14 May 2009

Bertemu blogger@KakChik di KB

Di kedai pakaian tempat kakchik langganan


Di pasar malam beli ayam percik
Tidak lupa juga beli pau inti kaya
Di Kota Bahru berjumpa KakChik
Seorang lagi teman di alam maya


Bersama kakchik di rumahnya


Pada hari yang dirancang, umie telah pergi ke Kota Bahru. Sebelum itu, umie telah meninggalkan pesan kepada kakchik (seorang blogger yang menetap di sana) dengan harapan kami dapat berjumpa. Umie suka berjumpa dengan akawan-kawan di alam maya kerana persahabatan yang terjalin sudah pasti dapat dieratkan dengan pertemuan dan kenyataan...

Umie tiba agak awal kerana naik pesawat kedua dari KLIA. Sampai umie terus check-in dan sebentar selepas itu kakchik call. Kakchik mempelawa umie untuk makan siang di rumahnya. Kakchik jemput umie di hotel dan terus ke Pasar Siti Khadijah sebab umie nak beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. (gambar2 semasa di Pasar Siti Khadijah bolehlah lihat di blog kakchik )

Selepas itu kakchik bawa umie pulang ke rumahnya. Seronok melihatkan kakchik dan adik-beradik serta anak-saudara kakchik yang semuanya begitu comel. Umi kakchik masak sedap! Lupalah pulak nak amek gambar masakan yang dihidangkan sebab sedap sangat sampai lupa semuanya hehehehe. Terima kasih kepada umi kakchik yang susah-susah masak...
Bergambar di pekarangan rumah Tuan Guru Nik Aziz

Selepas makan, berehat dah solat zohor, kakchik hantar umie dan barang yang umie beli dari pasar tadi ke hotel. Sebelum itu, kakchik bawa umie ke rumah Tuan Guru Nik Aziz yang tidak jauh dari rumah kakchik. Umie betul2 kagum dengan kesederhanaan Tuan Guru sebab walaupun beliau merupakan seorang ahli politik terkemuka di negara kita, kediaman beliau begitu sederhana...

Setelah meletakkan barang yang dibeli di bilik hotel, kami keluar lagi dan pergi ke kedai pakaian yang menjadi langganan kakchik. Sempatlah umie mencuba beberapa helai baju di kedai itu tetapi umie tidak membeli. Kakchik beli sepasang baju - cantik! Umie suka warna hitam dan ikutkan model pakaian yang kakchik beli juga menarik...

Kami menghabiskan masa bersama sehingga lebih kurang pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada kakchik kerana sudi menemani dan meluangkan masa bersama umie... Semoga persahabatan dan persaudaraan ini akan terus terjalin dan kemesraannya berkekalan... Terima kasih, daun keladi...

p/s: n3 ni lambat dipost sebab gambar baru je diupload ;)

Menayangkan baju yang kakchik beli - ada dua warna

6 comments:

ain said...

seronok jumpa tmn blogger kan!!

Unknown said...

assalamualaikum kak e.

wah... dah upload dah... kakchik nak copy gambar boleh la kan.

terima kasih utk kak e juga sb sudi pulak jumpa dgn kakchik dan ke rumah. rumah kami ramai orang, malu jer.

kakchik pun lupa hari tu nak ambik gambar masakan ummi sb asyik dok makan & seronok tgk kak e selera je dah tu laju je sembang dgn Bibik Aisyah.

kalau dtg lg ke KB, insya-Allah dpt jmpa lg.

p/s: baju yg kak e nak tempah tu, belum dpt jumpa sepupu, so belum tanya

umi_e said...

ain... memang seronok berjumpa kawan2 di alam maya - gembira bila menjadi nyata ;)

* nanti kita boleh jumpa kan?

kakchik... boleh je save gambar tu... tu je lah yang adanya... Thanks :)

ZARA MUSTAFA said...

wah..sonoknye g klate.. lepas ni bley la kite jumpe plak ye kak e..ehe

Bonekahati said...

salamz...
amboi2..syoknya shopping,cam kenal jer wanita anggun kat sebelah umi tu. kenapa tak singgah kedai kittun.

umi_e said...

zahirah... Insyaallah kita akan jumpa bila diizinkan Allah SWT :)

kittun... Plan memang nak gi kedai kittun tapi tak sempat sebab kakchik ada urusan, kak e pulak tak tau nak tuju ke mana... Insyaallah nanti kita jumpa :)