Tinggal kenangan - rupa dan tajuk blog umi-e yang awal
Kami jumpa lagi dengan kak ina
Buat janji bukannya pakai terjah
Buat janji bukannya pakai terjah
Tajuk lama rasanya dah tak kena
Maka blog umi-e bertukar wajah
Blog umie pada awalnya wujud kerana menyambut seruan kawan-kawan khususnya di MyR untuk berkongsi resipi. Maka tajuk blog ini berkaitan dengan masakan. Namun kebelakangan ini umie sudah kurang aktif ke dapur, maka rasanya tajuk utama blog ini sebagai 'blog makanan' sudah tidak sesuai lagi... Maka kini ditukar kepada tajuk yang lebih umum sifatnya ;)
Semalam cuba ubah wajah blog ini tapi tak berapa menjadi kerana umie bukannya pandai nak tukar-tukar sebab wujudnya blog ini pun kerana bantuan anak-anak. Bila saja ditukar templete lama kepada yang baru ini (warna hijau dikekalkan sebab itu warna kesukaan umie) tiba-tiba hilang semua yang ada kecuali n3 yang sedia ada je...
Tajuk blog juga tidak berada di tempatnya, maka si Baby @ Bubble @ Adlin telah cuba membuat sesuatu kepadanya... Bagaimanapun masih belum berpuashati dan Baby tak sempat nak baiki lagi kerana dia kena pergi tuition dan balik pun dah lewat. Nanti-nantilah ditukar lagi... susah juga kalau buta IT ni ya... :-S
Wajah baru blog umi-e kini
4 comments:
x pe kak-e..ni pun dh kira hebat jgk ni berani..lin ni lg le malas nk tuka,nnti kena edit2 lg..tang tu yg malas tu....
lin.. kak e pun sebab ada yg nak tolong tapi banyak gak nak kena buat balik - link kawan2 dah takde and few elements dah lesap :-S
Wahhhh..blog Kak E dah bertukar wajah..title pun dah bertukar... Kak E memang suka warna hijau ye...
tirana... kak e memang suka warna hijau - apa saja jenis hijau :D
* blog title pun tukar sebab title lama dah tak releven dengan n3 hehehehehe
Post a Comment