18 May 2009

ice blended ~ avocado with Choc ~



Noorana buat kek atasnya nanas
Buat Hari Ibu di rumah si kakak
Sedap diminum di musim panas
Sungguh enak membasahi tekak

Sekarang ini memang rajin betul buat ice-blended... bila lagi nak minta Smart Lady tu bekerja kalau bukan tengah musim panas begini. Lagipun Smart Lady tu kerjanya cuma buat ice-blended je pun :D Hajat nak buat air soya dengan cik Smart Lady tu belum tertunai lagi jadi buat je lah air-batu kisar tu dulu hehehehehehe

Seperti minuman lain, mudah saja untuk membuatnya. Kalau iar batu kisar avocado, kenalah ada buah avocado tu ya... :P


Bahan

1 biji isi avocado (lagi masak lagi best)
2 sudu besar susu pekat (boleh tambah ikut suka manis)
air batu secukupnya
1/2 cawan air sejuk
chocolate sauce


Cara
1. Masukkan semuanya dalam blender
2. Letakkan air dan blend hingga hancur
3. Tuang choc sauce dalam (bahagian tepi) gelas dan pusing-pusingkan kemudian baru tuangkan ice-blended avocado di dalamnya (untuk dapatkan corak)


8 comments:

Sha said...

salam:}

terliur rasa.... nanti nak cari bahan buat sendiri. Anak mesti suka.

umi_e said...

Sha... ada orang tak suka air avocado ni sebab rasanya 'lemak' sangat tapi nak imbangkan rasa 'pelik' tu, letak choc ;)

sherry said...

Salam Umie.
Bila nak jumpa akak kat kuantan pulak. ?

umi_e said...

I'Allah... bila kak e lintas kat sana... February baru ni dah gi Kuantan tapi tak tau pulak Sherry ada kat sana...

ain said...

sedapnya umie!!cuaca tgh pns pulak tu!

umi_e said...

ain... tengah2 panas ni minum apa pun best kan :P

tales from an oc cottage said...

That is an interesting combination!

m ^..^

umi_e said...

tales...Thanks ya ;)