26 January 2008

Cerita tentang Flero

Colar 'blink-blink' itu hanya tinggal kenangan...

Mat masak bakso untuk mak yah berbuka
Menghidangkannya dengan berhati-hati
Bila sahaja diri dilanda kecewa dan duka
Kucing-kucinglah menjadi penghibur hati




Flero salah seekor kucing yang turut mendiami rumah kecil kami. Nama 'Flero' telah diberikan oleh anak bungsu umie, ADLIN@BABY http://bubble-a.blogspot.com Apa makna 'Flero' pun kami tak tau... Kesemua kucing-kucing yang ada dia yang memberikan namanya kecuali Chiku sebab Chiku kucing KAKAK, anak sulung umie dan kakak yang memberikan nama itu. ADLIN@BABY sebenarnya ada juga memberikan nama kepada adik Chiku iaitu Coco tapi umur Coco tidak panjang :( walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk merawatnya kerana Coco dijangkiti virus sejak mula-mula kami temui mereka bertiga (seekor lagi dinamakan Kiwi oleh anak ke-2 umie dan Kiwi yang mula-mula pergi meninggalkan Chiku dan Coco bersama kami)

Berbalik kepada kisah Flero, pada pertengah bulan puasa yang lalu, anak ke-2 umie, ADIK@KAK ADIK@SOFIE keluar bersama mak busunya dan adik telah bertemu dengan seekor kucing 'comot dan kurus' mengiau-ngiau di kakinya. Dia mengusap dan membelai kucing itu sehinggalah masa untuk pulang. Pulang ke rumah Adik sibuk bercerita tentang kucing 'comot dan kurus' yang ditemuinya di bank tadi. Umie hanya mendengar ceritanya antara 'dengar tak dengar' saja...


Pada keesokannya, tiba-tiba di hadapan pintu rumah kami muncul seekor kucing 'comot dan kurus' seperti yang diceritakan oleh ADIK. Adik begitu beria-ia untuk menyakinkan bahawa kucing yang muncul di muka pintu itu adalah kucing yang dia temui semalam di bank. Umie tidak berminat untuk menyimpan atau memeliharanya kerana kami sudah ada Chiku dan Itni (kucing yang juga tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah 2 minggu sebelum kemunculan Flero). Umie tidak mengizinkan anak-anak memegang apa lagi membawa masuk Flero ke dalam rumah pada masa itu kerana agak geli dengan rupa dan keadaannya - umie tidak sepatutnya merasa begitu terhadapnya...

Setelah 3 hari terus 'menghalau' dan tidak membenarkan dia masuk, akhirnya umie berlembut hati kerana ternyata dia amat 'patuh', dia tidak mencuri-curi untuk memasuki rumah (seperti kucing-kucing yang lain) kerana dia tahu dia tidak dibenarkan masuk. Dia hanya diam di muka pintu selama 3 hari itu. Namun sejurus selepas keluar dari mulut umie perkataan mengizinkan anak-anak untuk menyimpan dan memeliharanya, dia dengan perlahan mula melangkah ke dalam rumah... melihatkan tingkahnya hati umie menjadi sayu...

Flero, panggilan yang diberikan, seekor 'kucing kurap' - memang pun dipanggil begitu kerana masa dia datang, dia dipenuhi kurap :( Oleh kerana telah bersetuju untuk memeliharanya maka umie telah membawanya ke klinik haiwan berdekatan rumah untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, kurapnya telah sembuh dan dia sudah agak berisi berbanding semasa mula-mula dia muncul di rumah kami.

Flero amat manja... dia seekor kucing yang 'tau diri' kerana dia tidak sombong. Dia membenarkan dirinya dipegang dan diulit sesuka hati kanak-kanak yang mendekatinya... Kadang-kadang kesian melihatnya kerana sering menjadi mangsa gomolan kanak-kanak tetapi dia tidak melawan atau marah dengan perbuatan 'kasar' kanak-kanak yang menggomolnya :D

Selepas hari raya aidil adha baru-baru ini, umie telah memakaikan Flero dengan 'colar' yang 'blink-blink' kerana hanya colar itu saja yang sesuai dengan warna bulunya. Flero memakainya hampir 2 minggu apabila suatu petang bila umie pulang ke rumah, umie dapati colar Flero telah hilang :(

Rasa terkilan sungguh kerana 'colar' itu merupakan 'gelang tangan' yang diberi oleh hb umie semasa di UK dulu. Terfikir... mungkinkah colar Flero 'terbuka sendiri' kerana umie tahu kancingnya begitu kuat dan rapat sekali, malah umie sendiri memerlukan bantuan untuk memakai atau membukanya... maka umie pun mulalah mengandaikan ada orang yang 'berkenan' dan membuka 'colar' Flero yang bercahaya itu ;) ermmmm kalaulah memang ada orang yang mengambil colar Flero itu, sungguh-sungguh tidak patut sekali...

Setelah kehilangan colarnya, Flero telah digantikan dengan colar baru :) Kali ini juga dipakaikan 'gelang' tapi dari 'anyaman benang' :) Semasa memakaikan colar barunya itu, Kakak memesan kepada Flero supaya jangan benarkan orang mengambil colarnya lagi. Flero harus larang jika ada sesiapa yang cuba mengambil dan membukanya. Apa yang menarik dan melucukan ialah, sejak kehilangan colar yang 'blink-blink' itu, Flero jadi amat berhati-hati... hehehehehe



Minggu lalu Kakak hendak memandikan Flero, sudah pasti colarnya harus dibuka, tapi ternyata Flero tidak membenarkan colornya dibuka, dia marah dan cuba merampas balik color barunya hehehehehe memang lucu... Semalam kakak sengaja cuba membuka colornya lagi dan dia masih cuba merampas colornya kembali dari tangan kakak :D




errmmmm kucingpun 'faham bahasa'... Flero seekor kucing yang baik dan dia tahu arahan yang diberikan kepadanya sejak hari pertama dia muncul di depan pintu rumah lagi... Kini Flero menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami. Walaupun dia kelihatan 'hodoh' tetapi dia 'tau diri' dan 'tau ambil hati' :)


*** kalau kucing boleh 'faham cakap orang', kenapa kita yang memang orang kadang-kadang sukar untuk faham cakap orang eekkkkk

3 comments:

Kak Elle said...

itulah manusia tak reti bahasa kan?

umi rajin membuat kuih muih eh...nak sikit?

umi_e said...

Rajin berkala namanya ni kak elle ;) ada masa nak buat, buat ler... time M datang... habuk pun tarak hehehehehe :D

e suka kucing dan e perhatikan kucing ni ada tu memang reti bahasa sungguh...

admin said...

ada kucing yg ikut kata mcm tu. bes la kalau ada...kalau ada yg degil tu kdg2 geram juga.haha