22 May 2009

Bertemu kawan cyber di KK

bersama kakzana (ambil dari blog kakzana ni...)

Kak Rusnah ke kedai naik kereta
Nak cepat masak untuk tetamu
Kawan cyber kini dah jadi nyata
Di Kota Kinabalu kami bertemu


Semasa umie nak ke KK, umie dah hubungi Maria (pernah jumpa sebelum ini) dan maria pula telah hubungi beberapa orang lagi kawan-kawan di alam maya yang berada di KK :) Selain itu, umie juga berhubungan dengan KakZana. Masa umie sampai di airport, KakZana jemput umie bersama suami dan anaknya, Azis (pemalu sungguh).

Umie telah dibawa ke rumah Kakzana yang baru saja mereka diami (setelah berpindah dua kali) kerana hb Kakzana nak solat Jumaat. Lepas itu kami pergi lunch di Restoran Sri Rahmat (biasa umie makan di sini kalau ke KK) dan kemudian mereka hantar umie pulang ke hotel. Sebenarnya KakZana pelawa umie untuk menginap di rumah mereka tapi umie dah pun booked hotel lebih awal (bukan umie tak sudi tau...) Insyaallah bila-bila nanti bolehlah menginap di rumah KakZana ya... terima kasih banyak-banyak ya...
Lepas mahgrib, Maria bersama hb dan anak-anaknya menjemput umie. Mereka bawa umie pergi ke tempat makan yang lokasinya di tepi tebing laut... Masa jumpa Maria pertama kali pun kami ke situ juga - tempat tu best! Di situ juga umie bertemu dengan Ain dan Helen - kawan cyber yang sering berbicara dan kini telah bersua di alam nyata. ;)

Ain dan Helen datang bersama hb dan anak masing-masing - seronok kami bercerita :D macam-macam hal - dari hal memasak sampailah ke hal anak-anak.
* Semoga persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan :)

No comments: