14 February 2008

Happy Valentine's Day...!!!!


Ikin pulang ke kelantan menaiki kereta
Singgah sebentar di Pengkalan Kubur
Happy Vday untuk suami yang tercinta
Semoga kasih sayang kita akan terus subur

Setiap tahun, tanggal 14 Februari pasti akan dicatatkan di kalender sebagai salah satu hari 'istimewa'... Tanggal tersebut pasti tidak akan 'terlupa' oleh mereka yang meraikannya kerana sebelum tanggal tersebut tiba, di kedai-kedai dan di mana-mana pasti ada promosi untuk apa saja bentuk barangan yang boleh dijadikan 'hadiah'... berbeza dengan sambutan tahunan yang lain contohnya 'hari lahir' kerana kadang2 kita terlupa akan hari 'istimewa tersebut' sebab di kedai-kedai jarang ada promosi besar-besaran atau menyeluruh untuk sambutan hari lahir...

Seperti tahun-tahun yang lalu hari ini pasti menjadi salah satu hari yang istimewa kerana sudah lebih 20 tahun umie meraikannya bersama insan tersayang - yang kini suami umie ;) Sejak berumahtangga biasanya umie akan menyediakan masakan yang 'istimewa' sempena hari ini... Tahun ini tidak terkecuali... Semalam lagi umie dah fikir-fikir apa agaknya menu yang akan disediakan untuk suami dan anak-anak tercinta...

Setelah berbual-bual dengan Cik Mat Gebu (Chef siber yang terkenal) umie pun memutuskan untuk membuat cheese cake dan juga rendang nyonya serta nasi kunyit (pulut kuning)... Cheese cake merupakan kegemaran anak-anak tetapi bukan kesukaan hb umie. Supaya seimbang maka umie membuatkan juga makanan kegemaran hb umie iaitu nasi kunyit dan rendang ayam. Oleh kerana hari ini jadual umie agak padat dari pagi hingga petang, maka persiapan untuk menu tadi telah disediakan lebih awal...

Pagi-pagi lagi umie dah sediakan pulut dan rendang seperti di dalam gambar di atas khas untuk hari ini... Memang hb suka dan anak-anak juga gembira... malah petang ini umie terpaksa bergegas ke kedai untuk membeli beras pulut kerana permintaan hb supaya membuatnya lagi bagi menjamu pula teman akrabnya :) jadi ternyata hari ini merupakan hari untuk meraikan siapa sahaja dan tidak terikat pada 'si dia' semata-mata...

Sempena hari istimewa ini, umie ingin mengucapkan HAPPY VALENTINE'S DAY untuk SEMUA teman-teman umie sama ada di alam maya atau di alam nyata...


I LOVE YOU ALL!!!! mmuuaahhhhhhhhhhhhh

5 comments:

:: Wiween :: said...

tq kak e! Happy valentine day to u too! ;)

umi_e said...

ermmmmm celebrate ngan 'si dia' ke ;)

Qaseh Bidadari said...

kak e,nak cheese kek sikit!

my feberet tu!

MOLY said...

suwit nya pinggan tuh .. cantik !!

akak .. ai lebiu too ..

echah_syed said...

adehh ! terharu combi tauu..so suweeeett kak e.. :)

combi buat pulut kuning bila besday anak2 & bila dorang nak exam jer..

sehari sebelom tu laa besanyerr.