19 February 2008

Onion & sausages Omelette



Sheda dan Tuah macam belangkas
Buat bodoh walaupun orang perhati
Telur dadar hidangan yang ringkas
Boleh dimakan dengan nasi dan roti


Telur dadar merupakan hidangan yang pasti ada jika penyakit M menyerang :) Lagipun telur dadar ni boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan. Kalau tak mau makan dengan nasi, boleh saja makan dengan roti buat sandwich ataupun makan begitu sahaja bersama kentang goreng atau kentang rebus. Apa yang pasti telur dadar memang mudah dan ringkas :)


Bahan

5 biji telur
3 batang sausage - potong bulat nipis
1 biji bawang besar -sederhana besar (cincang segi empat)
1 batang daun sop dan daun bawang
garam/perasa
butter - menggoreng

Cara

1. Pukul telur hingga sebati dan masukkan semua bahan yang telah disediakan
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter hingga cair
3. Masukkan bancuhan telur dan tutup kuali
4. Masak dengan api perlahan
5. Terbalikkan dengan hati-hati setelah bahagian bawah kekuningan

6 comments:

P'jay arjuna said...

selamat malamm kak e... orang datang nak makan... lapar.. lapar...

umi_e said...

Good nite 2u2 PJ :) laaaaaaaaa meh ler kalau nak makan... kak e baru je siap makan roti+ kari ayam hehehehhe (malam2 hari dok makan lagi canma lah berat tak bertambah je...)

P'jay arjuna said...

pagi kak e... hari ni agak free sikit. tapi sikit jer. esok nak kena pergi netherland. akak nak kirim apa? cikgu viween tu, dia nak kirim mesin fotostet. heheh.
saya pun baru semalam sampai malaysia. hari ahad dah sampai sebenarnya. tapi tetiba ada family poblem sikit, so kena terbang ke pilipina plak... terkejar-kejar sikit.

Farah Deen said...

farah memang suka makan telur, tapi yg merah tak makan, makan yg putih je. kalau dah jadi omelette takpe, sebab tak nampak merah tu dah! heheheh

justaidil said...

wah nmpk sgt sedap!!
cpt la masak...
nk rase ni :DD

umi_e said...

PJ ~ ciannya PJ... take care ya... semoga selamat pergi dan balik masa bertugas :)

Farah ~ lerrrrr kuning lah yang best tau :p

Aidil ~ dah habis pun :p kalau nak yang btul2 kena dtg umah ;)