16 January 2008

kari sausage


Rina berhati-hati bila menyeberang
Walau pun dah lambat nak masuk kelas
Berapa hari ni penyakit M menyerang
Nak keluar pergi pasar pun malas


Bahan

Sosej secukupnya - potong sederhana kecil
2 biji kentang - kupas dan potong empat
1 biji carot (potong sederhana kecil)
1 bungkus kecil rempah kari daging
1 kotak santan (200ml)
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering*
*blend semua
rempah menumis (cengkeh, bunga lawang etc)
1-2 keping asam keping
minyak untuk menumis
garam/perasa secukupnya

Cara

1. Panaskan secukup minyak dan tumiskan bahan menumis
2. Masukkan bahan giling + rempah kari dan tumis sampai naik bau
3. Masukkan kentang + santan
4. Bila kentang setengah empuk masukkan carot, sosej + asam keping
5. Berikan garam/perasa secukupnya
* tambahkan air ikut suka kepekatan/cair

4 comments:

Kak Elle said...

eah dah berlagu pun blog ini...tak pernah masak kari sausage...

s * h * i * m * a * h * z said...

sosej buat masak sup pun sedap tau

umi_e said...

Thanks kak elle :)

Kalau kak elle tak kasi code tu, memang tak berlagu ler sebab buta IT :-S

muuahhhhhhhh TQ!

umi_e said...

masak apa lagi yang sedap ya shimah? kak e tau masak kari je ler... kalau ada idea, share ler... kak e suka yang simple2 je :)