24 February 2008

Kari daging yogurt


Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilin
Pandai masak macam-macam tidak terkira
Kari daging kesukaan bubble@baby@Adlin
Bila umie masak dia makan dengan selera


Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)
500 gm daging lembu (dipotong dadu)
5 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar plain yogurt
200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*
3 cm halia*
Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging


Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.
3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya.

8 comments:

Pak Ngah: said...
This comment has been removed by the author.
Pak Ngah: said...

:: salam... nampak sedap tuuu... berlinang minyaknya...

:: apa2pun jaga2 IC tuuu... senang nak mengundi nanti...

Wiween @ Awin said...

akak! menu ini sgt menarik! huhu besh yek guna yogurt? ubat awet muda kan yogurt? ni yg ween excited nak try ni kak.hehe

umi_e said...

pak ngah...

Insya'Allah akan dijaga sebab tak sabar ni! Rasa lamanya nak tunggu 2 minggu :p

umi_e said...

ween... biasanya orang pakistan dia masak kari cam ni;)

Wiween @ Awin said...

oh yeke.x penah mkn kasri pakistan kak.kak e mmg besh. semua resepi akak tau.huwaaa jelesnye.nanti ajar ween masak ok? ;)

tun teja said...

nak nak nak ..
kak-e.. tun nk dtg umah tumpang mkn leh?

umi_e said...

boleh je tun... meh ler :)