26 April 2009

Main-main icing BC ~Bersama kawan-kawan MyResipi~

hasil main-main dengan icing

Kak intan tekun semasa belajar
kakyu dan rabiatun sama beria
Sama-sama belajar-mengajar
Main icing sambil bergelak ria


Hari ahad, 26 April merupakan hari yang ditunggu-tunggu sebab beberapa orang kawan-kawan MR akan berkumpul dan bermain-main dengan icing :)

Seperti yang telah dirancang, maka sampailah lily, kakyu, kak intan, bee, rabiatun, ham, kak ina, niza bersama seorang kawan dan noorana di rumah umie :))

Kami bergelak ketawa terlebih dahulu (itu merupakan hal yang biasa bila ahli-ahli MyR berkumpul) dan selepas itu barulah kami mulakan acara dengan makan tengahari terlebih dahulu. Pada masa tengah sibuk tu lah, gas kehabisan! Nak telefon minta hantar sudah pasti akan ambil masa sebab hari ahad kedai tak banyak yang buka. Nasib baiklah boleh guna dapur elektrik (guna masa kecemasan bila gas tak ada dan dengan syarat elektrik ada ler...)

Selepas menjamu selera dengan hidangan yang sederhana (kari ayam, sayur kobis goreng geragau, sambal belacan dan ikan kering - ditambah pula dengan ayam masak merah dan sambal tempeh yang dibawa oleh ham dan niza) kami pun memulakan aktiviti yang dirancang ;)

Dengan tekunnya kami duduk bersila untuk melihat cara melepa kek dengan icing BC oleh lily, kemudian umie pulak tunjuk cara nak 'menyikat' cream tu dan barulah dimulakan acara membuat 'rose' yang pada mulanya amat 'menggeramkan' sebab tak menjadi. Setelah Bee selesai solat dan melayan nuha (kesian nuha terjatuh dari sofa semasa sedang menyusu) barulah Bee dapat tunjukkan teknik membuat rose - memang cekaplah Bee...

cara untuk meletakkan rose yang telag dibuat ke atas kek
Masing-masing bergilir-gilir mencuba menghasilkan rose... rupa2nya kena pusing cepat-cepat barulah hasilnya akan lebih cantik... nampak gaya kena buat hari-hari barulah akan mendapatkan kemahiran memusing dan membentuk kelopak rose tu ;)

Hampir pukul 6.00 petang semuanya selesai dan berpuas-hati dengan aktiviti yang dijalankan... Alhamdulillah kami saling berkongsi ilmu secara percuma dan terima kasih kepada Bee sebab berikan tunjuk ajar kepada kami. Maklumlah Bee pergi kelas dan kami ni menumpang kepandaian yang Bee dapat dari kelas yang bee hadiri secara free hehehehehehe :D


* Kami bercadang untuk berkumpul lagi tapi kali ini untuk sama-sama belajar untuk membuat fondant :) ermmmmm bila lah pulak masa tu ya.... dan sesiapa yang berminat bolehlah sama-sama meriahkan 'majlis ilmu' kami nanti... Insyaallah...

Hanya kami sahaja yang kekal sehingga selesai sebab beberapa yang lain terpaksa pulang awal kerana ada urusan ( muka kami berminyak-minyak macam icing kat atas kek tu hehehehehehe )

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum kak e. Bestnya dapat ramai2 belajar buat hiasan kek. Org kat KL memang happening sungguh!

umi_e said...

salam kakchik... rasanya kat KB pun ramai juga kawan-kawan yang boleh nak duduk bersama-sama... nantilah bila umie ke KB, dan lama sikit, kita boleh main-main macam ni... OK ;)

mila.ibunajihah said...

salam,

akak, beshnyer...sy minat wat benda2 gini, tp tak tahu mana nak belajar..