11 February 2008

Award again :) Many Thanks!!!

kedua-dua ini pemberian dari Riani :)



Cantiknya Riani berkain hitam berbaju merah
Baju yang dipakai orang tersayang hadiahkan
Rasanya ini musim menerima anugerah
Hanya ucapan Many Thanks!!! dapat diucapkan


Pemberian Baby @ Adlin

Februari memang terkenal dengan musim memberikan hadiah untuk orang tersayang... macam-macam pendapat berkaitan dengan hal ini yang khususnya dikaitkan dengan Valentine's day. Secara peribadi, umie dah mengenali 'VDay' sejak usia remaja lagi (tahun 80an) dan pada masa itu tak ada pulaklah segala risalah atau maklumat yang diberikan berkaian dengan 'VDay' ini. Alhamdulillah sekarang ini sudah ada pelbagai pendapat yang diutarakan untuk kita jadikan panduan.

Memandangkan selama ini 'VDay' diraikan hanya dengan niat 'mengeratkan hubungan kasih sayang' dan tidak pernah terlintas untuk menghubungkannya dengan kegiatan lain atau yang berunsur 'christianity' maka agak janggal sekiranya 'VDay' kali ini akan ditinggalakan begitu saja tanpa sebarang ucapan atau hadiah untuk suami tersayang... (yerlah dah lebih 2o tahun celebrate 'VDay' sekadar untuk 'renew' hubungan/kemesraan yang mungkin ada kesuraman) jadi paling tidak dapat jugalah menceriakannya semula...

Bagi umie, bukanlah meraikan 'VDay' ini untuk meraikan 'Valentine' tetapi sekadar mengambil kesempatan hari tersebut untuk mengeratkan hubungan suami isteri... bayangkan kalau pada hari tersebut kita mendapat 'hadiah' daripada pasangan kita, sudah pasti hati akan menajdi gembira dan 'berbunga-bunga' :) ermmmm pasti ada yang kata, "nak bagi hadiah, bila-bila pun boleh kasi..." Memanglah boleh tapi... kalau menerima hadiah pada hari-hari tertentu 'feel'nya agak berbeza... tak taulah orang lain tapi bagi umie memang tak sama ;)

Award 'Happy Valentine's Day - I love your blog' diberikan oleh anaknda umie si Baby @ Adlin dan 'You are loveable & Loveable log' diberikan oleh Riani, dengan gembira dan cerianya umie juga ingin memanjangkannya pula pemberian dari mereka ini kepada kawan-kawan yang lain. Diharap ianya hanya sekadar untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan antara kita... jangan kita kaitkan dengan si 'Valentine' tu ok ;) :D

* Tidaklah perlu umie senaraikan nama semuanya di sini ya... kalian semua memang istimewa buat umie :) Sudi-sudilah menerimanya ya...

10 comments:

Qaseh Bidadari said...

x pernah lagi sambut vday...

pelikkan?

umi_e said...

mama... kalau tak pernah sambut VDay tu, baiklah tak payah... sebab banyak betul pendapat yang akan membuatkan diri jadi serba salah... kebetulan kak e dah 'menyambut' VDay ini sejak usia remaja...

kekCoklat said...

Salam to kak e.. alamak , kak e nih spy UKM ke.. Matila saya..kerkkk...Jangan report tau kat org lain...pls...huhuhu... Sedapnye kek....hehehe

umi_e said...

hehehehe kekcoklat :p meh ler kita gi lunch kat PUSANIKA ;)

iEn said...

slmt menyambut hari kekasih bg sesiapa yg menyambutnya.. tp pada iEn.. biarlah kita kasih kepada Tuhan.. itu yg utamanya :D

Ummi said...

Salam sayang buat kak e, sempena Valentine's Day ni, ummi ingin menyatakan bahawa kak e dah berada di hati ummi sejak kenal di sini...u're really such a nice mum, woman and friend...kak e, kalu x valentines pun, kak e mmg special to me!! Thanx for inviting me to take all that loveable awards...

Unknown said...

Tahniah... Terpegun saya tengok blog anda. Anda benar2 memasukkan apa yang anda minat untuk di kongsikan pada semua orang. Tahniah.. Bab bisnis online macam2 boleh kita buat.

MOLY said...

saya pun sayang umi e jugak .. walaupun baru nak berkenalan

;)

umi_e said...

Thank you for all the wishes :)

mmuaahhhhhhhhhhhh ~ big hugs and kisses

aria ayumi said...

salam kak e.. maaf ye lambat respon award kak e ni... mekaseh byk ye... ;)