Ain berehat sampai terlelap
Suami kejutkan berhati-hati
Guru bagai nian di hari gelap
Penyuluh juga penerang hati
Suami kejutkan berhati-hati
Guru bagai nian di hari gelap
Penyuluh juga penerang hati
Sempena hari guru, umie juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru... Jasa guru pasti dikenang selamanya... kenangan bersama guru juga pasti akan terus berada di fikiran...
Mengimbas kembali semasa di sekolah... ada beberapa orang guru yang masih terus lekat di hati dan kenangan bersama mereka terus bermain di ingatan... Harapan umie pada Hari Guru ini, mereka semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera...
Umie amat berharap sekiranya ada sesiapa yang kenal dengan cikgu-cikgu umie di Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) tahun 1983-1986 (tahun umie bersekolah di STPD) dapatlah memberikan maklumat kepada umie di mana mereka berada kini...
Cikgu-cikgu yang umie ingin sangat2 jumpa ialah cikgu Nauran Majid, cikgu Norma Dollah, Cikgu Tengku Jaludin (lupalah betul tak namanya/nama penuh sebab masa tu panggil cikgu TJ je), cikgu Yazid (masa tu kawan baik cikgu Normah) ustaz Mat Yusuf (dah balik Kelantan kot), cikgu Marziah (pun orang Kelantan dan suaminya masa tu DO kat PD), cikgu Siti Ramlah (ada anak kembar lelaki) dan cikgu Joe/Johari dulu ajar ekonomi...
Itu di antara cikgu2 yang ingin umie temui sangat-sangat... selain itu umie juga teringin jumpa cikgu/Miss Mary Thomas (ajar BI) dan cikgu/Mrs Sivatashan (betul2 tak boleh lupa sebab setiap kali time subjek sejarah je - sure kena denda berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan hehehehehe - motivasi untuk belajar supaya tak kena denda dan dengar tapak kaki Mrs Siva je semua pelajar terus jadi macam tikus khikhikhikhi)
Manalah tahu ada anak-anak cikgu-cikgu yang umie sebutkan di atas terbaca n3 umie ni kan... kalau ada jodoh dapatlah umie bertemu lagi dengan cikgu-cikgu umie tu semua...
* Rasanya cikgu2 tu semua senang nak ingat umie sebab umie kembar duduk satu kelas dan keputusan sama je hehehehehe ( tapi tak meniru tau :P )

12 comments:
salam..wahhh umi kembar yer..ehehe..sama2 kita doakan agar guru kita sentiasa dirahmati ALLAH..selamat hariguru!
salam arsaili.. semoga guru2 kita semua terus sejahtea...
ooo kak e kembar rupanya, ala... rugi tak kenalan banyak sikit hari tu, ada tak gambar kak e & kembar dlm ni? syoknya ada kembar.
salam kakchik... ada gambar kembar kak e - n3 pergi sunway lagoon tu ;)
selamat hari cikgu..
layan nostalgia sek. ren...
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
lukisan pena... selamat hari guru buat anda :)
salam:)
Salam singgah. Imbau kembali di zmn sek mmg menyeronokkan. Semoga guru2 yg mengajar kita dirahmati Allah. Amin.
sha... memang benar, kenangan paling indah - zaman persekolahan :)
selamat hari guru!! umi ada kembar rupanya. seiras ke..???
ain... memang kembar seiras sebab satu uri ;)
salam umi_e...seronok mengimbau kenangan waktu persekolahan..
kak ina... memangkan... kenangan yang akan dibawa hingga ke akhir hayat...
Post a Comment