21 November 2008

Takoyaki


Mat Gebu itu nama samaran
Nama betul dia kenalah tanya
Satu lagi makanan kegemaran
Takoyaki sedap lemak rasanya


Ini satu lagi makanan Jepun kegemaran anak-anak. Sesiapa yang suka dan minat dengan makanan Jepun bolehlah cuba buat sendiri ya:)

Resepinya umie dah letak di MR juga ya :)
Di sini umie letak jugalah resipinya ya...

Bahan

200 gm tepung tempura
50 gm potato starch
2 biji telur
350 ml susu segar
250ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
garam (jika perlu ditambah)
2 batang lidi sate
Kobis- potong halus
carrot - potong halus
sotong (rebus dan potong kecil)
Bonito flake
Mayonis

Bahan Sos

1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan air
1/2 sudu teh wasabe (boleh kurangkan jika tak suka pedas)


Cara-cara

  1. Bancuhkan semua bahan kecuali sayuran, sotong, bonito flakes & mayonis.
  2. Panaskan acuan dan lenserkan butter
  3. Takoyaki1
    Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan
  4. Takoyaki2
    Kemudian masukkan sotong
  5. Takoyaki3
    Taburkan daun kobis dan carrot
  6. Takoyaki
    Penuhkan acuan dengan adunan tepung dan kalau melimpah pun tak apa.
  7. Takoyaki4
    Gunakan 2 batang lidi dan terbalikkan adunan
  8. Letakkan sedikit butter ke atas takoyaki,sambil terus memusingkannya dengan lidi sate hingga masak sekata dan bulat
    Takoyaki5
  9. Takoyaki6
  10. Letak dalam pinggan dan tuangkan sos,mayonis serta tabur bonito flake ke atasnya.
    Takoyaki7
  11. * Sos nya -> 1/4 cawan kicam manis + 1/4 cawam air dan 1/2 sudu teh wasabe (gaul rata)

5 comments:

Pujangga Asmara said...

Wah...ni mesti sedap ni..xpernah lg saya merasa...nnt nak try lah masak..hihi..

umi_e said...

try... jangan tak try :P

~Erina Juliana~ said...

my FAV lah kak...meleleh air liur nih...ermmmm

umi_e said...

erin... dah tau cara buat, bolehlah buat sendiri eekkkk

nadia-ady said...

kak e nak tanya sikit..bonito flakes n kicam(untuk sos) tu memang ada jual kat kedai biasa ek? kalau kat giant ke carefour ke ada tak?macam tak pernah ternampak je..huhuh..this is my super fav food..I'm addicted to it..huhu..selalu beli kat mid valley..bdw nak try buat sendiri jugak..