29 February 2008

Musim sibuk melanda...



Sis honey kirim izam belik ikan terubuk
Terubuk dimasak dengan sambal kelapa
Kebelakangn ini umie memang amat sibuk
Namun kawan-kawan semua tidak umie lupa


Musim sibuk melanda diri... tak sempat nak update n3 :-S

Kesibukan dengan kegiatan harian yang pastinya akan berterusan... Kadang-kala tertanya-tanya pada diri, apakah akan berakhir kesibukan ini... jawapannya pada diri sendiri, kesibukan tidak akan habis tapi mungkin akan berkurangan...

Biasanya bila kurang sibuk, sempat juga menziarah rakan-rakan alam maya atau bertanya khabar jika sempat singgah... Bila musim sibuk melanda... jangankan kata nak berjalan-jalan ke blog rakan-rakan tapi untuk menjawab mesej yang ditinggalkan juga tidak berkesempatan...

Umie akan kembali menziarahi raka-rakan lagi jika musin sibuk telah reda... walaupun sibuk namun rakan-rakan tidak akan dilupa :)

27 February 2008

Happy Birthday Wan & Mawar


Combi memang pandai tawar menawar
Kalau nak pergi shopping ajaklah dia
Hari ini ulang tahun Wan dan Mawar
Doa kak e semoga akan terus bahagia


Tanggal 27 Februari biasanya umie akan ingat sebab ulang tahun adik angkat umie :) Kebetulan dua orang celebrate hari yang sama :) Wan genap umur 40 tahun ini! ermmmmm dah masuk angkat 4 di depan umur tu :p Takpe... umur hanyalah angka ;) yang penting jiwa sentiasa muda hehehehhehe



Hari ini juga hari lahir seorang lagi yang umie harap tidak akan terlupa iaitu Mawar tapi Mawar masih jauh lagi untuk sampai ke angkat 4 di depan umurnya ;) So dah tentulah masih lagi 'muda' ;) dan pasti angka 4 akan tiba juga :p

Sempena kedua-dua ulang tahun dinda kak e yang dikasihi, kak e buatkan kek sekadar yang termampu... Untuk Wan, apa2 je boleh kan... tapi untuk Mawar kak e buatkan kek cokelat sebab bulan lepas Mawar dah sebut, birthday Mawar nak kek cokelat :D

Kak e doakan semoga kalian berdua terus bahagia dan tercapai cita-cita untuk memiliki apa jua yang diingini... Insyaallah doa kak e sentiasa bersama kalian berdua :)

26 February 2008

Award again! Thanks Baby!


Cik Mat orangnya mesra suka pula ketawa
Pandai memasak boleh kalahkan Chef Wan
Anugerah ini dari anakanda amat istimewa
Akan umie panjangkan pada kawan-kawan

Kali ini nak selesaikan bab award yang dah lama diberikan tapi kerana kesibukan dengan kegiatan harian, award-award yang diberikan sampai tergendala untuk digantung kat dapur umie... Terima kasih dan harap jangan berkecil hati ya kepada mereka yang telah memberi tapi lewat diambil... bukan tak sudi tapi sebab tak berkesempatan sama sekali...

Award ini anak bungsu umie, Adlin, http://bubble-a.blogspot.com (baby) yang memberikannya dan dia ada menyebut di n3 dia "Kalau awak ada mak yang ada blog bagi lah dia ini!If you have a mom that has a blog give her this!" (mungkin dia menujukannya kepada sesiapa sahaja yang singgah ke blog dia) dan kerana mummy umie tak ada blog, so seperti tradisinyalah umie nak panjangkan award ini kepada kawan-kawan umie di sini yang telah menjadi mummy ;)

ermmmm yang belum jadi mum tu, tunggu eekkkk ;) jadi umie harap kawan-kawan umie yang singgah di sini yang sudah menjadi mummy harap sudi-sudilah terima award ini ya :)

* sorry sebab sibuk sangat sampai tak sempat nak melawat dan jemput secara personal untuk teima award ini... harap jangan berkecil hati ya.... semua yang sudah menjadi ibu kepada anak-anak silalah terima award ini ya... :)

25 February 2008

Award - Sorry lambat ambil ;)



Pemberian daripada sis norz :)


Daripada Dayang :)


Pemberian daripada Farah :)


Daripada ween :)

Mama Ranggie jumpa Ween di Pekan
Pertama kali jumpa mata terkebil-kebil
Award istimewa sudah lama diberikan
Sayangnya baru kini umie sempat diambil

Sorry kepada mereka yang telah memberikan umie award (ada yang saya nak ambil tapi dah expired hehehehehe) kerana lewat mengambilnya... apapun terima kasih banyak kerana kesudiaan menganugerahkan award kepada umie :)

p/s: Kawan-kawan yang memberikan award pada umie tetapi tidak di sini harap jangan berkecil hati sebab bila pergi nak ambil dah tak boleh :S

24 February 2008

Kari daging yogurt


Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilin
Pandai masak macam-macam tidak terkira
Kari daging kesukaan bubble@baby@Adlin
Bila umie masak dia makan dengan selera


Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)
500 gm daging lembu (dipotong dadu)
5 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar plain yogurt
200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*
3 cm halia*
Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging


Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.
3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya.

23 February 2008

Nasi minyak simple


Nampaknya si Aina banyak orang berkenan
Rupanya cantik dan manis so tidaklah hairan
Nasi minyak dulunya hidangan perkahwinan
Sekarang sudah menjadi hidangan seharian




Bahan

3 cawan beras basmati (boleh gunakan beras lain ikut suka)
2 cawan air + 1 cawan susu cair (ikut sukatan biasa beras yang digunakan)
2 sudu makan minyak sapi
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bahan penumis (cengkeh, pelaga etc)
pewarna kuning
secubit garam
beberapa helai daun pandan

* blend semuanya

Cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi hingga cair
  4. Tumiskan bahan penumis dan juga bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 2 cawan air dan 1 cawan susu cair, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada mana-mana bahagian yang dalam periuk nasi dan masukkan sedikit pewarna kuning ke dalam lubang tadi dan tutup semula dengan nasi.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

22 February 2008

Bila musim demam selsema melanda...

Flero dalam keadaan murung kerana sukar bernafas agaknya...

Farish anak zaliana pipinya tembam
Siapa saja yang tengok mesti geram

Bila kucing umie diserang demam
hati umie pula jadi tidak tenteram


Sekarang ini banyak orang ditimpa demam dan selema... mungkin kerana keadaan cuaca menyebabkan penyakit tersebut menular. Alhamdulillah di rumah umie semua manusianya sihat walafiat :) Namun demam dan selsema telah menyerang kucing-kucing kesayangan umie :( Punca asalnyanya dari Flero kerana minggu lalu ketika musim hujan, Flero telah 'bermandi hujan' menyebabkan badannya yang kurus kering itu tidak dapat menahan virus demam selsema :( Keadaan Flero semasa di serang demam dan selsema amat menyedihkan kerana hidung kecilnya tersumbat sehinggakan dia sukar untuk bernafas seperti biasa. Flero terpaksa bernafas melalui mulut yang kelihatannya begitu menyesakkan...

Kesibukan dengan kegiatan harian menyebabkan umie tidak berkesempatan membawa Flero cepat berjumpa doktor (vet) dengan segera tetapi umie tetap memberikannya vitamin dengan harapan deman dan selsemanya akan sembuh... ternyata selepas dua hari keadaan Flero bertambah gawat... tak tergamak rasanya membiarkan dia terus begitu... umie terpaksa berjaga untuk mengelap dan memastikan dia tidak parah... perasaan ketika itu seolah-olah ingin menyedut hidungnya yang tersumbat (seperti yang umie pernah lakukan kepada anak-anak umie semasa mereka bayi) tapi tidak mungkin kerana hidung Flero terlalu kecil...

Envy walaupun demam dan selsema tetapi tetap cergas...

Belum lagi keadaan Flero pulih, Envy dan Jess pula diserang demam selsema... umie jadi tambah tidak selesa... Alhamdulillah... hb umie telah meluangkan masanya untuk membawa kucing-kucing itu semua ke klinik. Mereka telah diberikan suntikan dan dibekalkan ubat dan juga antibiotik. Setelah diberikan ubat-ubat tersebut, keadaan Flero kini telah bertambah baik. Flero sudah boleh bernafas seperti biasa dan berselera...

Jess yang baru sebulan lebih datang ke rumah... mata Jess sakit :(

Keadaan Envy tidak seteruk Flero, mungkin kerana Envy dan Jess telah dibawa ke klinik dengan segera. Namun begitu tiba-tiba jess telah diserang penyakit mata, matanya berair dan merah... pelik juga sebab jess telah diberikan ubat mata sebelum itu kerana umie dah jangka pasti akan dijangkiti penyakit mata dari Flero juga. Kini keadaan mata Jess bertambah baik tapi amat sukar untuk mengubatkan mata Jess kerana Jess penakut... Kadang-kadang jadi geram sebab dia takut sungguh makan ubat dan bila nak diubati...

Itni diam je... buatlah apa je kat dia...

Bila keadaan Flero dan Envy sudah agak pulih dan Jess masih lagi mengalami sakit mata, Itni pulak diserang demam selsema... Namun Itni tidak payah untuk memberikannya ubat. Itni jenis yang pendiam dan tidak tahu membantah... kepatuhan Itni membantu untuk memberikan ubat setiap kali masa untuk dia makan ubat-ubat yang diperlukan. Kini Itni kelihatan lebih sihat dari hari sebelumnya...


Chiku sentiasa berselera... makan sampai comot!


Keempat-empat kucing umie yang lain semuanya diserang demam selsema kecuali Chiku... Ketahanan tubuh Chiku ternyata begitu kuat untuk menepis virus demam dan selsema yang melanda. Ini mungkin disebabkan masa Chiku 'bayi' lagi dia telah dibawa untuk mendapatkan suntikan vaksin dan diikuti suntikan seterusnya... Malang bagi kucing-kucing yang lain kerana mereka kucing 'datang' yang sudah pasti tidak mendapat suntikan semasa masih kecil. Menurut doktor (vet) dengan mendapat suntikan vaksin dari 'bayi' amat membantu ketahanan tubuh kucing. Alhamdulillah Chiku memang sihat...

Sebenarnya kebelakangan ini umie memang agak sibuk dengan kegiatan seharian dan dengan kesihatan kucing-kucing umie sebenarnya amat membantu meringankan kerja yang sedia ada banyaknya... Umie amat mengharap agar kucing-kucing umie semuanya sihat dan kini sedang menunggu agar mereka semua betul2 pulih supaya dapat diberikan suntikan vaksin bagi menguatkan ketahanan tubuh mereka...

ermmmmmmmm ternyata kesihatan itu amat penting dalam kehidupan... bukan sahaja kehidupan 'tuan' nya tetapi dalam kehidupan kucing-kucing nya juga kerana dengan kesihatan yang ada mengurangkan kerja umie dan yang pastinya umie tidak akan bersusah hati...

21 February 2008

Sambal gulai tempoyak (pucuk ubi, petai dan ikan bilis)


Api cinta Puteri Ilya Natasha kian semarak
Sado pula hanya menyimpan perasaannya
Sambal gulai tempoyak sedap tidak terkata
Makanan tradisi masakan dari negeri Perak


Bahan

5 sudu besar tempoyak
4 papan petai - ambil isinya
1 ikat pucuk ubi - ambil daun (rebus dan potong2)
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit muda - dihiris halus
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili api *(banyak ikut suka pedas)
garam/perasa
200ml santan (1 kotak)

* blend semuanya



Cara

1. Masukkan semua bahan yang telah diblend* bersama santan dan sedikit air (jika perlu).
2. Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan pucuk ubi serta perasa secukupnya - tunggu sehingga layu/masak.
3. Masukkan daun kunyit tunggu sebentar dan angkat.

20 February 2008

Cat Food - Mayonis bebola ayam


Fysal tak sabar nak pulang ke Selama
Anak dan isteri setia tunggu kepulangan
Kucing pun tau bosan makan yang sama
Jadi kenalah tau pelbagaikan hidangan

Kucingpun macam manusia juga, akan muak dengan hidangan yang sama sahaja... terutama kalau hidangan yang diberikan merupakan hidangan 'segera'. Memandangkan keadaan itu makan umie tidaklah memberikan makanan 'sedia ada di kedai' hari-hari pada kucing-kucing umie. Apa yang ada di rumah, akan dimodified untuk menjamu kucing-kucing umie supaya mereka tidak muak dengan hidangan yang sama...

Resepi kali ini, mudah saja namun agak menyelerakan buat kucing-kucing umie. Namun begitu ini merupakan menu untuk makan petang mereka saja. Pagi, tengahari dan malam biasanya mereka akan makan yang 'berat' ;) Sesiapa yang ada kucing di rumah bolehlah cuba resepi ini sebagai kelainan untuk kucing-kucing tersayang... tapi tak pastilah kucing-kucing orang lain suka atau tidak sebab selera berbeza macam manusia juga :p


Bahan

10 biji ayam ball (ikut suka banyak)
mayonis - secukupnya
sedikit makanan kering (umie campur perasa ayam dan ikan)


Cara

1. Rebus ayam ball dan sejukkan
2. Potong ayang ball nipis2 (jangan sampai putus) dan ulangi sebelah lagi hingan menjadi panjang-panjang kecil (tidak putus) - lihat dalam gambar ;)
3. Letakkan mayonis dan taburkan makanan kering di atasnya

19 February 2008

Onion & sausages Omelette



Sheda dan Tuah macam belangkas
Buat bodoh walaupun orang perhati
Telur dadar hidangan yang ringkas
Boleh dimakan dengan nasi dan roti


Telur dadar merupakan hidangan yang pasti ada jika penyakit M menyerang :) Lagipun telur dadar ni boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan. Kalau tak mau makan dengan nasi, boleh saja makan dengan roti buat sandwich ataupun makan begitu sahaja bersama kentang goreng atau kentang rebus. Apa yang pasti telur dadar memang mudah dan ringkas :)


Bahan

5 biji telur
3 batang sausage - potong bulat nipis
1 biji bawang besar -sederhana besar (cincang segi empat)
1 batang daun sop dan daun bawang
garam/perasa
butter - menggoreng

Cara

1. Pukul telur hingga sebati dan masukkan semua bahan yang telah disediakan
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter hingga cair
3. Masukkan bancuhan telur dan tutup kuali
4. Masak dengan api perlahan
5. Terbalikkan dengan hati-hati setelah bahagian bawah kekuningan

18 February 2008

Sambal tumis sardin


ShadowX_19 ke Port Dickson membawa kawan
Tiba dah malam pemandangan tak jelas
Malangnya sardin menjadi mangsa keadaan
Masakan umie masa diserang penyakit malas


Bila dah tak tau nak masak apa... Sardin ler jadi mangsa hehehehehe tapi sardin ni sekali sekala makan boleh membuka selera... Makan dengan nasi panas-panas memang best oooooooo :D Kalau tak habis, panaskan pastu modify lak makan ngan roti... errmmmmm yummy yummy :p

Bahan

1 tin sardin
15 tangkai lada kering (boleh lebihkan ikut suka) - potong2 dan rendam sampai lembut*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 cm belacan*
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
gram/perasa secukupnya
1 biji bawang besar - hiris bulat


Cara

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan yang dah diblend*
3. Biar hingga agak 'garing' dan masukkan air asam+perasa
4. Setelah mendidih baru masukkan sardin
5. Masukkan bawang yang telah dihiris

17 February 2008

Kemesraan itu... kini di alam nyata...

Kenangan bersama sheda, sis norz & mama


Tempat camping berdekatan Tanjung Tuan
Pemandangan indah tak dapat nak dikata
Hari keluarga Msjbox tempat pertemuan
Kemesraan di siber kini terpancar nyata


Bersama Retna @ Ako


Sebelum ini hanya bertemu dan berbicara di alam maya... kemesraan di alam siber ternyata tidak hanya di siber semata-mata kerana kemesraan itu terpancar di alam nyata... Pertemuan pertama memahatkan suatu memori yang indah dan pastinya akan menjadi sebuat nostalgia...

Kemesraan ini diharapkan janganlah cepat berlalu kerana begitu manis sekali rasanya... Namun masa tidak lama... putaran tetap sama... perpisahan pasti akan bertandang menjemput pulang kemesraan yang baru dibina...

Walaupun pertemuan dan kemesraan ini hanya seketika waktunya... namun ianya diharap tidak akan berlalu begitu saja... kemesraan dari pertemuan itu diharapkan akan terus terjalin di sini... semoga akan dapat bertemu lagi di alam nyata yang sudah tentu lebih bermakna...

*** umie tak bawa camera pada pertemuan itu... so kenalah ambil dari mereka yang ada... Thanks :)

16 February 2008

Hari Keluarga Msjbox (16-17 Februari 2008)

Ini dia gelas yang dapat dari tukar-tukar hadiah :)

Manis sungguh senyuman Aina dan Puteri
Dua sahabat akrab yang sentiasa bersama
Tukar-tukar hadiah ini dapat dari Kasawari
Di tahun 2008 ini kegiatan Msjabox pertama


Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti oleh mereka yang ingin turut serta Hari Keluarga Msjbox 2008. Umie dan anak-anak juga tidak terkecuali menantikannya. Malangnya pada hari ini anak-anak umie ada kegiatan di sekolah, jadi kenalah tunggu sampai mereka selesai baru dapat berangkat ke Port Dickson - lokasi pertemuan yang telah ditentukan.


Kami sekeluarga sampai cara telah pun bermula kerana keluar dari rumahpun dah 2.30 petang. Sampai-sampai saja terus makan :D ermmmmm best! Chicken wings memang sedap... Event yang paling best sekali ialah acara permainan berkumpulan... anak-anak umie seronok sekali walaupun kumpulan kami tak menang :-S


Malam umie & baby @ adlin @ bubble pergi ke lokasi lagi, kali ini untuk join acara 'perkenalan dan soal jawab' serta tukar-tukar hadiah :-S Seronok boleh kenal member-member Msjbox yang sebelum ini mungkin kenal melalui blogs saja... Semoga hubungan di alam maya yang telah direalisasikan di alam nyata melalui Hari Keluarga Msjbox ini akan terus berpanjangan :) Insya'Allah...




15 February 2008

Peach cheese cake (non-bake)


Wiween duduk termenung di tepi jeti
Keindahan lautan amat menghiburkan
14 Februari hari berkaitan dengan hati
Cheese cake 'heart shape' umie buatkan


Dah lama plan nak buat non-bake cheese cake untuk anak-anak tapi tak ada kesempatan dan kerajinan :S Namun sempena hari istimewa semalam, umie gagahkan juga semangat dan tenaga untuk membuatnya. Bahan-bahan dah ada tapi baking tin yang sesuai untuk buat cheese cake pulak tak ada... satu lagi, mana nak cari acuan khas untuk cheese cake yang berbentuk hati... tapi kalau dah memang nak buat, kenalah creative ;) umie buat juga menggunakan 'cardboard' yang dibalut dengan cling film sebagai dasar dan kemudian diletakkan atas acuan yang telah dialas dengan aluminium foil :) So bila angkat cake tu keluar dari acuannya, taklah bermasalah...


* Resepi ni dari CMG... errmmmmmm macam dah kena sumpahan pulak... bila je buat cheese cake pasti ada je masalahnya... dalam masa membuat tu gi telefon sifu CMG untuk dapatkan bantuan dan pengesahan hehehehehehe kesian mat kena ganggu malam-malam untuk dapatkan khidmat nasihat secara percuma ~ Thanks mat! ~


Bahan Dasar


200 g Digestive cookies/biscuits, dihancurkan* boleh je guna biskut cam biskut marrie, orea
2 sudu besar gula halus
80 g mentega, dicairkan


Bahan Inti

250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (jus dalam tin buah peach)
100 g buah peach berkaleng, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 sudu teh esen vanilla


Bahan Hias

4 - 5 keping buah peach, dihiris nipis2
1/3 sudu teh serbuk jelly
300 ml air1 camca besar
gula halusSecukupnya
"Croquant" (butiran bertih jagung kisar)


Cara :

UNTUK DASAR

1. Bancuh semua bahan2 dasar dan gaul hingga rata.
2. Masukkan dalam tin spring form berukuran 8 inci dan tekan padat2 hingga rata.
3. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit.
4. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


UNTUK INTI

1. Campur gelatin halal dengan 100 ml air dalam bekas tahan panas.
2. Masukkan bekas tadi dalam satu bekas lain berisi air panas.
3. Kacau gelatin tadi sehingga jernih dan larut, biar suam.
4. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang.
5. Masukkan susu sejat, jus buah peach dan esen vanilla, putar lagi hingga rata.
6. Perlahankan speed dan tuang bancuhan gelatin perlahan2 hingga habis. Gaul rata.


UNTUK PENYEDIAN KEK:


1. Tabur cincangan kasar peach dalam tin, biar berselerak.
2. Tuang bancuhan inti perlahan2 hingga habis.
3. Masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk dan biar 2 - 3 jam.
4. Kemudian keluarkan dan hias permukaannya dengan hirisan nipis buah peach mengikut kreativiti masing2.
5. Satukan serbuk jelly, air dan gula dalam periuk, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga semua larut.
6. Tapis bancuhan jelly tadi, biarkan suam sedikit dan sudukan atas buah peach tadi hingga habis.
5. Simpan dalam peti sejuk kembali hingga jelly keras.
6. Tanggalkan spring form pan dan keluarkan kek perlahan2. Hias tepi2 kek dengan butiran "croquant".

Rendang nyonya


Jun dan Carneyz beli rumah takmo menyewa
Sebelum beli rumah semua orang mereka tanya
Nasi kunyit hidangan untuk hari istimewa
Rendang nyonya pula sebagai pelengkapnya


Semalam hari istimewa untuk semua yang dikasihi... seperti tahun-tahun biasa pasti ada hidangan istimewa juga... (semalam balckout tak dapat nak update n3 ni)
Nasi kunyit/pulut kuning kali ini dipasangkan dengan rendang nyonya dari CMG (chef siber terkenal) tapi telah diubahsuaikan mengikut selera dan bahan yang ada di rumah...


*** kalau masakan lauk-pauk tak risau sangat sebab sure boleh jadi walaupun entah apa-apa je rasanya hehehehehe


Bahan

1 ekor ayang (potong ikut suka besar)
250ml santan
2 camca besar kelapa tumbuk (kelapa digoreng seperti kerisik, tapi ditumbuk kasar)
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 helai daun kunyit
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji cengkeh
5 biji buah pelaga
1 sudu besar gula melaka
2 sudu besar rempah kuri daging/ayam
1 sudu besar
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasaBahan


Bahan Blend

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah
1 camca teh lada hitam biji


Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kayu manis, bunga lawang etc, tumis hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar dan rempah daging+kurma, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak dan rempah garing, gunakan api sederhana.
2. Masukkan ayam, gaul rata kemudian masukkan santan cair, kacau sebati.
3. masukkan daun limau purut+daun kunyit dan tambah garam, gula melaka dan asam gelugor.
4. Akhir sekali masukkan kelapa tumbuk, kacau rata. Masak hingga pekat dan sedikit kering atau ikut suka kepekatannya.

14 February 2008

Happy Valentine's Day...!!!!


Ikin pulang ke kelantan menaiki kereta
Singgah sebentar di Pengkalan Kubur
Happy Vday untuk suami yang tercinta
Semoga kasih sayang kita akan terus subur

Setiap tahun, tanggal 14 Februari pasti akan dicatatkan di kalender sebagai salah satu hari 'istimewa'... Tanggal tersebut pasti tidak akan 'terlupa' oleh mereka yang meraikannya kerana sebelum tanggal tersebut tiba, di kedai-kedai dan di mana-mana pasti ada promosi untuk apa saja bentuk barangan yang boleh dijadikan 'hadiah'... berbeza dengan sambutan tahunan yang lain contohnya 'hari lahir' kerana kadang2 kita terlupa akan hari 'istimewa tersebut' sebab di kedai-kedai jarang ada promosi besar-besaran atau menyeluruh untuk sambutan hari lahir...

Seperti tahun-tahun yang lalu hari ini pasti menjadi salah satu hari yang istimewa kerana sudah lebih 20 tahun umie meraikannya bersama insan tersayang - yang kini suami umie ;) Sejak berumahtangga biasanya umie akan menyediakan masakan yang 'istimewa' sempena hari ini... Tahun ini tidak terkecuali... Semalam lagi umie dah fikir-fikir apa agaknya menu yang akan disediakan untuk suami dan anak-anak tercinta...

Setelah berbual-bual dengan Cik Mat Gebu (Chef siber yang terkenal) umie pun memutuskan untuk membuat cheese cake dan juga rendang nyonya serta nasi kunyit (pulut kuning)... Cheese cake merupakan kegemaran anak-anak tetapi bukan kesukaan hb umie. Supaya seimbang maka umie membuatkan juga makanan kegemaran hb umie iaitu nasi kunyit dan rendang ayam. Oleh kerana hari ini jadual umie agak padat dari pagi hingga petang, maka persiapan untuk menu tadi telah disediakan lebih awal...

Pagi-pagi lagi umie dah sediakan pulut dan rendang seperti di dalam gambar di atas khas untuk hari ini... Memang hb suka dan anak-anak juga gembira... malah petang ini umie terpaksa bergegas ke kedai untuk membeli beras pulut kerana permintaan hb supaya membuatnya lagi bagi menjamu pula teman akrabnya :) jadi ternyata hari ini merupakan hari untuk meraikan siapa sahaja dan tidak terikat pada 'si dia' semata-mata...

Sempena hari istimewa ini, umie ingin mengucapkan HAPPY VALENTINE'S DAY untuk SEMUA teman-teman umie sama ada di alam maya atau di alam nyata...


I LOVE YOU ALL!!!! mmuuaahhhhhhhhhhhhh

13 February 2008

Udang goreng oats



UncleJ semasa nikah makan beradap
Saling suap-menyuap tersipu malu
Udang nak masak apa-apapun sedap
Tambah resepi mudah boleh buat selalu



Bahan

250 gm udang sederhana besar (nak besar pun boleh ~ ikut suka)
1 biji telor - pukul
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan oats
garam/perasa
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Bersihkan udang (kak e tak buat kulit) dan toskan ~ kering
2. Gaul udang dalam tepung jagung
3. Celup udang yang telah digaul dengan tepung ke dalam telor yang telah dipukul dan diletak garam/perasa secukupnya
4. Gaul dalam oats hingga tertutup semuanya (jika mau tebal boleh ulan proses no.3 dan 4 sekali lagi
5. Panaskan minyak dan goreng udang (api jangan terlalu besar takut tepung tak sempat garing dengan cantik dah hangus :p

12 February 2008

Tagged ~ again.....

Anak jantanku ~ Chiku


Nak menjadi hafiz kenalah menghafal
Keinginan untuk berjaya tidak terperi
Ini dapat satu lagi tag dari ainin naufal
Harap puas hati dengan jawapan yang diberi

Hari Ahad baru ni ainin berkunjung ke 'dapur' umie dan meminta agar menyelesaikan assignment (tag) yang diberikan olehnya... umie kata 'esok' (isnin) untuk menjawab soalan-soalan yang ada tapi ternyata tidak berkesempatan... Oleh kerana sudah berjanji tapi tak sempat lagi...maka hari ini, umie pagi-pagi lagi (selepas menghantar anak-anak ke sekolah) cuba membereskan tugasan yang ada dari ainin :)

Bila umie lihat tugasan yang diberikan... termenung sebentar sebab.... mak aiiiiiiiiiii banyaklah pulak soalah yang perlu dijawab... ada tu tak tau apa jawapannya heheheheh tapi tak apa umie akan cuba juga jawab sebaik mungkin :D ermmmmm ini dia jawapan untuk semua soalan yang diberikan itu ya :)

Soalan dan jawapannya...

1. Name one person who made you laugh last night?
~ my twin sister

2. What were you doing at 0800?
~ blog-hopping

3.What were you doing 30 minutes ago?
~ dropped my kids to school

4. What happened to you in 2006?
~ so many things - long story :D

5. What was the last thing you said out loud?
~ "Adik...!"

6. How many beverages did you have today?
~ none (later)

7. What color is your hairbrush?
~ pink/black

8.What was the last thing you paid for?
~ petrol (after I dropped my kids)

9. Where were you last night?
~ at home

10. What color is your front door?
~ wood - varnished

11. Where do you keep your change?
~ no where (don't really like to keep coins)

12. What's the weather like today?
~ fine

13. What's the best ice-cream flavor?
~ chocolate

14. What excites you?
~ everything that excites me :p hehehehehehe

15. Do you want to cut your hair?
~ yup

16. Are you over the age of 25?
~ yup! but always young at heart (hehehehehe)

17. Do you talk a lot?
~ I do! I am talkative (come and have a chat with me khikhikhiki)

18. Do you watch the O.C.?
~ I don't really watching T.V/Movies

19. Do you know anyone named Steven?
~ Yup! Dr. Steven (the veterinar who I always go to...)

20. Do you make up your own words?
~ errmmmm I suppose so...

21. Are you a jealous person?
~ I am a normal person OK :p

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
~ AKO

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
~ KASAWARI

24. Who's the first person on your received call list?
~ my twin sister

25. What does the last text message you received say?
~ OK...

26. Do you chew on your straw?
~ I will get angry if my kids do it! So... (you know aarrrr)

27. Do you have curly hair?
~ I don't think so... (not sure hehehehehehe)

28. Where's the next place you're going to?
~ Plan to go to take Flero to the vet (she's having fever & cold - told her not to go/play out when it's raining but she still...)

29. Who's the rudest person in your life?
~ can't remember who...

30. What was the last thing you ate?
~ last night? (biscuits)

31. Will you get married in the future?
~ once is enough ;) - Insyaaallah...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
~ none

33. Is there anyone you like right now?
~ yup! all of you guys!

34. When was the last time you did the dishes?
~ last night

35. Are you currently depressed?
~ errmmmmmmmm am I?

36. Did you cry today?
~ no reason to cry...

37. Why did you answer and post this?
~ because... I am sporting :p hehehehehehe

38. Tag 5 people who would do this survey.
~ who should I tag???

OK... I will tag those who I want to know the same things I did (answered the tag)


They are:

1. Sweet Lily my sweetie pretty
2. MuAdZam ShaH my superman that can't fly :D
3. Sira my dinda
4. Sahrulia my noti dinda :p
5. PJ my little brother

11 February 2008

Award again :) Many Thanks!!!

kedua-dua ini pemberian dari Riani :)



Cantiknya Riani berkain hitam berbaju merah
Baju yang dipakai orang tersayang hadiahkan
Rasanya ini musim menerima anugerah
Hanya ucapan Many Thanks!!! dapat diucapkan


Pemberian Baby @ Adlin

Februari memang terkenal dengan musim memberikan hadiah untuk orang tersayang... macam-macam pendapat berkaitan dengan hal ini yang khususnya dikaitkan dengan Valentine's day. Secara peribadi, umie dah mengenali 'VDay' sejak usia remaja lagi (tahun 80an) dan pada masa itu tak ada pulaklah segala risalah atau maklumat yang diberikan berkaian dengan 'VDay' ini. Alhamdulillah sekarang ini sudah ada pelbagai pendapat yang diutarakan untuk kita jadikan panduan.

Memandangkan selama ini 'VDay' diraikan hanya dengan niat 'mengeratkan hubungan kasih sayang' dan tidak pernah terlintas untuk menghubungkannya dengan kegiatan lain atau yang berunsur 'christianity' maka agak janggal sekiranya 'VDay' kali ini akan ditinggalakan begitu saja tanpa sebarang ucapan atau hadiah untuk suami tersayang... (yerlah dah lebih 2o tahun celebrate 'VDay' sekadar untuk 'renew' hubungan/kemesraan yang mungkin ada kesuraman) jadi paling tidak dapat jugalah menceriakannya semula...

Bagi umie, bukanlah meraikan 'VDay' ini untuk meraikan 'Valentine' tetapi sekadar mengambil kesempatan hari tersebut untuk mengeratkan hubungan suami isteri... bayangkan kalau pada hari tersebut kita mendapat 'hadiah' daripada pasangan kita, sudah pasti hati akan menajdi gembira dan 'berbunga-bunga' :) ermmmm pasti ada yang kata, "nak bagi hadiah, bila-bila pun boleh kasi..." Memanglah boleh tapi... kalau menerima hadiah pada hari-hari tertentu 'feel'nya agak berbeza... tak taulah orang lain tapi bagi umie memang tak sama ;)

Award 'Happy Valentine's Day - I love your blog' diberikan oleh anaknda umie si Baby @ Adlin dan 'You are loveable & Loveable log' diberikan oleh Riani, dengan gembira dan cerianya umie juga ingin memanjangkannya pula pemberian dari mereka ini kepada kawan-kawan yang lain. Diharap ianya hanya sekadar untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan antara kita... jangan kita kaitkan dengan si 'Valentine' tu ok ;) :D

* Tidaklah perlu umie senaraikan nama semuanya di sini ya... kalian semua memang istimewa buat umie :) Sudi-sudilah menerimanya ya...

10 February 2008

spaghetti bolognese with meat balls


SitiFadzillah kawan di forum dan juga jiran
Siti cukup pantang kalau nampak orang meludah
Spaghetti bolognese memamng makanan kegemaran
Persediaannya cepat dan bahannya pun mudah



Bahan

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu/ayam cincang (kak e guna Ramli nya je)
1 biji bawang besar – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin chopped tomatoes
1 kiub stok daging lembu/ayam
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
garam secukup rasa
2 sudu besar butter
2 tin air (tin tomato puri)
* bebola ayam (jika suka)


Cara

  1. Rebus spaghetti seperti arahan dibungkusan.
  2. Panaskan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Kacau sampai kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daging cincang. Kacau daging biar semua hancur dan goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan air (gunakan tin tomato puri/chopped tomatoes untuk sukatan)dan kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu.
  5. Masukkan tomato puri dan chopped tomatoes.
  6. Masukkan herba, kiub daging lembu/ayam dan garam.
  7. Masukkan bebola ayam (jika guna)
  8. Biar mendidih kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
* kalau nak pedas, semasa makan bolehlah ditabur dengan serbuk lada hitam (kasar)

Keledek goreng rangup


Anis dan YOnna menyeberang sungai berhati-hati
dalam berhati-hati gelang crystal Anis putus berderai
Keledek goreng makanan tradisi yang amat diminati
Jarang dibuat kerana boleh dibeli saja di gerai-gerai




Bahan

Keledek merah (ikut suka banyak)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
air secukupnya - agak2 kepekatan adunan
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Kupas keledek - cuci dan potong nipis
2. Bancuh kesemua bahan kecuali minyak
3. Celupkan keledek yang dipotong nipis dan goreng dalam minyak yang telah panas

9 February 2008

Mari berkenalan :)

Amira yang tersenyum lebar di samping Sofiana yang tersenyum simpul ;)


Pandai sungguh Pak Mat bemain violin
Main violin dari muda hingga ketua
Ini Sofiana, Amira dan yang dibawah tu Adlin
Untuk perkenalkan blog mereka berdua



Anak-anak zaman sekarang tidak seperti zaman umie dulu. Dulu tak ada internet seperti sekarang, kalau ada agaknya umie pun camni juga ke??? hehehehehe dah tentulah ikut keadaan zaman semasa kan... macam juga kita menonton cerita atau movie, cerita itu menggambarkan zaman ketika itu...

Baby @ Adlin yang kasi idea suruh umie kenalkan blog Amira (Kawan Sofiana) dalam n3 umie sebab berapa hari ni umie tak ada menu untuk dikongsi. Baby @ Adlin jugalah yang mencarikan gambar Amira tapi tak ada gambar dia sendiri cuma ada gambar berdua, so oklah daripada tak ada sama sekali kan.... ;)

Blog Amira menceritakan kisah kehidupannya seharian dan ini merupakan satu kegiatan yang bagus untuk kanak-kanak melahirkan idea mereka. Alamat blog Amira di bawah ini dan jika sudi bolehlah bertandang memberikan sokongan :) http://mylifeinbdrbarubangi.blogspot.com/

Blog Baby @ Adlin pula dah banyak kali jugalah umie promote pada kawan-kawan, hanya sekadar untuk memberikan sokongan kepadanya supaya rajin menulis dan mengupdate n3 nya. Blog Baby @ Adlin lebih kepada menulis cerita, poem dan meletakkan gambar-gambar yang dia suka. Cuma cerita dan poems yang dituliskannya bersifat keanak-anakan bersesuaian dengan umurnya yang masih 9 tahun :) http://bubble-a.blogspot.com

8 February 2008

Beef Steak



Zura dan kak e tak pernah bersua muka
Sedang merancang satu pertemuan
Western food anak-anak umie memang suka
Jadinya beef steak dan salad buat jamuan


Memang anak-anak umie suka sangat western food ni. Umie pun suka gak menyediakannya sebab biasanya western food ni senang je nak menyediakannya.

Bahan

Daging lembu yang sesuai untuk buat steak (ikut suka)
sedikit sos tiram
lada sula
dried herbs
garam

Cara

1. Bersihkan daging dang ketuk-ketukkannya - supaya mudah empuk masa digrill
2. Gaul semua bahan dan perap
3. Letak dalam grill hingga masak
4. Hidnagkan bersamad sos lada hitam dan salad


7 February 2008

White Rose Award For You... - From Airynnz


Noushy dan Syah menyeberangi jembatan
Sambil berpegangan tangan membimbit baldi
Mawar putih lambang sucinya persahabatan
Semoga ianya akan kekal lama dan abadi


Award ni hari tu Airynnz bagi tapi kak e terlupa nak amek... ni baru dapat amek... so seperti tradisi kak e nak passlah pulak award ni kepada mereka yang lain... pastu mereka tu pass around lah eekkkk :)

Sudi-sudilah terima Rose award for you...

Ako @ retna - http://puterikecewa.blogspot.com/
CMG - http://tiffinbiru.blogspot.com/
jun cayang - http://yummylicious-jun.blogspot.com/
hani - http://puterihani.jugem.jp/
zaliana - http://zaliana.blogspot.com/
sitiazma - http://food-research.blogspot.com/
shamen @ fida - http://lifeprettyshort.blogspot.com/
riani - http://angrianiworld.blogspot.com/
dhiya - http://ariaayumi.blogspot.com/
YOnna - http://iidiarikuii.blogspot.com/
mika - http://mikaounik-riangria.blogspot.com/
anis - http://www.nurmawarselina.blogspot.com/
farah - http://www.syabilsania.blogspot.com/
syari - http://painz-celebratinglife.blogspot.com/
noushy & syah - http://bersama-masa.blogspot.com/
kakmOn - http://ninasayu.blogspot.com/


p/s: kak e yakin award ini akan terus berpusing dan sampai kepada kawan2 lain yang tiada dalam senarai ini :)

6 February 2008

yee mee simple



Musin cuti jalan raya penuh sesak
shai dan mika tak kira asal balik sudah
Masakan yang mudah cepat dimasak
Yee-mee simple dijadikan juadah


Bahan

1 bungkus yee me
200 gm bebola ayam
200 gm fish ball/cake
5 ulas bawang putih (dicincang)
100 gm kobis (boleh guna sayur sawi)
2 sudu besar tepung jagung (campurkan sedikit air)

1 inci halia (dihiris)
3 cawan air (boleh lebih kalau nak banyak kuah)

5 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
1 cube stock ayam
1 susu sos tiram
garam/lada sula secukup rasa
minyak untuk menggoreng yee mee (secukupnya)

** bahan seperti ayam/udang dll boleh juga digunakan jika ada dan suka


Cara

1. Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis sedikit bawang putih dan halia hingga agak garing dan ayam ball dan fish ball/cake. Masukkan air + stock ayam + sos tiram bersama bahan perasa dan lada sula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

4. Campurkan kobis, biar seketika dan akhir sekali masukkan telur. Tutup api dan kacau.

5. Tuang kuah ke atas yee mee dan hidangkan semasa panas.





Cat Food - Keropok ikan bermayonis


Angriani menyeberang berpegangan tangan
Sira nak bercuti wajah ibu sudah ter
bayang
Keropok ikan bermayonis untuk hidangan
Menu petang kucing-kucing umie tersayang






Bahan

5-6 keping keropok ikan (telah digoreng)
2 sudu besar mayonis
dry food perasa ayam - ditabur

Cara

1. Ramas keropok ikan jangan terlalu halus
2. Gaulkan mayonis dengan rata
3. Taburkan dry food perasa ayam di atasnya

* sebenarnya kita pun boleh makan gak kalau nak :p - tapi exclude dry food perasa ayam tu ler hehehehehe - sedapppppppppppppp :D

5 February 2008

You Have My Heart from dinda airynnz, nita dan sira :)



Terima kasih buat airynnz, nita dan sira yang telah memberikan award ini untuk kak e :) Walaupun ia sekadar di alam maya tapi tetap membawa seribu makna :)

Award ini telahpun berpusing dan dah tergantung di kediaman kawan-kawan yang lain... itu menunjukkan betapa adanya rasa untuk saling membahagi dan merasa :)

Walaupun begitu, kak e tetap ingin berkongsi award ini dengan :

ein - http://autumnlove2b.blogspot.com/
shai - http://shaizhar.blogsome.com/
nisa - http://myperiukbelanga.blogspot.com/
za - http://zaliana.blogspot.com/
PJ - http://p-j-arjuna.blogspot.com/
eda - http://edazman.blogspot.com/
fysal - http://fysal.321.cn/
sis honey - http://gadisnakal.blogspot.com/
carneyz - http://carneyz.blogspot.com/
kak elle - http://dapurkakelle.blogspot.com/



Tagged again - from Angriani :)

- start copy here -



Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.

So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!

1-Catsy Carpe Diem, 2- Catsy Downloads, 3-Out of the Blue, 4- A Day to Savor and Relish 5- A Piece of Idea 6- Write Shy 7- Stupid Wise 8- onlinememorylane 9- See Me For What You Will
10- Michelle’s Small World 11. Chez Francine 12. Cronaca13. Le bric à brac de Cherie 14- Life 15- Hanna 16-AngrianiWorld 17- http://umi-e.blogspot.com 18. - (letak link di sini dan seterusnya eekkk)


***********************************************************************************

Seperti biasa kak e nak TAG pulak kawan-kawan yang ada

ainin - http://aininaufal.blogspot.com/
cendawan - http://cendawangila.blogspot.com/
CMG - http://www.bluetiffin.blogspot.com/
http://dreamofbeingtheothersideofme.blogspot.com/
- del - http://delilajasmy.blogspot.com/
eda -http://edazman.blogspot.com/
http://autumnlove2b.blogspot.com/
jo -http://mekarmewangi.blogspot.com/
jun -http://yummylicious-jun.blogspot.com/
kak elle - http://dapurkakelle.blogspot.com/
sitiazma - http://food-research.blogspot.com/
nis - http://myperiukbelanga.blogspot.com/
nita - http://sudipkayu.blogspot.com/
noreen - http://www.noreenuk.blogspot.com/
http://lifeprettyshort.blogspot.com/
http://painz-celebratinglife.blogspot.com/
za - http://zaliana.blogspot.com/
ummi - http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/


Ikan goreng bersambal



Baru jap je ni 'Good Bye' shai ucapkan
Sebenarnya kampung halaman shai dah terbayang
Ikan goreng bersambal mudah disediakan
Lauk kegemaran suami umie tersayang
Bahan

Ikan (ikut suka) bersihkan dan goreng
Lada 15 tangkai lada kering (boleh lebihkan ikut suka) - potong2 dan rendam sampai lembut*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm belacan*
1 sudu besar kicap manis
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
gram/gula/perasa secukupnya
2 batang lada hijau - ( dipotong serong tapi tak perlu jika tak suka -s ekadar hiasan dan tambahkan pedas)

Cara

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan yang dh diblend*
3. Biar hingga agak 'garing' dan masukkan air asam+kicap manis+ perasa
4. Setelah mendidih baru masukkan ikan+ lada hijau dan gaul rata

My favalinks - Cendawan tagged me...




Pertama kali dapat tag dari dinda cute kak e sayang - CMG... tag tu oklah tapi pening gak nak menjawab semuanya... Semalam cendawan tagged kak e pulak... Kak e nak jawab tag dari cendawan cuma tak berapa faham hehehehehe maklum ler baru nak merangkak :p Anyway kak e cuba juga dan kak e akan tag pulak 5 orang lain macam yang diminta dalam permainan ini :)


1. Tag ni memerlukan orang yang di'tag' untuk list out link kegemarannya

2. Kemudian kena tag lima blogger lain dan share link (These links can be business links, favorite sites, affiliate links, whatever you want)

* At the end of the tag we would be able to share good links from others.



Rules untuk listkan favorite link :

1. MUST be clean. No X-rated sites.

2. Only FIVE links.

3. MUST tell 5 people.

4. A link back to the person who tagged you ;)

5. An active link plz.



Link kegemaran kak e ialah:


1. http://www.123greetings.com/

2. http://www.2000greetings.com/

3. http://www.hungrymonster.com/Foodfacts/Glossary-Terms.cfm

4. http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/spice_large.html

5. http://www.lovingyou.com/


Seperti yang diingini oleh permainan ini, kak e 'tag' 5 orang lagi...

1. noushy syah http://bersama-masa.blogspot.com/
2. farah http://www.syabilsania.blogspot.com/
3. skyblue http://mykitch3n.blogspot.com/
4. del http://delilajasmy.blogspot.com/
5. P'Jay Arjuna http://p-j-arjuna.blogspot.com/

4 February 2008

Friendly Side Award - from Noushy Shah & CMG (Thanks dear!)


Rancangan untuk ke PD pergi bersama-sama
Semuanya dah siap-siap janganlah pulak tak jadi
Dapat satu lagi anugerah rasa malulah nak terima
Hanya ucapan TERIMA KASIH DAUN KELADI

Terima kasih tak terhingga kepada noushy shah dan CMG yang memberikan kak e award ini :) Rasanya malulah pulak sebab apalah yang ada pada blog kak e ni... Apapun penghargaan yang diberikan kak e terima dengan penuh gembira kerana pemberiaan ini walaupun di alam maya tapi penuh bermakna...

Sebagai tradisi di sini, anugerah ini akan kak e panjangkan pula kepada mereka yang memangnya friendly :) dan belum lagi kak e beri sebelum ini :) - yang lain pun friendly gak tapi akan tiba gilirannya :)

Kak e hulurkan anugerah ini kepada calon-calonnya : - biasalah sepuluh pencalonan yang berjaya adalah... :D

jun sayang - http://yummylicious-jun.blogspot.com/

shah - http://muadzamshah.blogspot.com/

fysal - http://fysal.321.cn/

izali - http://izalifa.blogspot.com/

kakmOn - http://ninasuria.blogdrive.com/

abang budin - http://duniabudin.blogspot.com/

ujen - http://periukbelanga.jugem.jp/

lawa - http://tiraihidup.blogspot.com/

Angriani - http://angrianiworld.blogspot.com/

wiween - http://wiween.blogspot.com/

Waffle with strawberry topping


Wiween bersia-siar di waktu petang
Pulang ke rumahnya sebelum senja
Entah bilalah musin rajin nak datang
Sarapan pun yang simple-simple saja


Bahan

2 biji Telur
1 cawan susu segar
2 tbsp butter (cairkan)
1 cawan tepung
1 sudu teh Baking powder
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen waffle
1 tin strawberry - untuk topping

Cara
  1. Panaskan acuanwaffle maker.
  2. Pukul telur sehingga agak kembang dan campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak
  4. Sapukan waffle dengan butter dan hidangankan bersama strawberry dalam tin