilla toppingKak ina pergi jalan-jalan
4 July 2009
Exchange Gift (EG) ~ FAWA ~



3 July 2009
Faux Cuppies & cakes ~ we did it & Thanks to ana ~

Cuppies dan slice cake dalam gambar di atas itu umie dan si Kakak yang buat. Jalan-jalan kat blog ana dan nampak faux cuppies dan slice cakes yang cantik-cantik. Umie bertanya bagaimana untuk membuatnya dan dengan bermurah hati ana memberikan keterangan ~ thanks ya ~ dan si Kakak terus mencari maklumat tambahan di internet.
Kami berdua tak sabar-sabar untuk membuatnya dan akhirnya kami buatlah mengikut apa yang ada dan kreativiti sendiri sebab bahan-bahan yang sepatutnya kami gunakan tidak kami temui... Hasil daripada 'pandai-pandai' menggunakan bahan-bahan yang kami rasa dapat menggantikan bahan yang dicadangkan, maka terhasillah cuppies dan slice cakes yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan yang dihasilkan oleh ana atau orang lain ;)
Umie ada satu lagi set cuppies dan slice cake (tidak sama seperti yang di atas sebab untuk EG dan tidak boleh dipublished sebelum diterima oleh tuannya) untuk umie berikan kepada FAWA sebagai EG (Exchange Gift) yang umie sertai. Ada satu lagi benda yang juga gabungan hasil tangan umie untuk FAWA tapi tidak dapat nak dipublishedkan sebab itu sudah dianggap sebagai 'hak' FAWA. Tunggulah bila umie dah serahkan kepadanya baru akan dipublishedkan ;)
Sudah ada yang berminat untuk menempah faux cuppies ni dari umie :D tapi umie masih memikirkan cara dan harganya sebab umie ni kan jenis yang tak pandai berniaga...ermmmm kalau ada siapa-siapa yang lain turut berminat nak menempah bolehlah ya... dapat juga umie buat biz kecil-kecilan kan... hehehehehehe :p









