9 February 2008

Mari berkenalan :)

Amira yang tersenyum lebar di samping Sofiana yang tersenyum simpul ;)


Pandai sungguh Pak Mat bemain violin
Main violin dari muda hingga ketua
Ini Sofiana, Amira dan yang dibawah tu Adlin
Untuk perkenalkan blog mereka berdua



Anak-anak zaman sekarang tidak seperti zaman umie dulu. Dulu tak ada internet seperti sekarang, kalau ada agaknya umie pun camni juga ke??? hehehehehe dah tentulah ikut keadaan zaman semasa kan... macam juga kita menonton cerita atau movie, cerita itu menggambarkan zaman ketika itu...

Baby @ Adlin yang kasi idea suruh umie kenalkan blog Amira (Kawan Sofiana) dalam n3 umie sebab berapa hari ni umie tak ada menu untuk dikongsi. Baby @ Adlin jugalah yang mencarikan gambar Amira tapi tak ada gambar dia sendiri cuma ada gambar berdua, so oklah daripada tak ada sama sekali kan.... ;)

Blog Amira menceritakan kisah kehidupannya seharian dan ini merupakan satu kegiatan yang bagus untuk kanak-kanak melahirkan idea mereka. Alamat blog Amira di bawah ini dan jika sudi bolehlah bertandang memberikan sokongan :) http://mylifeinbdrbarubangi.blogspot.com/

Blog Baby @ Adlin pula dah banyak kali jugalah umie promote pada kawan-kawan, hanya sekadar untuk memberikan sokongan kepadanya supaya rajin menulis dan mengupdate n3 nya. Blog Baby @ Adlin lebih kepada menulis cerita, poem dan meletakkan gambar-gambar yang dia suka. Cuma cerita dan poems yang dituliskannya bersifat keanak-anakan bersesuaian dengan umurnya yang masih 9 tahun :) http://bubble-a.blogspot.com

5 comments:

Aiden Reez said...

Waaa....

Begitulah budak2 zaman sekarang kak... Semuanya dah celik IT... Kita yang tua2 ni, semua tak reti... Harapkan diaorang ni la yang tunjukkan...

Ada kebaikan juga benda2 ni, tapi harus di ingat, kita kena juga perhatikan diaorang ni bila berinternet... Sekarang, banyak anasir2 yang tak baik cuba merosakkan minda mereka.. Jadi, berhati-hati lah...

Waaaaa... kecil2 lagi dah pandai berblogging ye? Eloklah...

:D

umi_e said...

Thanks reez dengan ingatan ikhlas tu, memanglah nak kena pantau juga apa yang mereka buat dengan internet tu... sebab tu kak e suka kalau anak kak e duduk bertenet dengan menulis untuk mengupdate n3 daripada dok bermain computer games je kan :) apa-apapun semuanya harus ada batasannya... harus ada kesesuaiannya dan sekatan (?) hehehehehhe

Nina Suria said...

salam kak e,
kakmOn pun pk bgitu gak. Teknologi hari semakin maju dan laju. Bayangkan anak kakmOn yang baru 8tahun sudah coba2 membangun laman webnya seniri. Bila melihat sorang depan pc, sorang lagi depan lap top, yg kecik pula tak mau ketinggalan.. skang ni umah kakmOn dah mcm cyber cafe huhuhuhu :'(

MOLY said...

sweet nya dorang ;)

umi_e said...

Sweet ke? Masih kecik semua cute cam lily kan ;)