Nak jumpa Leyza asyik tidak jadi
Kalau ke Skudai cuma semalaman
Kek barbie hadiah untuk hari jadi
Buat anak saudara seorang teman
Seorang kawan umie memberitahu umie tentang anak saudaranya yang ingin sangat kek barbie. Sebenarnya hari jadi anak saudara kawan umie sudah lepas bulan lalu. Oleh kerana hari jadi pertama adik si anak saudara kawan umie pada esok hari dan sudah pasti 'si kakak' akan menangis jika dia tidak diraikan juga (budak umur dua tahun cam tu - setiap hari jadi orang lain - hari jadi dia juga hehehehehe). Maka umiepun bersetuju untuk buatkan kek barbie untuknya.
Petang Jumaat, selepas umie ambil anak-anak balik dari sekolah, umie bakar kek cokelat sebentar. Malam lepas mahgrib umie deco dengan BC dan berikan warna pink seperti yang disukai oleh anak saudara kawan umie tu. Selepas Isyak adik kawan umie datang untuk mengambil kek barbie yang umie dah siapkan se-ala kadarnya saja...
Sebenarnya, kawan umie nak bayar tapi umie tak mahu ambil bayaran kerana umie bukannya berniaga... umie pun tak sampai hati nak ambil duit dari kawan... Maka umie katalah kek barbie itu sebagai hadiah untuk anak saudara kawan umie tu :) Bagi umie, apa yang penting anak-anak atau budak-budak rasa gembira :)
2 comments:
Serious, this is one of the prettiest barbie cake ever! Hehe~
alex... thanks atas pujian... terangkat jap hehehehehehe :D
Post a Comment