Hana suap anaknya makan
Dah makan berlari ke depan
Bila kaya sudah disediakan
Kaya ball pula jadi kudapan
Bila kaya udah dibuat, kaya ball pun menjadi projek umie di dapur. Vitamin R agak berkesan pula untuk penyakit M yang telah sekian lama melanda :D
Seronok juga makan kaya ball panas-panas sebab belum lagi round kedua masak, yang pertama sudah pun habis dimakan oleh Tiga Dara Pingitan umie tu :)
* Tengoklah kaya ball tu betul2 bulat macam bola - kenalah dengan namanya hehehehehehe
* Tengoklah kaya ball tu betul2 bulat macam bola - kenalah dengan namanya hehehehehehe
Bahan
250 g tepung kek
125 g butter (cairkan)
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt esen vanila
Secubit garam
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender (kecuali tepung dan garam) - blend
2. Masukkan tepung + garam dan blend lagi hingga adunan sebati dan licin
3. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit butter dan isikan separuh dengan adunan. Kemudain letak sedikit kaya dan tutup dengan adunan lagi hingga penuh.
4. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.
9 comments:
Wahhh...Kak-E...Kaya ball...Bestnya...Errrkkk..Tanya sikitttt...Tepung kek tu means self raising flour ke..?
nenie.. a'a - tepung kek tu self-rising flour & kalau tak ada guna je tepung gandum+baking powder ;)
saje kasi terliur je tgk ni..nak try gak? =)
apisz.. try ler... tak payah beli kat kedai :P
kaya balll... saya suka sgt kuih ni. tapi tak reti nak buat... kalau reti pun nak kena ada vitamin R dulu baru boleh buat hahahahah...
hmmmm... alang2 dah bagi rsepi ni. nak kena cuba buat ni....
chime... cubalah... kalau suka makan kaya - buatlah kaya sendiri ;)
kak, payah tu nak buat kat umah bujang ni....brg2 mana ada
(-_-||)
Sangat, sangat, sangat nak makan kaya ball~
Huhu~
Alex... nak makan meh ler sini , takpun pi beli je :P hehehehe
Post a Comment