1 May 2008

SELAMAT HARI PEKERJA


Combi bersenama supaya sehat
Pergi berjogging di tepian pantai
Hari pekerja untuk kita berehat
Jadi marilah kita bersanta-santai
Sempena Hari Pekerja, umie ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua pekerja...(Suri rumah boleh di kira sebagai pekerja juga ke?)

Sejarah hari pekerja (http://ms.wikipedia.org/)

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

* Nasib baik persatuan pekerja pada masa itu melakukan mogok, kalau tidak, sudah pasti tidak ada 'Hari Pekerja' untuk mereka yang bekerja (sama macam suri rumah lah eekkkk :P )



No comments: