6 February 2008

yee mee simple



Musin cuti jalan raya penuh sesak
shai dan mika tak kira asal balik sudah
Masakan yang mudah cepat dimasak
Yee-mee simple dijadikan juadah


Bahan

1 bungkus yee me
200 gm bebola ayam
200 gm fish ball/cake
5 ulas bawang putih (dicincang)
100 gm kobis (boleh guna sayur sawi)
2 sudu besar tepung jagung (campurkan sedikit air)

1 inci halia (dihiris)
3 cawan air (boleh lebih kalau nak banyak kuah)

5 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
1 cube stock ayam
1 susu sos tiram
garam/lada sula secukup rasa
minyak untuk menggoreng yee mee (secukupnya)

** bahan seperti ayam/udang dll boleh juga digunakan jika ada dan suka


Cara

1. Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis sedikit bawang putih dan halia hingga agak garing dan ayam ball dan fish ball/cake. Masukkan air + stock ayam + sos tiram bersama bahan perasa dan lada sula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

4. Campurkan kobis, biar seketika dan akhir sekali masukkan telur. Tutup api dan kacau.

5. Tuang kuah ke atas yee mee dan hidangkan semasa panas.





No comments: