21 June 2009

~ Hari ini dalam sejarah ~ Pergi Majlis perkahwinan seorang sahabat :)

Kek ini umie yang buatkan sebagai hadiah
Barang antik Sue jadi idaman
banyak koleksi milik peribadi
Hari ini perkahwinan teman
Semoga bahagia kekal abadi

Hari ini merupakan majlis perkahwinan seorang sahabat umie. Perkahwinan yang kedua kalinya dan umie doakan semoga perkahwinan kali ini akan membawa kebahagian yang berkekalan. Hari ini dalam sejarah - umie beranikan diri untuk memandu luar dari kawasan perumahan umie (umie ni kira pemandu kereta dalam kampung je) kerana hb umie tiba-tiba ada urusan yang perlu diselesaikan.

Sebelum hb umie keluar, umie minta diberikan sedikit penerangan dan cara untuk menuju ke rumah sahabat umie itu. Hb buatkan peta dan terangkan pada umie ( biasanya hb yang pandu kereta - umie duduk sebelah pejamkan mata @ tidur hehehehe ) dan umie sepertinya faham dan dapat gambarkan akan penerangan dan peta yang dibuatkan.

Umie pergi berdua bersama Baby @ Adlin sebab Kakak dan Adik tidak mahu ikut sama (mereka ada kerja sekolah yang masih perlu diselesaikan). Perjalanan umie penuh dengan keyakinan sehingga sampailah ke kawasan yang dituju tetapi ada kesilapan semasa memasuki simpang selepas bulatan. Umie teruskan memandu sampai ke hujung jalan - jalan mati dan sunyi. Nasib baik Baby ada jadi taklah rasa cuak sangat.

Baby suruh umie pusing semula mencari jalan awal-awal tadi dan umie pun hubungi sahabat umie itu bertanyakan jalan dan arah ke rumahnya. Penjelasan telah dibuat tetapi umie end-up melalui jalan mati yang sama sebanyak 3 kali! Setelah berpusing-pusing di tempat yang sama akhirnya umie sampai juga ke destinasinya. Alhamdulillah... sampai juga akhir...

Begitulah kisahnya ~ Hari ini dalam sejarah ~ umie memandu sendiri sehingga sampai ke destinasi yang dituju ;) untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat umie :)

5 comments:

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

wawah..memndu sendrik..
bgus2..
pasni kalo emergency kan senang..

Unknown said...

hihihihihi..akak macam kite..kalau bawak kereta mesti sesat punyer...pernah sesat tak jumpa jln balik umah mak mertua...padahal dekat jek...hihihihihihi

Watierman said...

Salam Ummi...syukur dah selamat pergi & balik....moga jodoh mereka kekal ke akhir hayat...Amin!

umi_e said...

durian... alhamdulillah... branilah sikit :D

ielaz... kak e ni memang slow... berkali2 pergi satu2 tempat puns sesat juga :S

watie... amin... semoga mereka akan terus kekal bahagia :)

Anonymous said...

Bestnye dapat hadiah ke dua tengkat macam tue...:D