30 January 2008

Nasi 3 warna



Syam81 di Trengganu segak berkaca mata
Suka keropok Losong yang banyak ikan
Ini nasi kegemaran anak-anak tercinta
Nampak macam pelik tapi senang disediakan


Resepi ini umie pernah letak di MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/668


Bahan

3 cawan beras basmati (boleh gunakan beras lain ikut suka)
3 cawan air (ikut sukatan biasa beras yang digunakan)
1 ketul stok ayam
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
pewarna merah, hijau dan kuning
secubit garam
beberapa helai daun pandan


Cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

1 comment:

aNgRiAni said...

assalamualaikum kak e...nasi 3 warna ni kalau riani tak silap jg dikenali sebagai nasi hujan panas...kalau riani silap mohon mahap yer...sedapnyer...ditambah pulak makan dgn daging kerutub...yummmyyyy...