31 January 2008

Cake Decoration - Foot ball


Gathering MSjbox Sis dan Ako pergi bersama
Diajak juga izam, izali, zura dan rakan
Hari ini hari ulang tahun kawan lama
Kek permainan bola sahaja umie buatkan



Hari ni jadual umie memang padat... kalau nak ikutkan memang tak sempat TAPI kerana ini kawan lama dan kebetulan hari ini ulang tahun untuk mengenang kembali sambutan hari lahirnya 20 tahun lalu (masa sama-sama muda remaja hehehehehe) umie cuba juga buatkan. Itupun sampai di rumah mereka lewat 45mins dari masa yang dijanjikan :(

Kawan umie mengeluarkan 'hadiah' yang diberikan padanya 20 tahun dulu (1988) dan masih lagi elok rupanya cuma biasalah, berabuk sedikit ;) ermmmmm sayang tadi tiada sapa2 lagi kawan lama yang sama-sama ada pada tahun 1988 tu... ye lah masing-masing membawa jalan dan cerita sendiri... kami kebetulan tinggal berdekatan, kalau tak pun tak mungkin akan dapat bersama seperti tadi...






Happy Birthday Airynnz & Pak Rusdi


AIRYNNZ MANIS CAKAPNYA PUN BERALAS
RUSDI PULA TEMAN LAMA SEKOLAH DAN PEKERJAAN
HANYA UCAPAN DAN IRINGAN DOA IKHLAS
SEMOGA KALIAN SENTIASA DALAM KESEJATERAAN


Hari ini ulang tahun dua orang yang umie kenali.

Seorang merupakan sahabat lama semasa belajar di universiti dan juga bekerja... Nilai persaudaraan yang terjalin tidak dapat dihargakan.... Pak Rusdi

Seorang lagi merupakan kenalan yang baru dikenali di alam maya ini... Sungguhpun baru berkenalan namun kemesraan yang terjalin amat menyamankan dan semoga ia akan menjadi sebuah persahabatan di alam kenyataan.... Airynnz

Untuk Airynns, hanya kek alam maya yang dapat kak e berikan untuk birthday kali ini :)

Untuk Pak Rusdi, Zah... kak e tak taulah sempat buat kek untuk Pak Rusdi ke tidak sebab hari ini kak e full!!! Inipun masa rehat sementara nak hantar Adlin @ Baby ke sekolah agama :) ermmmmm tak dapat buat hari ni, hujung minggu pun boleh kot :D

Don't always believe what you hear
Hope I remember your birthday every year
Wish our friendship will never have an end
Because it is so precious to me my friends






30 January 2008

Acar timun


Sira penat sungguh kerana banyak kerja
Bila dah penat tak dapatlah nak berangan
Nasi 3 warna tidak dihidang sendiri saja
Acar timun disediakan sebagai pasangan


Bahan

1 biji timun (dipotong memanjang)

1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 labu bawang besar (dipotong enam)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah atau
1 labu bawang besar
2 cm halia (dimayang)
Sedikit cuka, kunyit dan garam
¼ cawan air
minyak untuk menumis

Cara

1. Tumis bawang yang dimayang tadi, kemudian masukkan serbuk kunyit, cuka dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan sayur yang telah dipotong tadi diikuti dengan gula dan garam.
3. Akhir sekali masukkan 3/4 cawan air dan masaklah hingga sebati.

Nasi 3 warna



Syam81 di Trengganu segak berkaca mata
Suka keropok Losong yang banyak ikan
Ini nasi kegemaran anak-anak tercinta
Nampak macam pelik tapi senang disediakan


Resepi ini umie pernah letak di MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/668


Bahan

3 cawan beras basmati (boleh gunakan beras lain ikut suka)
3 cawan air (ikut sukatan biasa beras yang digunakan)
1 ketul stok ayam
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
pewarna merah, hijau dan kuning
secubit garam
beberapa helai daun pandan


Cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

29 January 2008

Cake Decoration - car track



Mat Gebu demam cepat makan ubat
Terpaksa makan walaupun tak suka

Pada ulang tahun dua orang sahabat
Kek trek umie buatkan untuk mereka




Sebenarnya kek ni dibuat pada pertengahan bulan baru ni.... mula tu tak mahu letak di sini tapi bila fikir mungkin boleh dimanfaatkan oleh rakan-rakan (dapat idea) untuk buatkan kek anak-anak terutama anak lelaki sebab kek seperti ini dah berapa kali umie buat untuk anak-anak sedara/rakan :) dan ternyata mereka begitu suka ;)

Kek guna apa2 jenis kek yang di sukai dan icingnya pula umie guna icing biasa yang umie biasa buat...

28 January 2008

Happy Blog Day! 3 Months Today!


Nilai persahabatan amatlah berharga
Yang belum kenal bolehlah berkenalan
Kek dibuatkan untuk ahli keluarga
Sempena BlogDay yang ke-3 bulan


Hari ni genaplah 3 bulan blog umie wujud di alam maya ini... Walaupun baru tiga bulan tapi rasanya macam dah lama sangat... kenapa ya boleh rasa sedemikian? Mungkinkah sebab masa yang berjalan amat perlahan atau kerana dalam diri ini sudah timbul perasaan bosan? errmmmm entahlah...

Apapun diucapkan berbanyak terima kasih kepada kenalan semua yang sudi mampir ke blog ini... bila ada tetamu berkunjung ke mari, rasa semangatlah sikit untuk terus mengupdate n3 hari-hari hehehehehe


Walau apapun, diri ini tetap akan mencuba untuk terus mengupdate n3 setiap hari kecuali lah kalau memang tidak berkesempatan sama sekali... Jadi kepada semua sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjadi sahabat di alam maya ini...


27 January 2008

Ayam lemak cili api


Amy bertanya sis honey jika sis pandai menari
Sis mendiamkan diri buat Amy terntanya-tanya
Ayam masak lemak cili api masakan Negeri
Kalau lebih banyak cili api lebih enaklah rasanya

Bahan

1 ekor ayam
4 biji kentang sederhana besar (jika suka letak)
1 tin santan
minyak
garam/perasa
serai - dititik


Bahan unt ditumbuk/blend:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
12 batang cili padi - banyak ikut suka pedas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
3 cm lengkuas
1-2 biji buah keras


Cara

1. Tumis bahan yg dikisar dlm myk sampai naik bau

2. masukkan serai yg sudah di titik

3. kacau sampai sebati

4. Masukan ketang yang dibelah 4 bersama ayam dan gaul

5. Jika ayam dan kentang sudah agak2 empuk, masukkan santan

6. kacau & tunggu sehingga mendidih

7. masukkan garam / perasa secukupnya

26 January 2008

Cerita tentang Flero

Colar 'blink-blink' itu hanya tinggal kenangan...

Mat masak bakso untuk mak yah berbuka
Menghidangkannya dengan berhati-hati
Bila sahaja diri dilanda kecewa dan duka
Kucing-kucinglah menjadi penghibur hati




Flero salah seekor kucing yang turut mendiami rumah kecil kami. Nama 'Flero' telah diberikan oleh anak bungsu umie, ADLIN@BABY http://bubble-a.blogspot.com Apa makna 'Flero' pun kami tak tau... Kesemua kucing-kucing yang ada dia yang memberikan namanya kecuali Chiku sebab Chiku kucing KAKAK, anak sulung umie dan kakak yang memberikan nama itu. ADLIN@BABY sebenarnya ada juga memberikan nama kepada adik Chiku iaitu Coco tapi umur Coco tidak panjang :( walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk merawatnya kerana Coco dijangkiti virus sejak mula-mula kami temui mereka bertiga (seekor lagi dinamakan Kiwi oleh anak ke-2 umie dan Kiwi yang mula-mula pergi meninggalkan Chiku dan Coco bersama kami)

Berbalik kepada kisah Flero, pada pertengah bulan puasa yang lalu, anak ke-2 umie, ADIK@KAK ADIK@SOFIE keluar bersama mak busunya dan adik telah bertemu dengan seekor kucing 'comot dan kurus' mengiau-ngiau di kakinya. Dia mengusap dan membelai kucing itu sehinggalah masa untuk pulang. Pulang ke rumah Adik sibuk bercerita tentang kucing 'comot dan kurus' yang ditemuinya di bank tadi. Umie hanya mendengar ceritanya antara 'dengar tak dengar' saja...


Pada keesokannya, tiba-tiba di hadapan pintu rumah kami muncul seekor kucing 'comot dan kurus' seperti yang diceritakan oleh ADIK. Adik begitu beria-ia untuk menyakinkan bahawa kucing yang muncul di muka pintu itu adalah kucing yang dia temui semalam di bank. Umie tidak berminat untuk menyimpan atau memeliharanya kerana kami sudah ada Chiku dan Itni (kucing yang juga tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah 2 minggu sebelum kemunculan Flero). Umie tidak mengizinkan anak-anak memegang apa lagi membawa masuk Flero ke dalam rumah pada masa itu kerana agak geli dengan rupa dan keadaannya - umie tidak sepatutnya merasa begitu terhadapnya...

Setelah 3 hari terus 'menghalau' dan tidak membenarkan dia masuk, akhirnya umie berlembut hati kerana ternyata dia amat 'patuh', dia tidak mencuri-curi untuk memasuki rumah (seperti kucing-kucing yang lain) kerana dia tahu dia tidak dibenarkan masuk. Dia hanya diam di muka pintu selama 3 hari itu. Namun sejurus selepas keluar dari mulut umie perkataan mengizinkan anak-anak untuk menyimpan dan memeliharanya, dia dengan perlahan mula melangkah ke dalam rumah... melihatkan tingkahnya hati umie menjadi sayu...

Flero, panggilan yang diberikan, seekor 'kucing kurap' - memang pun dipanggil begitu kerana masa dia datang, dia dipenuhi kurap :( Oleh kerana telah bersetuju untuk memeliharanya maka umie telah membawanya ke klinik haiwan berdekatan rumah untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, kurapnya telah sembuh dan dia sudah agak berisi berbanding semasa mula-mula dia muncul di rumah kami.

Flero amat manja... dia seekor kucing yang 'tau diri' kerana dia tidak sombong. Dia membenarkan dirinya dipegang dan diulit sesuka hati kanak-kanak yang mendekatinya... Kadang-kadang kesian melihatnya kerana sering menjadi mangsa gomolan kanak-kanak tetapi dia tidak melawan atau marah dengan perbuatan 'kasar' kanak-kanak yang menggomolnya :D

Selepas hari raya aidil adha baru-baru ini, umie telah memakaikan Flero dengan 'colar' yang 'blink-blink' kerana hanya colar itu saja yang sesuai dengan warna bulunya. Flero memakainya hampir 2 minggu apabila suatu petang bila umie pulang ke rumah, umie dapati colar Flero telah hilang :(

Rasa terkilan sungguh kerana 'colar' itu merupakan 'gelang tangan' yang diberi oleh hb umie semasa di UK dulu. Terfikir... mungkinkah colar Flero 'terbuka sendiri' kerana umie tahu kancingnya begitu kuat dan rapat sekali, malah umie sendiri memerlukan bantuan untuk memakai atau membukanya... maka umie pun mulalah mengandaikan ada orang yang 'berkenan' dan membuka 'colar' Flero yang bercahaya itu ;) ermmmm kalaulah memang ada orang yang mengambil colar Flero itu, sungguh-sungguh tidak patut sekali...

Setelah kehilangan colarnya, Flero telah digantikan dengan colar baru :) Kali ini juga dipakaikan 'gelang' tapi dari 'anyaman benang' :) Semasa memakaikan colar barunya itu, Kakak memesan kepada Flero supaya jangan benarkan orang mengambil colarnya lagi. Flero harus larang jika ada sesiapa yang cuba mengambil dan membukanya. Apa yang menarik dan melucukan ialah, sejak kehilangan colar yang 'blink-blink' itu, Flero jadi amat berhati-hati... hehehehehe



Minggu lalu Kakak hendak memandikan Flero, sudah pasti colarnya harus dibuka, tapi ternyata Flero tidak membenarkan colornya dibuka, dia marah dan cuba merampas balik color barunya hehehehehe memang lucu... Semalam kakak sengaja cuba membuka colornya lagi dan dia masih cuba merampas colornya kembali dari tangan kakak :D




errmmmm kucingpun 'faham bahasa'... Flero seekor kucing yang baik dan dia tahu arahan yang diberikan kepadanya sejak hari pertama dia muncul di depan pintu rumah lagi... Kini Flero menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami. Walaupun dia kelihatan 'hodoh' tetapi dia 'tau diri' dan 'tau ambil hati' :)


*** kalau kucing boleh 'faham cakap orang', kenapa kita yang memang orang kadang-kadang sukar untuk faham cakap orang eekkkkk

25 January 2008

Kuih kaswi



Lagu patriotik berjudul Ibu Pertiwi
Dinyanyikan oleh penyanyi pujaan

Kuih tradisi nama diberi kuih kaswi
Resepi bro Rozan dijadikan percubaan


Resepi dari blog BR >>>> http://rozzan.blogspot.com/

Bahan A


450 ml air
350 gm gula melaka
240 gm gula pasir
daun pandan

Bahan B

190 gm tepung gandum

120 tepung kanji

60 gm tepung beras

900 ml air

1 sudu makan air kapur

2 sudu makan air abucang

2 sudu makan pewarna coklat


Cara

1. Satukan kesemua Bahan A dan B lalu ditapis. Kukus hingga masak. Jika anda menggunakan acuan-acuan bersaiz kecil – masa mengukus kira-kira 15-20 minit.

2. Jika anda menggunakan satu loyang yg besar utk mengukusnya, ia memakan masa sekitar 30-40 minit.

3. Hidangkan dgn kelapa (putih) parut yg dikukus dan dibubuh sedikit garam.

24 January 2008

Puding cendol


Pandai sungguh Mak Yah membuat dodol
Cik Mat membantu sampai duduk bersila
Hidangan petang dengan puding cendol
Makanan tradisi yang diolah semula


Resepi dari MR oleh tuntung15 >>>

http://myresipi.com/top/detail/2899


Bahan

Bahagian Lapisan Bawah

500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bahagian Lapisan Atas

500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam


Cara

Bahagian Lapisan Bawah

1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.


Tips : untuk acuan.

Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.


Bahagian Lapisan Atas

1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
2. Tapiskan air gula.
3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
4. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
5. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan

23 January 2008

Sambal sotong kering


Kalau ummi ke Penang nak pesan buah pala
Selain itu minta juga belikan buah berangan
Bila tiba time memasak mulalah pening kepala

Puas fikir akhirnya sambal sotong jadi hidangan


Bahan

6 keping sotong kering - potong kecil dan direndam dalam air abu hingga agak lembut
20 tangkai cili kering - ikut suka banyak (dikisar)
1bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci belacan (dikisar)
1 bawang besar dihiris bulat
2 sudu besar kicap manis
asam jawa (disatukan dlm mangkuk, dimasukkan air sedikit)
minyak utk menumis
perasa/ gula/ garam


Cara

1. Panaskan minyak dan kesemua bahan kisar (kisar sekali kesemuanya) hingga naik bau.
2. Masukkan kicap manis, air asam jawa dan belacan.
3. Masukkan perasa, gula dan garam
4. Masukkan sotong kering dan masak hingga sotong empuk.
5. Bila sotong sudah empuk, masukkan bawang yang telag dipotong bulat.



Waffle with custard sauce and strawberry



Izam ke Terengganu melihat penyu
Pergi bersama Jun dan juga Siti
Otak buntu nak fikirkan menu
Akhirnya waffle untuk sarapan di hari cuti

Hari cuti camni taklah kelam kabut cam hari-hari sekolah, bolehlah berehat-rehat dan berguling-guling lama sikit ;)

Namun masalah sama saja, memikirkan menu sarapan dan makan siang... so bila dah buntu buatlah yang agak2 senang... waffle ni senang je... bancuh je tepung yang dah ready beli kat kedai Yummie tu bersama telor dan air... pastu panaskan waffle maker... jadi ler...

Supaya ada kelainan sikit daripada biasa, makanlah dengan custard dan strawberry yang dalam tin tu je...
Untuk custard pula diambil dari resepi maya_zakry di MR
Bahan
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.



22 January 2008

Daging goreng kunyit


Kalau hati dah suka sudah pasti terbayang-bayang
Asalkan jangan jadi gila bayang sampai ke tua
Daging goreng kunyit kegemaran hb tersayang
Resepi khas umie pelajari dari ibu mertua

Bahan

1/2 kg daging - dipotong nipis
Serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
7 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji bawang besar - potong bulat
lada merah/hijau 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong


Cara

1. Bersihkan daging dan hiris daging ikut suka
2. Perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
3. Masak daging dengan api perlahan hingga air daging kering/daging empuk
4. Bila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
5. Bila warna daging berubah /garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris tadi. goreng hingga layu.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing.


21 January 2008

Popia goreng


Jauhnya berjalan hingga ke Shang Hai
Sambil berjalan memakan kentang
Popia goreng bersoskan cili Thai
Sedap dimakan di waktu Petang




Bahan

50 keping kulit popia
500 gm tauge
1 genggam udang kering (ditumbuk halus)
1 biji sengkuang (ukuran sederhana)
1 biji timun
200 gm udang hidup/ atau ganti dengan ayam jika suka
1 biji
bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit garam dan serbuk perasa


Cara

1. Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian cuci dan toskan.
2. Sengkuang dan timun diparut memanjang.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar+ bawangputih dan udang kering hingga wangi.

4. Bila telah agak kering, masukk
an udang dan sengkuang Tambahkan garam dan serbuk perasa.
5. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat.

6. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan lekatkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

7. Buat begini sehingga habis.
8. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing - angkat dan toskan minyak.


*** Hidangkan dengan sos Thai atau sos cili

20 January 2008

Burger telor


Kerja banyak tapi masanya terhad
Sambil bekerja menonton kugiran
Burger telur sarapan pagi Ahad
Mudah disediakan menjadi kegemaran


Bahan

5 biji roti burger (ikut jumlah keluarga atau suka banyaknya mana)
5 biji telor - ikut banyaknya roti
5 keping cheese - ikut banyak roti/telor
sos cili
sos tomato
mayonis
salad - jika suka
butter untuk sapuan

Cara

1. Goreng telor - ceplok
2. Belah dua roti burger - jangan putus
3. Sapu roti dengan burger dan letakkan telor
4. Lapiskan dengan cheese dan salad
5. Letakkan sos cili/sos tomato/mayonis ikut suka

19 January 2008

Ayam goreng Junjs11


Pergi ziarah sahabat baikku di Kedah
Bila bersua hati merasa riang
Ayam goreng junjs11 penambah juadah
Bersama hidangan santapan siang


Resepi umie dapatkan di MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/3300

Bahan

  • 500gm ayam-potong kecil
  • 1 kiub pati ayam-hancurkan
  • garam
  • bahan kisar:-
  • 2 sudu makn ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 batang serai
  • 3cm halia

Cara

perap ayam ngan sume bahan selama 30min. goreng hingga kekuningan.

Nasi carrot


Edazman diganggu si lelaki miang
Kena penumbuk suami eda itulah padah
Nasi Carrot menjadi hidangan siang
Bersama ayam goreng jun yang mudah


Nasi carrot ni umie dah banyak kali buat. Resepi dari MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/675

Bahan

  • Bahan A - dikisar
  • 10 biji cili hijau
  • 1 sd besar lada putih
  • 1 sd besar jintan manis
  • 5 ulas bawang putih
  • Bahan utk menumis:
  • Buah pelaga, Bunga lawang
  • Bunga cengkih, Kulit kayu manis
  • 4 cawan beras (cuci & toskan)
  • 600 gm carrot (di parut)
  • ½ ekor ayam (potong kecil)
  • 300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
  • 3 biji bawang besar (di hiris)
  • 4 sd besar minyak sapi
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 cawan santan
  • garam
  • daun pandan

Cara

  1. Gaulkan carrot bersama beras.
  2. Rebus ayam bersama 3 cawan air.
  3. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
  4. Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.

mini sausage bun


Sorong papan tarik papan
Jangan terkena melati yang manis
Home made roti dijadikan sarapan
Dimakan dengan sos dan mayonis


Resepi diubah suai dari resepi soft bun zaliana :)


Bahan

Sosej secukupnya
290 ml air suam
600 gram tepung roti
5 sudu teh yis
30 gram shortening
30 gram butter
1 biji telur saiz A
2 sudu teh garam
80 gram gula halus
30 gram susu tepung
2 sudu teh bread softner

Cara-
1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker.
2. Setelah siap, bahagikan adunan kepada bentuk bulat. Dan biarkan ia naik sekali ganda.
3. Leperkan dan masukkan bun - rapatkan.
4. Bakar hingga masak.
5. Setelah masak, keluarkan dan sapu mentega ke atas permukaan roti.

18 January 2008

Instant caramel pudding


Pandai sungguh KASIH bermadah
Membaca karyanya hati meratap
puding karemel segera sangatlah mudah
buat hidangan selepas bersantap


Bahan:

Instant caramel pudding - ikut suka berapa banyak nak guna


Cara:

1. Ikut aturan yang diberikan di kotak/pack pudding
2. Tuang dalam bekas - ikut suka kecil atau besar
3. Hias ikut suka :)




17 January 2008

Nasi lemak



Shai ke Port Dickson menaiki sampan
Diajak sama mikaounik yang manja
Masa dulunya dimakan untuk sarapan
Kini nasi lemak dimakan bila-bila saja



Bahan

4 cawan beras - dicuci dan toskan
4 cawan santan
garam secukupnya
daun pandan - ikut suka
beberapa biji cengkeh

Cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi - sampai masak
2. Gemburkan nasi yang telah dimasak.

sambal kerang


Siti Nur membela dua ekor ikan puyu
Ikan puyu dihadiahkan oleh si emak
Satu lagi masakan tradisional Melayu
Sambal kerang dimakan bersama nasi lemak

Bahan

1 mangkok isi kerang (telah dimasak dan dikupas)
20 tangkai cili kering - ikut suka banyak (dikisar)
1bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 bawang besar dihiris bulat
1 sudu besar serbuk belacan
2 sudu besar kicap manis
asam jawa (disatukan dlm mangkuk, dimasukkan air sedikit)
minyak utk menumis
perasa/ gula/ garam


Cara

1. Panaskan minyak dan tumis cili kering yang dikisar, bawang merah dan putih hingga naik bau.
3. Masukkan kicap manis, air asam jawa dan belacan.
4. Masukkan perasa, gula dan garam
5. Masukkan kerang dan bawang yang telah dipotong bulat. Kacau rata.


16 January 2008

kari sausage


Rina berhati-hati bila menyeberang
Walau pun dah lambat nak masuk kelas
Berapa hari ni penyakit M menyerang
Nak keluar pergi pasar pun malas


Bahan

Sosej secukupnya - potong sederhana kecil
2 biji kentang - kupas dan potong empat
1 biji carot (potong sederhana kecil)
1 bungkus kecil rempah kari daging
1 kotak santan (200ml)
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering*
*blend semua
rempah menumis (cengkeh, bunga lawang etc)
1-2 keping asam keping
minyak untuk menumis
garam/perasa secukupnya

Cara

1. Panaskan secukup minyak dan tumiskan bahan menumis
2. Masukkan bahan giling + rempah kari dan tumis sampai naik bau
3. Masukkan kentang + santan
4. Bila kentang setengah empuk masukkan carot, sosej + asam keping
5. Berikan garam/perasa secukupnya
* tambahkan air ikut suka kepekatan/cair

15 January 2008

Birthday Cake

shayz hamil pasti size badan akan berubah
Janganlah mengidam makan sarang layang-layang
Hanya kek yang simple dapat dipersembah
Buat ulang tahun kedua-dua orang yang disayang




Sempena hari lahir my mum hari ni... buatkan kek yang simple - tak expert lagi nak mendeco... ikut je tangan nak picit icing camna rupa... buat rose pun tak menjadi juga... kembang dan gemuk semacam je (kena banyak latihan tu)... apa yang penting my mum rasa gembira... hati anak mana tak terharu bila ibu dengan penuh kasih dan syahdu mengucapkan terima kasih hanya kerana buatkan sebuah kek yang sebegini rupanya...


Disebabkan birthday my mum and my sister dekat-dekat so buatkan sekali ler untuk dia cuma birthday dia sehari sebelum my mum... biasanya mereka celebrate sama... kebetulan kali ni my mum turun hanya satu malam ke PD-Bangi dari Spore-JB so buatkan birthday cake dan celebrate in advance but untuk Uda tetap dapat potong kek pada hari birthdaynya sebab kek yang tak seberapa ini dikirimkan ke Spore... errmmmmm jauh betul kek ni berjalan hehehehehe


14 January 2008

Kerabu kerang


UncleJ dan kasawari mudah ketawa
Ajak bertemu tak pernah berhalangan
Masakan tradisional sungguh istimewa
Kerabu kerang dijadikan hidangan


Bahan

1 mangkuk isi kerang
1 mangkuk taugeh - basuh dan tos
1 mangkuk daun kesum - diambil daun saja dan diricih (boleh tukar daun lain)
1 biji bawang dirincih nipis
5 biji cili padi - tumbuk halus
½ cawan santan pekat
2 sudu kerisik
2 sudu makan air limau nipis
garam dan gula secukup rasa


Cara

1. Satukan santan, garam dan gula.
2. Kemudian satukan bahan selebihnya dan gaul rata.
3. Pada yang nak pedas boleh tambah cili padi.

* Jangan adun kerabu tadi terlalu awal. Sebaik-baiknya bila nak makan baru diadun. Kalau tak ulaman-ulaman menjadi lembik


(sumber Mesra.net)

HAPPY BIRTHDAY TO UDA (14th Jan) & MUMMY (15th Jan)

Pandai sungguh ainin naufal tulis cerita
Buku sis norza pula sudah diterbitkan
Hari ini birthday uda dan esok mummy tercinta
Hanya ucapan dari jauh dapat Along berikan


Uda...
Along doakan semoga kehidupan Uda sekeluarga terus dilimpahi rahmat dah hidayah selamanya... Aaammmiinnnnnnnnnnn

Send this free eCard
Send this eCard !

Mummy...
Along sentiasa berdoa semoga Allah berikan kesihatan dan lanjutkan usia mummy supaya dapat beribadah dan bersedia bekalan untuk bertemu dan bersamaNYA yang kekal abadi... Insyaallah...

*Terima kasih mummy di atas segalanya...

Send this free eCard
Send this eCard !

13 January 2008

Seafood Mini Pizza

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Kaswari dan UncleJ lawan tangan sama kuat
AKO, Combi dan izam cuma perhatikan
Mini pizza ni anak-anak umie tolong buat
Sendiri buat dan sendiri juga yang habiskan


Resepi pizza ni ada macam-macam... Resepi pizza kali ni amek dari dapur jun yang comel tu :)

3 1/2 cawan tepung gandum (525gm)
2 camca teh yis
1 camca teh garam
1 1/2 cawan air suam (375ml)
3 camca besar minyak zaitun
1 camca besar madu

1. satukan tepung, garam, minyak, madu n yis dalam mixer. kacau sebati.
2. masukkan air suam sedikit2 hingga jadi doh kenyal. uli 3 min. keluarkan, tumbuk2 n uli lagi 5 min.
3. masuk dalam mangkuk n tutup ngan tuala lembab n rehatkan selama 1 jam.
4. tumbuk2 lagi n bulat2kan. bahagi 2. ambil 1 doh, canai n masuk dalam dulang pizza.
5. bakar 5 min. sapu sos tomato/pizza n tabur topping n cheese.
6. bakar lagi selama 8-10min.

kak e member baru Msjbox

Chiku... satu-satunya anak jantan umie (yang lain semuanya perempuan dan betina hehehehehe) Chiku sedang berposing dengan penuh gaya di tempat peraduan kak Adiknya...

Di alam siber sering kita bertemu
Bertemu di alam nyata tak tau bila
Hari minggu kak e ada banyak tetamu
Walaupun sibuk tapi hati amat gembira

Kak e baru register jadi ahli Msjbox pada malam 11 Januari baru ni... Kira baru dalam 2 harilah kan.... Hari ni kak e jadi orang ke-2 sebagai ahli baru... Bila tengok kat bawah tu pulak, nak tergelak pun ada, sebab kak e jadi ahli ke-2 Msjbox Paling Popular... ye ke tu??? Cam tak caya je... sure kesilapan teknik tu... Apa-apapun kak e seronok jadi ahli Msjbox... jomlah member MR join kat Msjbox ni juga...

11 January 2008

Ayam goreng berempah

Glitter Photos

Perkenalan kita bermula dari internet
Semoga persahabatan dapat kita kekalkan
Resepi ayam goreng berempah dari Mesra.net
Website yang baik untuk dibuat rujukan


Bahan

1 ayam (dada atau sayap)
1 inch lengkuas
¾ inch halia
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inch kunyit hidup (jika ada.blh diganti dgn serbuk kunyit)
3 batang serai
2 sudu tepung gandum
1 biji telur ayam
½ sudu serbuk cili (lebihkan jika suka pedas)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Cara

1. semua bahan2 termasuk telur dan tepung dikisar halus.
2.semasa mengisar, hanya sedikit air digunakan supaya bahan kisar menjadi pekat dan mudah lekat pada ayam.
3. bahan2 tadi diperap dgn ayam selama kira2 1 jam.
4. ayam digoreng dlm minyak yg banyak (deep fry)


* Bahan rempah yang tertinggal di dalam kuali ditoskan dan jika mahu bolehlah ditaburkan ke atas ayam sewaktu menghidang.

10 January 2008

Bun bersosej



Kak Norzailina pakar membuat pudding caramel
Bro Rozan membuat puding berbelang-belang
Resepi bun umie ubah dari Jun yang comel
Buat dihidang sebelum senja menjelang

Bahan

184gm tepung roti
46gm tepung kek
3gm yis
12gm gula
4gm garam
23gm madu
18gm telur kuning
35gm butter
138ml susu segar
*mini sosej (cocktail) secukupnya

1. Campur aje sume2 and uli lembut. *umie masuk dlm bread machine
2. Rehatkan 1 jam. tumbuk2 untuk kuarkan angin, and rehat lagi 30min.
3. Bahagi kepada beberape bahagian kecil, rehat 15min.
4. Bentukkan dan letak sosej kemudian rehat lagi 45min.
5. Bakar selama 10min pada 210'c.

*** resepi asal bun jun letak kaya tapi umie tukar letak mini sosej... makan ngan sos...

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429








*Lukisan2 yang tergantung di dinding rumah merupakan hasil karya hb tersayang... sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke rumah untuk melihat hasil karyanya... Bila lagi nak promote kannnnnnnnnnn ;) :p :D

CMG dulu terkenal seorang yang pemalu

Terkena hujan dapat batuk dan selsema
Tahun 2008 10 hari baru berlalu
Kini tahun Hijrah 1429 pula menjelma

Selamat Menyambut Awal Muharam 1429... Semoga tahun ini kita akan berhijrah kepada yang lebih baik dari sebelumnya... :)


Sempena tahun baru hijrah, banyak sungguh sms/ucapan yang diterima, di antaranya... I received a sms from my sister in PD. Here is her sms to me...

"Salam maal hijrah, doa dipohon dengan kesyahduan, semoga dikabulkan. Hijrah membawa seribu pengharapan untuk mencari kemanisan iman dan ketaqwaan. Kekal persaudaraan ini adalah satu nikmat kehidupan. Alahmdulillah..."

Another sms I received from my 'adik angkat' - cempaka_ardini

"Semoga Allah SWT jadikan pagimu cahaya, zohormu dipenuhi gembira, asarmu dilimpahi kesyukuran, mahgribmu keampunan, isyakmu dengan keberkatan, dan doamu tidak ditolak. Semoga Allah juga luaskan rezekimu, serta ia tidak diambil balik, dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan..."

This is from my insurance agent :) - Rosli

"Ya Allah, please take care of my friend and her family, I love them very much, pelase guide them towards a successful, also bless them with good health and happiness"

Kepada kawan-kawan lain yang sms/ucapannya umie tak letak di sini janganlah berkecil hati kerana tak cukup ruangan ;) Ucapan terima kasih kepada semua yang mengirim sms/ucapan dari semalam hingga hari ini... Terima kasih lagi...

SALAM MAAL HIJRAH...





* lukisan di atas kek choc ini dibuat/lukis menggunakan butter icing oleh anak umie - kakak (kek tersebut diberikan kepada jiran terdekat dan lukisan tersebut mewakili mereka sekeluarga)

9 January 2008

HAPPY BIRTHDAY KAK PAH & CMG



Nama siaran Jalan-jalan Cari Makan
Peminatnya banyak di mana-mana
Selamat Hari lahir kak e ucapkan
Buat Pah berada nun jauh di sana




Ummi budiman berbaju merah
Memandu perlahan supaya selamat
Kak e terlambat janganlah marah
Semalam tak sempat beri ucapan buat mat



Chicken Chop


rrozie17 orangnya cantik pandai bergaya
Jumpa nita berpandang-pandangan
Semalam bingung nak masak apa buat keluarga
Anak-anak cadang chicken chop untuk hidangan


Resepi 1

Bahan

Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.
2. Perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat).
9. Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.
Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari
4. Potong dadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
5. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
6. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan.
7. Letak garam dan gula secukup rasa.

Resepi ni umie ambil dari blog AUNTYN - http://kampungkitchen.blogspot.com


Resepi 2

Bahan

3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]

Bahan Perap

1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram 1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam 1 s/b minyak

Cara

1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.

SOS REMPAH

Bahan

2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato garam

Cara

1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

SOS LADA HITAM

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
sikit garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

SOS CENDAWAN

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis

Cara

1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

************ resepi ini pulak umi cedok dari dapaur chef popular kita >>> sis hanieliza<<< http://hanieliza.fotopages.com


Mashed potato
pula boleh lihat di sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/663

Bahan

2 biji ubi kentang
1 sudu besar butter
3~4 sudu besar susu segar
sedikit garam
sedikit parsley-dicincang(optional)


Cara

1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia.
2. Rebus sehingga empuk.
3. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
4. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api.
5. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
6. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata.

@@@ umie letak kedua2 resepi dari AUNTYN dan juga hanieliza kerana salah satu resepi mereka digunakan - campur/ambil mana yang rasa senang@@@

%%%%%%%%% kalau sesiapa tidak ada masa utk buat semua dari awal kerana kesuntukan masa bekerja/dipejabat, bolehlah dapatkan bahan yang "INSTANT" tapi "KENA PREPARE" juga ler... kat Yummie tepung mashed potato ada, brown sauce ada, black pepper sauce ada... apa nak, cari and sediakan duit je... tak ada kat situ, gi cari kat kedai lain lak hehehehehe :P %%%%%%%%%

8 January 2008

Acar buah


Hani bawa anaknya ke Bukit Bendera
Balik bercuti dari Jepun tidaklah lama
Acar buah juadah membuka selera
Buat banyak-banyak boleh simpan lama



Bahan

20 ulas bawang merah/kecil
10 ulas bawang putih belah
3 inci halia -hiris halus
10 tangkai cili kering (lebih kalau nak pedas) diblend
buah-buahan kering ikut suka (contoh -prune, kismis, asam boi, buah pala etc)
½ peket serbuk kari daging Adabi
1 batang kayu manis
3 sudu makan cuka
1 cawan gula perang/gula Melaka
1 cawan air
garam/perasa
minyak untuk menumis


Cara

1. Didihkan 1 cawan air dan masukkan cuka, gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan (jerukkan).
3. Panaskan minyak(gunakan periuk yang agak2 muat untuk isi semua buah-buahan kering) dan tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis.
4. Kemudian masukkan rempah kari & cili kering blend dan goreng sehingga agak garing.
5. Masukkan buah-buahan yang agak keras dahulu - biar hingga lembut.
6. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali.
7. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
8. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Gulai darat daging



niksue ke perpustakaan bersama sina
suka membaca amalan yang berfaedah
masakan Kelantan di MR oleh Ekieyna
acar buah menjadi pengiring juadah




Bahan

1 kg daging
1 biji kelapa-ambil santannya
Garam secukup rasa
****BAHAN DIKISAR****
2-3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
10 biji chili kering
1 batang serai
1 inchi lengkuas
1 inchi kunyit @ 1 sudu teh untuk kunyit serbuk
****BAHAN DITUMBUK****
2 sudu besar rempah butir
3 sudu besar kerisik kelapa
Cara
1. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi itu sehingga sebati.
2. Selepas itu,masukkan sedikit santan.Masak sehingga daging empuk.
3. Pastu masukkan santan yang selebihnya, garam secukup rasa.

Resepi Kelantan kegemaran umie... ambil dari MR >>>

7 January 2008

Sambal tumis ikan bilis

yana gi merket Mache beli pegago
ikin mam_myvi pulo beli kace kudo
samba tumih ike bilih disedioke jugo
wat pasange lemok dage nangko mudo



Bahan

200 gm ikan bilis
20 tangkai cili kering - ikut suka banyak (dikisar)
1bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 bawang besar dihiris bulat
1 sudu besar serbuk belacan
asam jawa (disatukan dlm mangkuk, dimasukkan air sedikit)
minyak utk menumis
perasa/ gula/ garam


Cara

1. Bersihkan ikan bilis cuci dan ketepikan.
2. tumis cili kering yang dikisar, bawang merah dan putih hingga naik bau...
3. masukkan air asam jawa dan belacan.
4. masukkan perasa, gula dan garam
5. Akhir sekali masukkan bawang hiris dan ikan bilis yang telah ditoskan tadi.