Flero dalam keadaan murung kerana sukar bernafas agaknya...
Farish anak zaliana pipinya tembam
Siapa saja yang tengok mesti geram
Bila kucing umie diserang demam
hati umie pula jadi tidak tenteram
Sekarang ini banyak orang ditimpa demam dan selema... mungkin kerana keadaan cuaca menyebabkan penyakit tersebut menular. Alhamdulillah di rumah umie semua manusianya sihat walafiat :) Namun demam dan selsema telah menyerang kucing-kucing kesayangan umie :( Punca asalnyanya dari Flero kerana minggu lalu ketika musim hujan, Flero telah 'bermandi hujan' menyebabkan badannya yang kurus kering itu tidak dapat menahan virus demam selsema :( Keadaan Flero semasa di serang demam dan selsema amat menyedihkan kerana hidung kecilnya tersumbat sehinggakan dia sukar untuk bernafas seperti biasa. Flero terpaksa bernafas melalui mulut yang kelihatannya begitu menyesakkan...Farish anak zaliana pipinya tembam
Siapa saja yang tengok mesti geram
Bila kucing umie diserang demam
hati umie pula jadi tidak tenteram
Kesibukan dengan kegiatan harian menyebabkan umie tidak berkesempatan membawa Flero cepat berjumpa doktor (vet) dengan segera tetapi umie tetap memberikannya vitamin dengan harapan deman dan selsemanya akan sembuh... ternyata selepas dua hari keadaan Flero bertambah gawat... tak tergamak rasanya membiarkan dia terus begitu... umie terpaksa berjaga untuk mengelap dan memastikan dia tidak parah... perasaan ketika itu seolah-olah ingin menyedut hidungnya yang tersumbat (seperti yang umie pernah lakukan kepada anak-anak umie semasa mereka bayi) tapi tidak mungkin kerana hidung Flero terlalu kecil...
Belum lagi keadaan Flero pulih, Envy dan Jess pula diserang demam selsema... umie jadi tambah tidak selesa... Alhamdulillah... hb umie telah meluangkan masanya untuk membawa kucing-kucing itu semua ke klinik. Mereka telah diberikan suntikan dan dibekalkan ubat dan juga antibiotik. Setelah diberikan ubat-ubat tersebut, keadaan Flero kini telah bertambah baik. Flero sudah boleh bernafas seperti biasa dan berselera...
Keadaan Envy tidak seteruk Flero, mungkin kerana Envy dan Jess telah dibawa ke klinik dengan segera. Namun begitu tiba-tiba jess telah diserang penyakit mata, matanya berair dan merah... pelik juga sebab jess telah diberikan ubat mata sebelum itu kerana umie dah jangka pasti akan dijangkiti penyakit mata dari Flero juga. Kini keadaan mata Jess bertambah baik tapi amat sukar untuk mengubatkan mata Jess kerana Jess penakut... Kadang-kadang jadi geram sebab dia takut sungguh makan ubat dan bila nak diubati...
Bila keadaan Flero dan Envy sudah agak pulih dan Jess masih lagi mengalami sakit mata, Itni pulak diserang demam selsema... Namun Itni tidak payah untuk memberikannya ubat. Itni jenis yang pendiam dan tidak tahu membantah... kepatuhan Itni membantu untuk memberikan ubat setiap kali masa untuk dia makan ubat-ubat yang diperlukan. Kini Itni kelihatan lebih sihat dari hari sebelumnya...
Keempat-empat kucing umie yang lain semuanya diserang demam selsema kecuali Chiku... Ketahanan tubuh Chiku ternyata begitu kuat untuk menepis virus demam dan selsema yang melanda. Ini mungkin disebabkan masa Chiku 'bayi' lagi dia telah dibawa untuk mendapatkan suntikan vaksin dan diikuti suntikan seterusnya... Malang bagi kucing-kucing yang lain kerana mereka kucing 'datang' yang sudah pasti tidak mendapat suntikan semasa masih kecil. Menurut doktor (vet) dengan mendapat suntikan vaksin dari 'bayi' amat membantu ketahanan tubuh kucing. Alhamdulillah Chiku memang sihat...
Sebenarnya kebelakangan ini umie memang agak sibuk dengan kegiatan seharian dan dengan kesihatan kucing-kucing umie sebenarnya amat membantu meringankan kerja yang sedia ada banyaknya... Umie amat mengharap agar kucing-kucing umie semuanya sihat dan kini sedang menunggu agar mereka semua betul2 pulih supaya dapat diberikan suntikan vaksin bagi menguatkan ketahanan tubuh mereka...
ermmmmmmmm ternyata kesihatan itu amat penting dalam kehidupan... bukan sahaja kehidupan 'tuan' nya tetapi dalam kehidupan kucing-kucing nya juga kerana dengan kesihatan yang ada mengurangkan kerja umie dan yang pastinya umie tidak akan bersusah hati...
13 comments:
banyak gak kucing kak e ye?
comel2 lak tu...
Semua tu kucing-kucing 'datang' mama :) Rezeki merekalah sebab tiba2 hb bersetuju untuk membela mereka semua. Yang lain tu semua datang 'dah besar' kecuali Chiku dan adik beradik dia (tapi semua mati kecuali Chiku) yang ditinggalkan depam umah umie semasa 'bayi' :-S
* Banyak keje ler membela kucing ni sebab macam bela anak juga :D
K,Ee....bila bukak blog kak Ee, dalam kepala fikir mesti keluar gambar masakan lain lak yg memang selalunya membuka selera, ari ni lak, bila bukak blog kak Ee, keluar gambar kucing. heheheheh kelakar pulak.
banyak betul kucing2 kak ee...and cute2 gak diorang tu, nama pun sedap! :) farah tak suka kucing..allergic dari kecik lagi, nak pegang pun takut! :)
cute jgk nama kucing2 kak e ye.. :)
K.Ee, I've got something for you here:
http://www.farahb.blogspot.com.
check it ok? :)
kak e, ciannya kucing2 kak e. Dahla sume sgt comel. hope dorang cepat elok demamnye.:)
kak e, cepat arr tkr coding msjbox yg baru hehe...
Farah... sekali sekala bercerita tentang kucing-kucing yang mulanya 'bernasib malang' tapi kini harap-harap kehidupan mereka 'lebih baik' dari sebelum ini :)
*** Thanks Farah...
syam... nama-nama kucing kak e tu semua anak-anak yang berikan :D tak tau apa makna namanya :p
ween... Thanks for thr good wishes :) dorang tu masih kurang sihat tapi nampaknya bertambah baik... yang penting mereka ada selera nak makan :)
* kak e susah hati kalau kucing2 tak ada selera tau... bahaya :S
retna... Thanks kasi tau sebab baru ni online ;) jap lagi kak e gi tengok eekkkkkk :-*
tu la psl kak e, lg 1 sgt risau kalau ade anjing dekat dgn kucing yg comel2.dah la si Abu mati dikerjakan dek anjing! :(
kucing akak memang comel belaka n manja...geram juga sy tgk ari 2..
Post a Comment