CT dan en. Mat sedang makan
Kucing liar terhendap-hendap
Takoyaki ini senang disediakan
Berkhasiat dan rasa pun sedap
Hari ini nak tayang takoyaki pulak. Kali ini guna resepi yang berbeza dan rasanya juga agak lebih memuaskan berbanding resipi yang pertama.
Anak-anak umie suka sangat makan takoyaki ni dan apa yang umie suka, ia senang disediakan dan si kakak pun sekrang ini boleh buat sendiri.
Kakak boleh buat tahoyaki dua-tiga hari berturut-turut hanya untuk bawa ke sekolah bagi kawan-kawannya rasa akan makanan kesukaannya ini.
Bahan
200 gm tepung tempura
1biji telur
340ml air sejuk
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
1 sudu besar kicap manis
serbuk udang kering (sangai dan haluskan-blend)
daun bawang
sotong (rebus dan potong kecil) atau sosej/isi ketam dan apa saja yang disukai (untuk isi)
Bonito flake
Mayonis
2 batang lidi sate (untuk tebalikkan tepung)
1. Bancuhkan semua bahan kecuali daun bawang, isi , bonito flakes & mayonis. (masukkan tepung sedikit demi sedikit (ayak) sedikit2 ke dalam bancuhan sehingga tidak bergentel supaya bila masak ia akan terus lembut.
Bahan
200 gm tepung tempura1biji telur
340ml air sejuk
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
1 sudu besar kicap manis
serbuk udang kering (sangai dan haluskan-blend)
daun bawang
sotong (rebus dan potong kecil) atau sosej/isi ketam dan apa saja yang disukai (untuk isi)
Bonito flake
Mayonis
2 batang lidi sate (untuk tebalikkan tepung)
7 comments:
eee nmpk sedap la tokoyaki tu.. brapa org dh sy tgk buat tokoyaki ni nak kena try laaa nnt tp bhn2 cam xde plk.
salam:)
terliur lak rasanya. tgh puasa nie semua nmpk sedap. senang tak buatnya kak? nak buatlah ahad nie. beri resepi ya.
helen... bahan2nya tak payah nak dapatkan ;)
sha... cubalah, ini resipi yang mudah :)
nampak menyelerakan la kak e.. lapar pula rasanya.. teringin gak nak buat.. tapi tak tahu bila boleh.. hari minggu susah sikit nak kena deal dengan hubby dulu untuk jaga twins tue.. hehhee.. insyaAllah one day norish try..
norish... kalau sapa yg suka makanan jepun akan sukalah benda ni... kena try sebab buat sendiri puas hati ;)
Kak E, bonito flake tu memang ada jual kat kedai ye? Kedai yang jual bahan2 buat kek ada tak agaknya? Ni first time saya dengar pasal bonito flakes..hehehe..
tirana... kedai baking tak perasan ada jual ke tak tapi kalau cari kat supermarket yang 'besar' memang ada jual
* kak e dapatkan semua bahan utk masakan Jepun dari Chef Man - harga berpatutan
pergilah kat blog dia yg ada cara2 utk masak masakan Jepun - kak e selalu call dia terus kalau tak faham atau perlukan bantuan ;)
http://bestchefblog.com/ (blog chef man)
Post a Comment