lucky semasa dalam rawatan di klinik - warded
Berkerja keras untuk kesenangan
Berkerja keras untuk kesenangan
Falsafah Amer agar hidup senang
Lucky kini hanya dalam kenangan
Kehadirannya pasti akan dikenang
Kehadirannya pasti akan dikenang
lucky semasa jatuh sakit
Pada tanggal 2 Mei 2008, pada waktu senja, Seekor anak kucing telah berkeliaran di pinggir jalan... Disebabkan khuatir dirinya akan ditimpa kemalangan, anak kucing itu telah dibawa pulang oleh hb umie. kisah Lucky lagi
Sejak dari hari itu, Lucky menjadi ahli keluarga kami yang paling muda... Namun malang sekali usia Lucky tidak panjang :( Lucky telah meninggalkan kami semasa kami tiada di rumah (kecuali ayah) dan ayah telah tanam Lucky di halaman rumah (bersebelahan dengan Flero) tapi seperti biasa, jika kami tiada di rumah dan berlakunya kematian terhadap kucing kami (seperti Flero) ayah akan ambil gambar dahulu sebelum ditanam...
Mengenang kembali kisah Lucky, setiap kali terkenang umie pasti merasa sedih dan terkilan kerana hari sebelum Lucky meninggalkan kami buat selamanya, Lucky cuba bermanja dengan umie. Namun disebabkan umie begitu sibuk dengan urusan dan persiapan untuk ke Kuantan pada malam itu, umie telah mengabaikan Lucky yang minta dimanja :((
Sedih sungguh bila mengenangkannya kerana umie tidak langsung dapat memegang (apa lagi untuk membelainya) atau menghiraukan rengekan Lucky, malah umie minta Lucky dikurung dalam sangkar kerana umie dalam keadaan kelam kabut untuk menyiapkan barang-barang yang perlu dibawa ke Kuantan sedangkan Lucky terus mengekori umie dan sampai umie hampir terpijak dirinya. Malah semasa umie akan berangkat bersama kawan umie, Lucky terus mengiau tetapi umie tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal dan terus pergi bersama kawan yang telah menunggu umie - kami telah lewat kerana ada lagi yang menunggu untuk dijemput oleh kawan umie itu -
Kebetulan masa itu 'long weekends' kerana cuti Thaipusam, anak-anak juga pulang ke kampung. Esoknya (sabtu, 7 Februari) ayah sms beritahu ada berita sedih, kematian kucing umie - LUCKY - terus umie menangis sedih dan merasa terkilan yang amat sangat bila terkenangkan rengekan Lucky (mungkin dia ingin beritahu umie yang dia akan pergi untuk selamanya...) Umie tidak langsung menyangka Lucky akan pergi meniggalkan kami kerana tidak nampak keadaannya yang sakit atau uzur sebab dia masih lalu makan dan dia juga baru saja mendapatkan rawatan (pada 17 januari) dan selepas rawatan itu dia kembali berselera makan dan keadaannya telah kembali pulih...
Kami mengharapkan Lucky akan membesar tetapi tidak sampai pun setahun umurnya, dia telah pergi untuk selamanya... Kini Lucky hanya tinggal dalam kenangan kami... Setiap kali tepandang kucing kecil seiras dengan Lucky pasti kenangan terhadapnya akan menjelma... Kini Mahzuz sering mengingatkan kami terhadap Lucky kerana tubuh Mahzuz sebesar Lucky...
No comments:
Post a Comment