15 February 2008

Peach cheese cake (non-bake)


Wiween duduk termenung di tepi jeti
Keindahan lautan amat menghiburkan
14 Februari hari berkaitan dengan hati
Cheese cake 'heart shape' umie buatkan


Dah lama plan nak buat non-bake cheese cake untuk anak-anak tapi tak ada kesempatan dan kerajinan :S Namun sempena hari istimewa semalam, umie gagahkan juga semangat dan tenaga untuk membuatnya. Bahan-bahan dah ada tapi baking tin yang sesuai untuk buat cheese cake pulak tak ada... satu lagi, mana nak cari acuan khas untuk cheese cake yang berbentuk hati... tapi kalau dah memang nak buat, kenalah creative ;) umie buat juga menggunakan 'cardboard' yang dibalut dengan cling film sebagai dasar dan kemudian diletakkan atas acuan yang telah dialas dengan aluminium foil :) So bila angkat cake tu keluar dari acuannya, taklah bermasalah...


* Resepi ni dari CMG... errmmmmmm macam dah kena sumpahan pulak... bila je buat cheese cake pasti ada je masalahnya... dalam masa membuat tu gi telefon sifu CMG untuk dapatkan bantuan dan pengesahan hehehehehehe kesian mat kena ganggu malam-malam untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma ~ Thanks mat! ~


Bahan Dasar


200 g Digestive cookies/biscuits, dihancurkan* boleh je guna biskut cam biskut marrie, orea
2 sudu besar gula halus
80 g mentega, dicairkan


Bahan Inti

250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (jus dalam tin buah peach)
100 g buah peach berkaleng, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 sudu teh esen vanilla


Bahan Hias

4 - 5 keping buah peach, dihiris nipis2
1/3 sudu teh serbuk jelly
300 ml air1 camca besar
gula halusSecukupnya
"Croquant" (butiran bertih jagung kisar)


Cara :

UNTUK DASAR

1. Bancuh semua bahan2 dasar dan gaul hingga rata.
2. Masukkan dalam tin spring form berukuran 8 inci dan tekan padat2 hingga rata.
3. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit.
4. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


UNTUK INTI

1. Campur gelatin halal dengan 100 ml air dalam bekas tahan panas.
2. Masukkan bekas tadi dalam satu bekas lain berisi air panas.
3. Kacau gelatin tadi sehingga jernih dan larut, biar suam.
4. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang.
5. Masukkan susu sejat, jus buah peach dan esen vanilla, putar lagi hingga rata.
6. Perlahankan speed dan tuang bancuhan gelatin perlahan2 hingga habis. Gaul rata.


UNTUK PENYEDIAN KEK:


1. Tabur cincangan kasar peach dalam tin, biar berselerak.
2. Tuang bancuhan inti perlahan2 hingga habis.
3. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk dan biar 2 - 3 jam.
4. Kemudian keluarkan dan hias permukaannya dengan hirisan nipis buah peach mengikut kreativiti masing2.
5. Satukan serbuk jelly, air dan gula dalam periuk, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga semua larut.
6. Tapis bancuhan jelly tadi, biarkan suam sedikit dan sudukan atas buah peach tadi hingga habis.
5. Simpan dalam peti sejuk kembali hingga jelly keras.
6. Tanggalkan spring form pan dan keluarkan kek perlahan2. Hias tepi2 kek dengan butiran "croquant".

11 comments:

Lily.Lulu. said...

bess nya kak ... bentuk kek lagi tuh

;)

umi_e said...

:p sekali sekala kan ;) selalu2 boleh gak tapi semua tu menambahkan lemak :S ~ bahaya untuk kesihatan ~

Wiween @ Awin said...

huhu ween ngah lapo tgk kek kak e ni lg bertambah lapo.huhu kan besh kak e duk PD ni.sonang eden nak gi umah mkn kek.;p

umi_e said...

hehehehehe masa kak e dok PD ween masih baby lagi kot :p now PD hanya kampung saja... balik gak tapi masa2 tertentu je :) bolehlah kalau nak dtg umah kat kg tapi kek takde ler :p

Wiween @ Awin said...

aisey...buat la kek kak e.heheh baru pasan pantun tu ade nama ween ek.;P

kekCoklat said...

Salam to kak e... HUaaaa...sedapnye cheese cake...

dilaOHdila said...

salam kak Umi....wah bestnya menu tu. Dulu pernah gak buat.....mesti sedap kan.
** salam perkenalan daris aya dilla bangi.

Farah Deen said...

looks totally inviting la K.ee....kena try out ni!

ps: did u remove your taggie? tak jumpa shoutbox pun?

nuRuL haSaNah said...

best nye kak...menggoda la...;)

umi_e said...

kekcoklat - salam... kak e tak dpt gi kat link kekcoklat ler... pesal eekkk

dilaohdila - Thanks jenguk kak e kat sini :)

farah - shout-box tu kadang2 memang camtu...


nurul hasanah - bolehlah buat... simple je tu...

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

hai kak...
akak betul2 jd my penyelamat hari nih.. dah 2 hari dok godek internet cari resepi non-bake peach cheesecake.. akhirnya hari nih berjaya dpt yg rasanya saya bulih bikin... thanks again kak.. saya guna yer resepinye..