16 May 2008

SELAMAT HARI GURU



Jie buat catatan supaya tidak lupa
Pesanan nazrida belikan berangan
Jasa guru-guruku tak akan dilupa
Budi mereka segar dalam ingatan


Sempena Hari Guru, umie mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada SEMUA GURU :)

Seperti kata-kata Imam Ghazali di atas memang benar belaka dan untuk mendapat ilmu dan keberkatan dalam pelajaran, harus hormati guru... semasa umie di sekolah, umie sentiasa pastikan guru-guru dihormati...

Di halaman terbuka ini, umie ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru buat bekas guru-guru umie yang hingga kini masih terus diingati cuma sudah tidak tahu di mana mereka berada... Sekiranya sesiapa yang terbaca coretan umie ini, mintalah agar dapat memghubungi umie dan menyampaikan di mana bekas guru-guru umie ini berada...

Guru-guru umie semasa di Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) dari tahun 1983-85 yang masih terus segar di ingatan umie hingga kini di antaranya :

* Ikut urutan abjad :)


Cikgu Johari/Joe - ajar Ekonomi
Cikgu Mary Thomas - ajar BI
Cikgu Marziah - ajar BM
Cikgu Noran Majid - ajar Sejarah Islam
Cikgu Normah Dollah - ajar Perdagangan
Cikgu Siti Ramlah - BM/Sastera
Cikgu Siti Zaleha - garang tapi baik dan suka mencubit (hehehehehehe)
Cikgu Sivatasan - garang sungguh tapi berkesan dalam mengajar Sejarah (selalu kena berdiri atas kerusi hehehehehehhehe)
Cikgu Yazid - masih ingat masa pergi lawatan dan singgah ke Jeram Toi, mandi manda di air terjun (hehehehhehe)
Ustaz Mat Yusuf - ajar Pendidikan Islam/agama


Itu di antara guru-guru yang terus berada di ingatan umie hingga kini kerana mereka begitu istimewa sekali sehingga tidak mungkin umie lupakan...


*** Sesiapa yang mengenali mereka (mungkin mereka telah bersara), harap dapat sampaikan kepada umei cara untuk hubungi mereka semula... Terima Kasih...


...JASAMU TERUS DIKENANG...

4 comments:

CikguZue said...

takde nama saya kat dlm list tu...hehehe...
terima kasih atas ucapan. insya-Allah ia menjadi menguat semangat saya utk meneruskan tugas menyampai ilmu...
terima kasih singgah kat laman saya. banyaknye resepi kat sini.

umi_e said...

cikguzue... cikgu2 kak e tu semuanya dah pencen atau nak pencen... yer lah... kak e sendiripun dah 40an... mereka tu guru-guru kak e masa SPM/STPM :-S

*rindu kat cikgu2 tu semua...

~Erina Juliana~ said...

hehehhe ade gak erk org ingat hari guru...kite pun guru jugak.. :)

umi_e said...

erina... banyak tak dapat hadiah ;)