1 May 2009

2nd Happy Birthday to Chiku


Anak 3E sama comel satu dan dua
Si Emil pun lawa tidak dikalahkan
Chiku sambut ulang tahun kedua
Semoga usianya Allah panjangkan


Tahun lepas tanggal 1 May, Chiku sambut ulang tahun yang pertama dengan penuh gemilang :) Alhamdulillah... tahun ini pada tanggal yang sama Chiku masih sihat dan dapat menyambut ulang tahunnya yang kedua. Malangnya pada hari lahir Chiku, umie ada tetamu dan juga ada temu janji untuk berjumpa dengan kawan cyber di KLCC, maka umie tak dapat nak celebrate birthday Chiku seperti tahun lalu ->

http://umi-e.blogspot.com/2008/05/chikus-1st-birthday.html

Sorry ya Chiku cayangggggggggg :-*

Chiku seperti tahu yang umie tidak buat apa-apa sambutan untuk meraikannya, dia kelihatan moody dan suka bersendiri. Tambahan pula beberapa minggu lalu si Kakak bawa balik seekor lagi anak kucing - Chiku tak suka! Ini menambahkan lagi rasa sedih dan marah Chiku agaknya... takpe... nanti umie back-dated @ belated birthday celebration buat Chiku ok...



Sempena ulang tahun Chiku, Kakak buatkan Chiku 'party hat' untuk Chiku pakai dan bergambar pada ulang tahun yang ke-2 ini. Malangnya Chiku tidak berapa gembira. Chiku ambil gambar seolah-olah dalam keadaan terpaksa - muka yang tidak ceria. Malah Chiku marah sangat pada umie hehehehehehehehe

Setelah penat Chiku 'bergaduh' dengan umie sebab Chiku tak suka dan marah umie ambil gambar dia, Chiku pun terus terlentuk... tidur sambil mengepit 'party hat' yang kakak buatkan - 'party hat' yang tidak ada 'party' untuk raikan birthday Chiku seperti tahun lalu... Nantilah Chiku ya... belated Ok...

2 comments:

Tirana said...

Hiiiiiiiiii...comelnya anak kak E..kalau dapat..rasa nak peluk2 dan cium-cium hidung dia..hehehe

umi_e said...

Thanks Tirana... Chiku dah dua tahun :) Kesian kat dia sebab BDay dia kak e tak buatkan kek cam tahun lepas, tu yang dia marah and merajuk :-S